expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, April 8, 2010

Ai fil stupid wen ai spik melay?

Hehe...


Tengah tengah bad mood sebab pagi tadi baru realized purse dah kosong duit habis dicuri, tiba tiba ditegur oleh seorang rakan di chatbox Facebook.

Wey update la blog!


Okay tiba tiba saya rasa macam comel lak geng lelaki masa di universiti baca blog saya, ingatkan tak ada siapa hirau pun saya merepek repek kat sini. Tapiiii... (baca dialog di bawah)


Ala.. Dulu kalau anda baca masa awal awal penubuhan blog ini wah wah penubuhan siot! Macamkan Penubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, eh ke PBB tu stands for Pertubuhan? Ish, cakap pasal penubuhan je dah 2-3 baris. Whatever. Ok masa awal awal kewujudan blog ni i tend to write in English. Yelah, masa tu motif utama adalah untuk improve English yang tak seberapa ni maklumlah MUET pun Band 4 saje lainlah Encik Hanis terer boleh dapat Band 5. Sebab tu la kalau sekali sekala dapat betulkan kesalahan dia memang rasa bangga gila la! Sebulan tak hilang lagi perasaan terer tu.


Contohnya apabila baru baru ini beliau tersalah sebut perkataan career (kerjaya), yang bagi dia 'ca' tu disebut macam sebutan 'ke' untuk word case tapi yang sebenarnya words 'ca' dalam perkataan career haruslah disebut sepertimana kita sebut keli or kemas or kesan.. Faham kan?


Tapi banyak je words lain yang beliau betulkan saya. In fact saya lagi banyak salah sebut berbanding dia. Contohnya Louis Vuitton, saya ni orang kampung hentam je sebut Louis Vitton ikut betul betul ejaan dia, padahal sebutan Louis tu sebenarnya tak payah sebut pun 's' tu. Dia bunyi something like Lu-wi bukannya Lu-wis ye Kak Kiah. Lagi satu, perkataan entourage. Saya yang semenjak kecil memegang prinsip hidup 'Biar Salah Asalkan Confident' ni belasah je sebut en-tu-rej, tapi dibetulkan oleh beliau bahawa ia sebenarnya disebut sebagai on-tu-raj.

Banyak lagi la tau:

Correct should be pronounced as ker-rect, not korek.
Connect pun sama. It's kenn-nect. Bukan konek.....


Sebutan suku kata kedua untuk pocket/market/jacket adalah berbeza dengan basket. 'Ket' untuk basket disebut macam orang Melayu sebut sakit or bukit (kalau ejaan budak budak = saket). 'Ket' untuk pocket/market/jacket disebut seperti sebutan skirt. Gunakan bunyi E seperti yang digunakan untuk emak, bukan E yang untuk enak. Lain kan? Ceh macam terer je nak mengajar orang English.


Encik Hanis baik, dia betulkan elok elok je kalau saya salah sebut dan habis di situ sahaja. Tapi kalau dia yang salah sebut apa apa, seminggu saya tak habis lagi ketawakan dia siap bagitahu semua officemates lagi. Hahaha...

Ok back to the main subject, saya akan usahakan untuk menulis lebih banyak post in English seperti dulu kot. Bangga sikit kalau anak anak baca blog Mummy dia in English. Ermm. Lama lagi kot nak tunggu anak anak boleh membaca.. Sebelum tu nak kena ajar guna computer dulu.. Ke nak train anak anak untuk celik IT semenjak bayi?? Ke anak saya harus-- oh stop me please. Kahwin pun belum nak cakap pasal anak. Anak anak pulak tu. Nampak sangat anak berderet deret nanti..





9 comments:

  1. haha..tau x smua pekataan english yg ko sebut kat atas smuanya aku pronounce salah.

    terernya incik hanis band 5??

    ReplyDelete
  2. pertubuhan la.................ngok


    kebnyakn sebutan english yng tk dijangka ni byk yg origin dari French dan bahase German kot,even native English spoken people pon kantoi...thx for the post,tk byk tp bermnfaat..:P

    ReplyDelete
  3. hahahaha... rojak abes ni...
    =)
    fuoyooohhh...

    ReplyDelete
  4. band 5 encik hanis score bape? 1-2 marks lg nk dpt band 6 ke atau 1-2 marks cukup2 band 5... try la tny die.. keh keh keh..

    tp english die mmg fluent.. dulu time kecik2 die bwk pegi subang parade ckp english kt salesgirl tu.. kagum gak la (time tu je) hahaha

    ReplyDelete
  5. mcm best je blaja bi nih
    sy dulu muet band 3..lagik bape markah je nak 4

    buatlah selingan ajar bi mcm nih..best lah dpt tmbh ilmu ckit2 =)

    ReplyDelete
  6. Bungakopi:
    sama lah kita. aku pun jenis hentam je sebut apa asal sedap je :P


    ザ-sylver-shooter:
    sedap cakap aku ngok.
    oh ye? French and German ye.
    i know other brand which always wrongly pronounced by Malaysians.
    Volkswagen (German made) is pronounced as Foks-waa-gen. bukan waksegan. haha..


    ~ miErA ~:
    =)


    Lord Biohazard:
    he got 5, that's what matters most :)


    raudhah:
    kita sama sama belajar ok.
    ok la tu band 3, we improved along the line :)

    ReplyDelete
  7. bagus bagus boleh improve english kat sini cikgu na...
    kengkawan banyak kata malas nak baca kalau dalam english..maybe pasal english tunggang langgang so tak reti baca kuikuikui...
    apa apa pun budi bahasa budaya kita

    ReplyDelete
  8. bab entourage tu mmg ramai kantoi...haha...lagi satu mechanic pun ramai kantoi...ramai sebut mack-and-nick rather than mer-cay-nick...

    ReplyDelete
  9. Lee_85:
    ala kalau awak yang buat post macam ni mesti lagi banyak kita boleh belajar kot.
    awak kan terer :)


    avid gunner:
    oh, mer-cay-nick it is. bagus bagus. learn something new today.
    another word yang orang melayu selalu kantoi.
    extraordinary. selalu org sebut exactly the spelling, extra-ordinary. sebutan yang betul is extro-dinary. x bunyi pun 'a' tu. :)

    ReplyDelete