expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 31, 2016

Rezeki Orang, Rezeki Kita

Petang tadi I lend my ears to listen to my friend's rambling about her children's Taska. Macam macam hal lah, pendek kata kawan aku ini memang tak dapat nak ngamlah dengan guru Taska anak anak dia. Kawan aku ni jenis kelakar, kadang aku tengok dia tengah stress pun macam dia boleh buat kelakar. So aku cakaplah dengan dia,

"Kau ni kenapanya nak bergaduh je dengan cikgu anak kau tu?" masa tu dia dok cerita yang mereka berbalas balas ayat dalam WhatsApp group Taska tu.

Lepas itu kawan aku tu pun bagitahulah dia yang dekat tempat kerja lama dia dulu, dia pernah berpindah 5 kali Taska, dan anak dia belum pun 4 tahun hoh why is that?? I was surprised, then selamba aku cakap dengan dia,

"Kalau dah banyak kali tukar Taska ni, entah entah hang yang problem kot, bukan depa". Kawan aku ni orang utagha, biasalah bila berbual dengan orang yang ada accent ni kita mengada terikut ikut sekali hihihi. Lepas tu kawan aku ni ceritalah pengalaman dia dengan taska taska sebelum ini.

Taska 1 - Minggu pertama di situ anak dia (masa tu berumur 8 bulan) dah benjol dahi. Taska kata terjatuh tangga. 
Taska 2 - Anak dia tercabut kuku, Taska kata sebab dia main pintu pastu tersepit jari.
Taska 3 - Anak dia kena buli dengan budak lain (dirampas bantal busuk pastu anak dia dok merangkaklah kejar budak yang rampas tu kesian aku dengar)
Taska 4 - Anak kedua dia pula terhempap or terjatuh macam mana entah, retak tulang dada.
(Tak ingat turutan cerita tapi beginilah lebih kurang)

Bulat mata aku dengar, OMG ngerinya cerita Taska anak kau!

Then dia tanya aku, "Kalau kau, kau buat macam mana?"

Aku terdiam. Sebab aku memang tak ada pengalaman seperti itu. Kawan aku pun sambung,

"Entahlah. Banyaknya dugaan aku dengan Taska ni.. Sebab itulah aku jadi defensive macam ini dengan cikgu Taska aku sekarang"

Aku memang simpati dengar cerita dia. Dalam hati aku meruntun runtun rasa syukur yang aku tidak ditemukan dengan orang orang yang menyakiti anak aku (nauzubillah). Sebab, sepertimana soalan dia tadi, aku memang tak tahu apa reaksi aku kalau anak anak aku diperlakukan sebegitu. I mean, benda kadang kala boleh jadi tanpa disengajakan, tapi bila berulang kali anak kita kena macam itu, kalau aku pun entah entah dah tukar Taska 10 kali agaknya. It is unfair for me to judge on something I've never experience, and I hope it can stay that way-- janganlah diduga dengan anak anak ni. Patah hati aku nanti :(

Ammar Yusuf dan Adam Muaz, kedua duanya membesar dengan sangat disayangi pengasuh mereka, Kak Ha. Bila Ammar Yusuf bersekolah, dia dijaga dengan sangat baik juga oleh guru tadikanya dan dalam hati aku memang berdoa sangat agar perkara itu berterusan dan dia akan sentiasa dijaga dengan baik sampai bila bila, masuk sekolah rendah, sekolah menengah, universiti wuuuuu nak kena masuk private school sampai ke besar ke apa ni T___T. Aku tak rasa aku kuat dan tabah untuk hadapi kalau anak aku disakiti orang lain, aku rasa reaksi aku akan lebih menggila dari kawan aku tu kalau anak aku dicederakan (nauzubillah).

Alhamdulillah direzekikan dengan orang sekeliling yang baik baik, I can never be grateful enough for all these. Benda macam inilah yang we tend to take for granted. Bukan semua orang dihadirkan dengan orang yang baik baik dalam hidup mereka, kalau kau rasa macam dah usaha dan doa banyak banyak minta rezeki dari Allah tapi still tak kaya kaya, cuba lihat dari sudut ini. Allah anugerahkan rezeki bukan dari segi kebendaan dan wang ringgit semata, jiran yang baik juga rezeki, mertua yang baik juga rezeki, kawan kawan yang baik baik baik juga, and of course penjaga anak anak yang baik juga adalah rezeki. So tak apalah hidup tak mewah mana pun, asalkan hati kita sentiasa tenang dan anak anak juga menjalani kehidupan seharian dengan gembira :')




2 comments:

  1. Yeap, setuju.. Mungkin kadangkala kita tidak diberikan kemewahan harta benda/duit tapi Alhamdulillah Tuhan kasi kita rezeki lain yang jauh lebih baik dan menenangkan hati kita kan!

    Btw, ngerinya dgr kisah taska tu T___T

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar.. Alhamdulillah tak pernah lah melalui such situation. Bersyukur sgt2 di kelilingi org baik2. Pengasuh anak2 ni, mmg jaga mcm die jaga anak die. Even kalau ily kalut2 sbb husband outstation, pengasuh make sure anak2 dah mkn kenyang sblm ily amik so that ily tak yah susah2 masak dah. She even tolong hantar anak2 sampai depan pintu umah at times. Allahu... Tak dpt nk bayang lah kalau i'm in your friend's shoe..

    ReplyDelete