Friday, May 20, 2016

Syaitan Suruh

Remember Buku Kisah Nabi which we used for our bedtime stories?

Buying the book is one of the best decision ever, because our bedtime stories now is not only the time to tell and listen to stories, but I can also use the time for some words of wisdom, selitkan nasihat nasihat yang kalau diberikan pada waktu lain mereka tidak berapa nak dengar sangat tapi bila kita gunakan nasihat itu selepas bercerita tentang kisah Nabi, ianya sangat memberi kesan pada mereka.

Contohnya masa kisah Nabi Adam, Iblis menghasut Nabi Adam untuk memakan buah khuldi yang menyebabkan Nabi Adam dicampakkan ke bumi. Di penghujung cerita, aku selitkan nasihat yang iblis/syaitan memang sentiasa akan suruh manusia buat jahat, bila kita rasa nak buat jahat atau nak marah marah, itu sebab syaitan dah hasut kita la tu. Kita jangan kalah dengan syaitan, kita kena kuat lawan syaitan.

Contoh lain adalah seperti kisah Nabi Ayub yang diuji dengan pelbagai musibah, tanaman mati, binatang peliharaan mati, anak anak mati dan Nabi Ayub terkena penyakit kulit pula. Syaitan dah hasut Nabi Ayub supaya berpaling dari agama, tapi Nabi Ayub sabar dan terus memohon ampun dari Allah. Akhirnya Allah turunkan pertolongan pada Nabi Ayub. So aku nasihat anak anak, kita kena banyak bersabar, kalau Adam Muaz buat Abang marah, Abang kena sabar, begitu juga dengan Adik. Sebelum itu Adam Muaz ada terbaling toys pada Ammar Yusuf, tapi to my surprise Ammar Yusuf tak balas pun. So aku jadikan itu sebagai compliment untuk dia, "Macam tadi Adik baling toys kat Abang, Abang tak balas pun. Abang sabar je kan? Macam itulah Allah suka."

Lepas itu Ammar Yusuf jawab,

"Tadi Daddy marah Abang pun, Abang sabar je"

HAHAHAHAHA. Terus H datang hug Ammar Yusuf and says sorry, itulah, anak sulung awak ni memendam rasa jangan tak tahu :p

So last night, Adam Muaz entah merajuk apa dengan aku dia pergi kat Daddy dia nak sleep. Mummy tanyalah,

"Adik sinilah sleep dengan Mummy, Adik merajuk ke?"

Lepas itu Daddy dia pun tanya juga,

"Adik kenapa taknak sleep dengan Mummy?"

Dengan suara sedih pilu Adam Muaz (seperti biasa) tu, dia jawab,

"Sebab Mummy tak sayang Adik....."

Laah. Pasal apa pula ni?

Tiba tiba Ammar Yusuf tak semena mena bersyarah,

"Mummy sayanglah Adik! Mummy sayang semua orang! Adik tak baik cakap macam itu. Syaitan lah tu yang suruh Adik cakap macam tu! Adik janganlah ikut cakap syaitan!"

Hoh? Alamak. Macam ter-extreme sangatlah pula.

How do I fix this? :/



No comments: