expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, April 28, 2010

Anugerah terindah pernah kumiliki. Hoy jiwangnya tajuk!

Kulit saya terbakar dengan teruknya. Walaupun tak suka dilabel gadis tipikal yang elergi dengan cahaya matahari ke mana mana pun nak pakai payung, tapi sekarang rasa bodoh pula tak pakai payung masa masuk site hari tu. Sunburn teruk gila! Sampai jadi menggelupas dan timbul bintik bintik macam panau. Macam mana nak buat ni? Macam mana nak buat ni?? Okay menggelabah tanya soalan yang sama dua kali.


So 2-3 hari ni sibuk la bertanya orang sana sini macam mana nak putihkan kulit. Kalau bukan sebab tinggal 4 bulan 2 minggu 4 hari, mesti saya takkan hirau sangat pun.


Cik Husna: Mesti dah tak sayang mana kan kita dah hitam? :(
Encik Hanis: Kecantikan luaran tak penting, yang penting kecantikan hati... (sambil buat gaya penceramah bebas)


Hehe.. Sebelum kahwin kentot pun wangi, dah kahwin nanti belum kentot pun dah bau busuk. Haha..


Saya dah mula look into wedding matters more seriously these days, knowing that i do not have much time for it anymore. 4 bulan lagi, belum kira saya akan outstation lagi nanti, habis masa macam tu je. So sementara saya masih di KL ni saya cuba buat apa yang boleh. Kalau boleh nak settle kan benda yang besar dulu, macam catering, tempah baju pengantin, pelamin etc. This weekend cuti umum dah plan nak pergi tengok tempat untuk catering. Then ingat nak jalan jalan tengok perabot lagi..


Saya kalau boleh taknak stress sangat fikir pasal ni, sebab Encik Hanis selalu ingatkan saya yang kita ni nak buat benda happy, so kita sendiri kenalah happy :) Hmm.. Lately beliau matang betul, gaya percakapan pun dah macam abang abang. Contohnya:


Encik Hanis: Dah kahwin nanti saya nak tulis blog pasal anak saya je lah :)
Cik Husna: Ala saya nak tulis pasal anak juga..
Encik Hanis: Saya dah cakap dulu! Awak tulis la pasal lain!
Cik Husna: Tak kira! Saya yang tulis pasal anak!



Matang tak? (-_-")


"Walaupun wajah ai nampak garang, dalam hati ada taman tau~"
"Makcik ni mesti mengata aku kat gambar atas ni kan?"



Heh heh. Ala sekarang la masanya nak cakap sesuka hati puas puas. Dah kahwin nanti tak boleh cakap sebarang, berdosa.. Hehe :P


Tapi kan.. Ehem.. Betul la, lately rasa lain la dengan dia ni. Rasa macam.. Ala tak tahu la nak describe macam mana. Especially kalau tengok muka dia lepas sembahyang. Tenang je rasa. Adakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama?


.......................



Paangggg!!!


Haha, kena lempang sebijik. Pejadahnya cinta pandang pertama. Manjang nak berdrama swasta. Gedik tak habis habis.





14 comments:

  1. kalau dh parah cam tu cepat-cepat la kawin
    moge berbahagia ;)

    ReplyDelete
  2. ya Allah! cepat la dieorang nih kawen.
    da miong sangat kak una nih.
    mind u!
    kak una ok, bukan abg hanis. brader tuh relax je. hahaha

    ReplyDelete
  3. wa!!so sweet..
    jap2..kak husna dah tunang la ni dgn abg hanis??
    o terus nikah je...??ups...
    bz body lak..hihi

    ReplyDelete
  4. aih..sempat lagi 4 bulan tu kak nak kasi putih bersih..huhu

    ReplyDelete
  5. aduuuuuuuuuhh ! haha
    sunburn kejap ja tu una.. jgn telampau ber-product² nnt takut telebih putih. =D

    ReplyDelete
  6. Haha.. Entry cik Husna memang selalu menghiburkan hati ^___^

    ReplyDelete
  7. una, ada banyak jalan nak cerahkan balik warna kulit tuh. But, dont go for extreme one; it is either you gorgeously happy with it, or simply regret for it life long. so, be 'wasatiah' ok!

    buat benda-benda kawin nih kena ada listing; then apply costing on listing. dont go overboard or simply go random. nanti benda-benda penting yang tertinggal, benda remeh dah bercicit-cicit dok dalam rumah.
    sound silly rite? but that is fact.

    do first thing first.
    benda yang melibatkan orang ketiga (termasuk lah bab bergaduh pasal orang ke3) kena clarify secepat mungkin. confirmed pricing, date dan patent everything for few time. My friend wedding was interrupted by catering (lost on map!) tak ker gila namanya.

    by now, sepatutnya dah confirmed colour tema dan card. list edaran lagi.

    aduh, aku nih dah macam mak nenek pulak.
    takut la wei. takut hang dengan anis tertinggal satu dua benda penting.

    one last think.
    harga emas di jangka naik lagi. so, you know what should and should not do rite?

    ReplyDelete
  8. isha:
    nak kahwin la ni :p


    f.a.r.a.h:
    memang dah nak kahwin pun :p


    Wanie-san:
    tak bertunang pun.
    lepas risik terus nikah je :)


    Radin Fadli:
    jambu batu kot.


    cikmemy:
    hopefully la :(


    Adila Ady:
    eceh, hensem la sangat.
    aku lagi hensem :D


    jij Abdul Hamid:
    harap2 la sekejap je.
    tak berani gak nak try product2 sebarang ni :(


    rahmahmokhtaruddin:
    hehe. happy to know that :D


    AJ Nismihan:
    so far kaler tema dah ada, card will be arrange soon sebab tengah kira2 lagi jumlah undangan.
    baju tak hantar tempah lagi ni. alamak alamak.
    cuak lak aku.
    cincin dah survey sama2 last week, dah berkenan kat satu tu tapi ingat nak jalan lagi.
    tak terfikir lak pasal harga emas naik tu :(
    eh takde la, tak macam mak nenek pun.
    glad to be reminded always. thanks! :)

    ReplyDelete
  9. alahaii akak ni. haha. nakal hahaha

    ReplyDelete
  10. tidak2 jambu air disukai ramai...anak una nanti mesti comel... ayah henseng, mak model ...(eceh~~)

    ReplyDelete
  11. Cik Akma:
    padan la abg hanis kau tu suka nyanyi pls pls pls kamu jangan nakal.
    lagu fevret dia tau tu!
    hehehe :p


    Radin Fadli:
    anak comel tu segera diaminkan.
    tapi part ayah henseng mak model tu, mak aih melambung benar pujiannya.
    macam nak kena letak pae kat meja VIP je masa wedding nanti :p

    ReplyDelete
  12. pae no problem, kalau tuakng kipas pun no problem..market skit =p... eh bukan model ker?model kot... hak cipta terpelihara gitu

    ReplyDelete