expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 3, 2016

Membentuk Anak Yang Baik Rohaninya

Bila dah jadi ibu bapa ni, bagi aku cabaran terbesar adalah membentuk anak anak menjadi seorang manusia yang baik budi pekertinya. Zaman sekarang ini menakutkan. Tekanan pekerjaan dan kos sara hidup yang tinggi membuatkan ibu bapa bekerja secara berlebihan demi menampung keluarga. Bila di rumah badan pun dah penat, jumpa anak anak sehari 4 jam maksimum (ambil dari sekolah/pengasuh pukul 6 petang, pukul 10 dah tidur) tapi 4 jam itupun kita masih curi juga untuk buat perkara lain; nak masaklah membasuhlah dan bila semua kerja rumah dah siap kita duduk bersandar kat sofa tangan pegang handphone. Anak anak terpinga pinga buat hal sendiri, lost. Lagi teruk, anak anak pun dibiar mengadap gadget juga, asalkan kau tak kacau aku. Kesian okay.

Akibatnya anak terabai, parents ramai yang mengharapkan guru semata dan anak anak hilang sentuhan kekeluargaan. Anak anak mungkin membesar jadi si bijak pandai, tapi tiada adab, tiada sikap hormat menghormati, tiada nilai kemanusiaan. Lepas itu pula zaman sekarang ni semua benda nak diviralkan, cikgu tadika komen anak kat report card pun nak viral, anak sekolah tadika kena ambil peperiksaan pun nak viralkan, you know, all those petty matters. Kenapa aku kata petty? Sebab aku nampak parents yang suka membesar besarkan hal sebegitu sebenarnya lebih pada menutup kelemahan sendiri. Tugas mendidik anak bukan solely pada guru sekolah, malah peranan mereka dalam pembesaran anak anak mungkin paling banyak pun 50% sahaja. Selebihnya adalah terletak pada bahu kita, kitalah sebenarnya pendidik sebenar mereka. Pendidikan terbaik adalah bermula dari rumah, kalau asas pendidikan kita untuk anak anak di rumah sudah memang kukuh, kita tidak akan risau pun apa cara guru sekolah mendidik anak kita. Kita cubalah hormat pendekatan guru guru, they mean no harm pun, mereka cuma nak anak kita menjadi lebih baik je. Kita hormat kerjaya orang, inshaaAllah kita juga akan dihormati. Itu pendapat akulah. Tak paksa semua orang setuju pun.

Jujurnya aku kurang risau mengenai pencapaian anak dalam akademik; well aku of course ambil tahu apa perkembangan mereka tapi yelah mereka pun kecil lagi kita tak perlu pun nak stress sangat. Bila cikgu tadika bercerita tentang perkembangan akademik anak yang memberansangkan, sedikit sebanyak aku rasa gembira dan bangga juga. Tapi jujur aku cakap, I'm more interested to know about his behaviour at school, his social skills, his level of confidence. Adab dia di sekolah, cara dia bergaul. It's a very long way to go, tapi kita kenalah cuba semaikan dari sekarang.


Bagi aku, apa yang aku harap sangat adalah anak anak aku membesar sebagai seorang manusia yang humble, modest and full of compassion. The trick is, kami sebagai parents juga perlu jadi manusia yang humble, modest and full of compassion juga and that will be the hardest part. Obviously kita memang tak baik mana, tapi bila dah ada anak nak taknak kena berubah juga. Ajar anak supaya merendah diri, ajar anak supaya bersederhana, ajar anak untuk memiliki rasa belas kasihan dan empathy.

1, Bila dalam kereta yang berhenti di lampu isyarat, ada budak budak ketuk tingkap minta sedekah, cuba ajar anak kita untuk bersimpati. Kesian budak tu tak ada Mummy Daddy. Abang dengan Adik ada Mummy Daddy. Abang dengan Adik naik car, budak tu jalan kaki je dahlah panas terik. Ajar mereka erti belas kasihan dan bersyukur.

2. Bila selesai makan di restoran, biasakan kemas sendiri meja. Kalau tidak boleh buang dalam tong sampah pun, sekurang kurangnya kita susun pinggan dan cawan kita, lap sedikit apa yang tumpah dengan menggunakan tisu dan letakkan semua sisa makanan kita dalam pinggan. Begitu juga bila kita bercuti, biasakan untuk kemas bilik hotel kita sendiri. Aku memang akan kemas bilik hotel; tujuan utama sebenarnya lebih pada untuk mengelakkan kita overlook barang peribadi kita (bila dah kemas kan nampak lebih jelas setiap sudut) tapi bila anak tanya kenapa Mummy kemas, aku akan jawab supaya Aunty/Uncle tak susah nak bersihkan bilik kita. Ajar mereka untuk menghormati pekerjaan orang lain. Macam baru baru ini kami makan di restoran, selesai makan Ammar Yusuf insisted nak habiskan minuman dia selicin licinnya, katanya, "Nanti terus bersih cawan, Uncle tak payah basuh dah".  Haha innocent je, but the idea is there. Helping people with every chance we had :')

3. Bila nampak orang kutip botol kat tong sampah, jangan ajar anak anak untuk memandang jijik mereka. Masa ini you boleh explain pasal recycle; what's the process, what can be recycled, what's the benefit. Antiti (my sister, whom they called Aunty Ti) pun recycle surat khabar lama. Jangan buang buang kertas. Secara tak langsung mereka dah belajar menghormati alam sekitar. Bagitahu yang kalau tidak ada Uncle yang kutip botol tu, tak dapatlah nak recycle, lama lama bumi kita penuh dengan sampah. It's never too early for them to learn all those things.

4. Anak anak aku jenis suka bawa toys ke sekolah/rumah pengasuh. Beritahu mereka kalau bawa barang dan ditunjukkan pada kawan kawan yang tidak ada barang yang sama, kena ready untuk berkongsi. Jangan bawa kalau tiada niat untuk main bersama. Jangan biasakan anak anak bermegah megah, jangan ajar mereka menunjuk nunjuk. Kesian friends yang tak ada apa yang Abang/Adik ada. Allah tak suka macam tu, Kalau tiada niat untuk berkongsi, jangan bawa.

5. Ajar mereka erti sabar, Bila anak sakit--contoh baru baru ini Ammar Yusuf tumbuh ulser besar di bibir dan dia frust bila sakit tergigit ketika makan, kena explain yang Allah jadikan sakit supaya kita belajar sabar. Masa itu bolehlah ulang balik cerita Nabi Nabi kita yang diuji dengan macam macam, tapi mereka sabar je dan sebab itu Allah bagi nikmat dan ganjaran yang lebih besar kemudiannya. Dalam masa yang sama kita kena latih diri bersabar juga, jangan dok lecture anak pasal sabar tapi bila kaki kita tersepak bucu katil dah terus melompat memaki hamun pula -___-"

6. Ajar anak untuk menerima yang setiap manusia diciptakan berbeza beza. Ada yang cerah ada yang gelap, ada yang tinggi ada yang rendah, ada yang gemuk ada yang kurus. Jangan pernah memberi gelaran apa pun pada sesiapapun, contoh "Kawan Abang yang gemuk tu nama dia siapa?" Jangan. Jangan ajar anak menilai orang lain dari segi luaran, please. Biasakan anak mengasihi tanpa mengenal paras rupa. Macam mana kita sedih anak kita digelar yang bukan bukan, begitu juga perasaan ibu bapa lain :(

7. Anak lelaki perlu diajar menghormati orang perempuan. Bila dia bercerita pasal gegirl at school, kita kena ajar dia jadi gentleman. Jangan berebut toys dengan girls, jangan berebut nak naik gelongsor dengan girls. Jangan pegang girls tak semena mena. Risau aku. Bab menghormati perempuan ni memang peranan seorang bapa sangat crucial di situ. Children see, children do. Bapa kena sayang emak, kena tolong emak di rumah, kena generous dengan emak. Bapa yang menghormati emak akan membentuk anak lelaki yang turut sama menghormati emak dan golongan wanita yang lain.

Aku taip ini semua lebih pada panduan dan peringatan untuk diri aku sendiri. Ramai yang cakap nak besarkan anak perempuan lebih susah, tapi bagi aku sama je anak lelaki ke anak perempuan. Jangan berat sebelah, jangan biased. Lelaki atau perempuan, dua dua pun amanah dan pinjaman dari Allah untuk kita. Bagi aku, anak kalau kurang pandai dari segi akademik tidak mengapa, sooner or later mereka akan pandai juga. Tapi bila akhlak anak anak tidak memberansangkan, memang rasa patahnya hati ni :(

Kalau kita ajar anak kita kejar Allah, dunia akan jadi lebih mudah untuk mereka. Kalau perasan anak yang membesar dalam suasana agama biasanya akan lebih cemerlang juga dalam pelajaran. Ramai parents muda mudi sekarang ni nak tunjuk chill sangat dalam mendidik anak anak. Aku chill, chill juga. tapi kena sedar yang berat sebenarnya tanggungjawab mendidik anak anak ni. Kadang kadang bila anak buat perangai aku dok fikir mana silapnya kami berdua ini. At times rasa macam nak biar go with the flow, tapi kalau flow tu dah obviously kelaut kita still nak biarkan lagi ke? Umur bawah 6 tahun ini memang umur bermain, tapi bukanlah kita biar mereka bermain tak tentu hala, kita kena turut involve dalam permainan itu barulah mereka boleh belajar melalui bermain. Bagi aku, lebih baik berwaspada daripada tidak ambil peduli langsung. 

Panjang sangat dah ni, nampak tak banyak perkataan 'bagi aku' yang aku gunakan di sini? Sebab semua ini adalah pendapat peribadi aku sahaja, afterall kita yang lebih kenal anak kita masing masing. Harap boleh baca dengan berlapang dada lah. Aku pun ibu muda juga (dah 31 tahun pun nak mengaku muda kuikui), masih terlalu mentah dan masih dalam proses mencuba banyak kaedah dari pelbagai generasi dan budaya. Ada sesetengah cara orang barat kita boleh ikut, ada sesetengah cara orang Melayu kita ni pun tidak kurang bagusnya. Ada perkara kita boleh ikut buku/parenting websites, ada juga perkara yang kita sebenarnya boleh belajar dari pengalaman orang tua kita sendiri. Aku suka cuba, kalau boleh diteruskan aku akan teruskan dan kalau rasa tidak sesuai aku ubah cara lain pula, asalkan jangan lari dari landasan agama je. Tidak berkesan untuk aku bukan bermakna cara itu salah, kita bertenang sajalah dan move on dengan cara yang lain pula. There's no manual on how to be a great parents, kita redah dan cuba je satu persatu. For me, it's better to try and fail than not trying at all. Cuma bila gagal itu kita janganlah putus asa. We parents should never ever give up on our children. Sekurang kurangnya bila dipersoalkan Allah tentang amanah ini di Akhirat kelak, I hope I can say, "I've tried my very best".


2 comments:

  1. suka sgt baca blog u..byk info psl kekeluargaan..membesarkan anak memang mencabar..ibu bapa cermin kpd anak2...tq for sharing ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, thank you for reading :)

      Delete