expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 13, 2016

Common Sense In Marriage

Teringat perbualan dengan Oyah tidak lama dahulu ketika kami berdua di dalam kereta tak ingat untuk ke mana. Satu ayat dia yang agak menarik perhatian aku,

"Sebenarnya nak hidup bahagia ni kita bukan kena jadi orang yang paling baik di dunia pun. Kita hanya perlu ada common sense je.." Amboi budak kecil ni pandainya berfalsafah :p. Tapi betul juga kan?

Ayat ini bermain main di fikiran aku malam tadi selepas baca kisah menantu yang dibuli mertua dan ipar duai seperti yang diceritakan dalam Facebook page IIUM Confession baru baru ini. Betul juga, we can actually save ourselves a lot of trouble if we just use a common sense, terutama dalam rumahtangga ini.

Orang tua perlu dihormati - common sense.
Anak kecil perlu disayangi - common sense.
Tanggungjawab kewangan ke atas mertua bukan di bahu menantu - common sense.
Membantu suami adalah berbeza dengan menanggung suami - common sense.

Ini antara contoh yang boleh digunakanlah.

Aku rasa kita sebagai orang perempuan ini kena cuba bawa bertenang sikit, sebab apa yang aku nampak ramai isteri yang bertahun tahun merana menjeruk rasa dengan suami/mertua/ipar duai ini adalah kerana terlalu mencuba (trying too hard) untuk jadi isteri terbaik, menantu terbaik, ipar terbaik. Berpada pada sudahlah, lek lek je orang cakap. Just use a common sense, kiranya kalau kita merasakan diri kita tidak disukai mertua / ipar duai, tidak perlulah terlalu mencuba sangat untuk mengambil hati. Kita jalani hidup macam biasa, hormat dia sepertimana ibu bapa kita mengajar kita menghormati orang lain, buat apa yang perlu sahaja tidak perlu berlebihan berhabis wang ringgit untuk memancing kasih sayang. Bukan semua perkara boleh diselesaikan dengan wang ringgit pun. 

Begitu juga isteri dengan suami. Apa yang aku nampak, biasanya kes isteri sakit hati dengan suami kebanyakannya adalah isteri jenis yang mengeluarkan terlalu banyak perbelanjaan untuk rumahtangga berbanding suami. Common sense sikitlah, wajar ke perempuan yang menanggung keluarga? Tengok dengan akal fikiran, bukan dengan hati. Kalau kita tengok guna hati memanglah akan rasa yang kita patut buat begitu demi cinta, kasihan dan sebagainya. Bila orang perempuan ni buat sesuatu yang bukan sepatutnya di atas tanggungjawabnya, memang akan nampak banyaklah kesan negatif di kemudian hari. Isteri hilang hormat pada suami, isteri jadi hilang keikhlasan pada suami. Hati mula timbul rasa benci, mulut mula mengungkit ungkit.

Jujurnya, di awal perkahwinan dulu aku juga termasuk dalam golongan yang berazam nak jadi segala gala yang terbaik untuk orang lain. Nak jadi isteri terbaiklah, menantu terbaiklah, kakak ipar terbaiklah. Lama lama kita jadi stress and when things did not go as what we planned, kita jadi down dan mula mempersoal "Aku dah buat macam macam dah, kenapa jadi macam ni??" Siapa suruh buat macam macam haha! Trying too hard may leads to a huge disappointment when things go wrong. Bertenanglah, ini bukan satu pertandingan. Bila aku mula berfikir dan menggunakan common sense dalam segala tindakan aku, perlahan lahan segalanya berubah ke arah yang positif; hubungan suami isteri menjadi lebih baik, hubungan dengan mertua menjadi lebih mesra dan 'natural', yelah kita sudah menjadi diri sendiri dan hanya buat sesuatu ke atas keupayaan kita sahaja. Jangan paksa diri, tak ada siapa suruh kita masak lauk pauk yang bombastik, atau beli hadiah yang mahal mahal, atau selesaikan segala bil dalam rumah. Kita nak guna duit kita untuk sesuatu yang menggembirakan diri sendiri kita guna jelah, hal yang lain lain cuba biar suami kita yang uruskan. Tapi aku memang bersyukur sangat sebenarnya sebab my husband's family pun bukan jenis yang cerewet dan banyak karenah, mereka sebenarnya manusia yang simple dan mudah sahaja seperti aku juga alhamdulillah.

Jangan salah anggap yang aku nak ajar kita jadi berkira dengan suami dan mertua/ipar duai, apa yang aku cuba katakan di sini, you just have to have a common sense in order to live happy. Kita berbuat baik sahaja dengan semua orang; bila orang berbuat baik dengan kita, kita balas dengan lebih baik lagi dan kalau orang buat tak baik dengan kita, kita teruskan buat baik juga tapi berpada padalah jangan sampai kita kelihatan seperti si bodoh pula. Kita pun bukan budak budak lagi, kita sendiri tahu dosa dan pahala. Hadkan tindakan kita asalkan kita tak buat dosa cukuplah. Kita semua nak hidup gembira kan?  Do not try too hard, jangan paksa diri melampau lampau untuk 'membeli' bahagia, cinta tak sepatutnya buat kita lebih susah/lebih menderita/lebih miskin dari sebelumnya. If you are with the right person, your partner takkan biar you jadi lebih susah/lebih menderita/lebih miskin bila bersamanya. It's okay to follow your heart, but please take your brain with you.



2 comments:

  1. common sense ialah buat diri kita senang dulu, otomatik nnt orang lain ikot senang kan.

    ReplyDelete
  2. yup, common sense. suami akak bagitau awal2 masa sebelum kahwin, JUST BE YOURSELF. maknanya bukanlah kita jadi rugged sangat tapi jangan terlalu nak pleased other people sampai kena lanyak. mertua ada 10 anak, maknanya akak ada 9 ipar. how to pleased each one of them? tak perlu usaha sangat, rileks sudah ^_^

    ReplyDelete