expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 12, 2016

Sesuatu Untuk Disyukuri

Bangun pagi dengan semangat membara lain macam. Solat Subuh dengan tenang, doa dengan tersenyum senyum. Allah Maha Baik.

H managed to close another 2 deals for Takaful last night and I couldn't be any happier. Setiap kali beliau keluar untuk jumpa his potential customer, berkoyan koyan doa aku panjatkan supaya dia dapat yakinkan potential customer itu tentang kebaikan memiliki Takaful. Jujurnya apa yang aku lihat sekarang, ramai yang dah bijak pandai dan sedia maklum tentang Takaful, I mean bukan macam zaman dulu yang orang lari dari Takaful agent. Sekarang ni dah ramai yang cari sendiri Takaful agent, mereka sudah faham, sudah tahu kepentingannya dan bersedia untuk melabur untuk hari esok yang kita tidak tahu apa akan terjadi. Cuma yang jadi their main concern hanyalah Takaful jenama apa yang offer the best coverage at the best price.

Tak apa, this handsome man is always ready to explain further (haha tak boleh blah).


Born to be a champion. He's marrying a champion too so of course, you know.... :p


Kalau korang rasa macam nak tahu apa yang AIA Public Takaful can offer, you can just WhatsApp the above number and he will try to call you secepat mungkin. Nak explain dari WhatsApp ni leceh sikit nak taip panjang panjang, lagi senang kalau cakap melalui telefon or even better, set an appointment to meet up. No pressure, just a leisure talk, cerita dengan lebih mendalam dan tiada paksaan.

On a different note, a happy note I must say; we've just being informed that we can already collect our new house key!! OMG I almost jump with excitement the moment H called me to save the date for the key collection. After all the sweat, blood and tears (lebih lebih pula), segalanya hampir menjadi nyata ya Allah rasa syukur sangat. This is our dream house, my children totally in love with this house and already booked their own room eleh entah entah dah ada bilik sendiri pun still tidur bergelimpangan lagi 4 orang hug hug haha =))))

Honestly when we decided to buy this house, we were not actually in a good financial situation. Selepas membuat perkiraan and taking into accounts every single thing, memang nampak bajet akan jadi terlalu tight dan ngam ngam sangat! Tiada allocation untuk emergency fund langsung. Masa itu dah set dalam otak yang bila rumah ini dah siap dan dah start kena bayar nanti, kena berjimat cermat gila gila, kena catu perbelanjaan, dah tak boleh pergi bercuti, kena rajin puasa (huhu sedih tahap macam itu). But when the time really comes, well, it isn't that bad pun. Like seriously, I still eat whatever I want during lunch time, I still buy new clothes for me and my children, we still go on holiday once a month or two.. In fact ada kawan aku pun cakap benda yang sama. Bila dah commit untuk beli rumah, dia sangka lepas ni hari hari akan makan nasi dengan ikan bilis jelah, tak mampu dah nak beli benda lain, but turns out kehidupan kita selepas itu berjalan seperti biasa saja. Masih makan apa yang kita makan sekarang, masih boleh berbelanja lebih kurang. What I'm trying to say is, rezeki Allah itu sangat sangat luas. datang dalam pelbagai bentuk dan hadir pada masa yang kita tak sangka sangka pun! Mesti ada jalannya, mesti akan ada caranya yang sebelum ini kita tak pernah tahu pun. We have to have faith in Him. Tawakkal dulu, baru usaha. Sebab kita berjaya bukan kerana usaha kita, kita berjaya kerana tawakkal kita pada Allah.

Bersedekah ketika kita miskin.
Berbuat baiklah dengan keluarga, make your parents happy setiap masa, bukan occasionally.
Jangan jangan jangan berkira dengan adik beradik.
Solat awal waktu (nak kena improve lagi ni!)
Be positive!!

Terlalu banyak perancangan untuk rumah baru kami ini. We want to do it right this time from the very beginning, slowly pasang apa yang patut, letak perabot satu persatu. Nak buat cantik cantik, bukanlah bombastik sangat tapi at least cantiklah di mata kami. Kena kerja kuat lagi ni, kena doa banyak banyak merintih merayu minta Allah tolong. Rumah yang kami duduki sekarang inshaaAllah tidak akan dijual atau disewa, kami nak simpan untuk tempat persinggahan pada bila bila masa, that is our plan for the time being. Sayang tau rumah ini! Walaupun kecil, tapi sangat bermakna buat kami, this is the place where our children grow up, terlalu banyak kenangan kami di sini. Haih sedih pula rasa.

Alhamdulillah for everything, it might be insignificant for some, but it means a lot to us. We want to do better everyday in every single way. Physically, financially, spiritually dan dalam masa yang sama kami mahu lakukan segalanya dengan gembira. Trying my best not to stress out and trying to focus one thing at a time. Banyaknya benda dalam kepala aku ni, nervous, but we can do it inshaaAllah :)


2 comments:

  1. Gambar rumah baru please! I'm waiting for me new house's keys tooooo..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe seganlah. Tengoklah macam mana. Mesti tak sabar nak dapat kunci juga kan? ;)

      Delete