expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 19, 2016

Si Sedih

Adam Muaz ni ya Allah sentimentalnya bukan main lagi. Modal dia memang ayat sedih ye. Seriously, setiap kali mahukan sesuatu tapi tidak diperolehi, memang ayat yang dikeluarkan mesti ada perkataan 'sedih'.

Budak bertuah ni setiap pagi selalu sangat nak bawa segala mak nenek toys dia sumbat dalam beg kecil dia ke rumah Ibu (pengasuh). Aku memang awal awal lagi kalau dah nampak dia dah pegang patung Spiderman big kat tangan kanan, mainan motorcycles kat tangan kiri, teddy bear yang dipanggil Baby Boy dikepit di ketiak sebelah kanan, dan Tobot X dikepit di ketiak sebelah kiri, aku akan larang dan suruh dia pilih satuuuu je untuk dibawa ke rumah Ibu.

Tapi ayat dia memang tak ada lain,

"Nanti Spiderman sedih macam mana?"

Nanti Tobot X sedih macam mana?"

"Nanti_________(insert nama toys yang ditinggalkan) sedih macam mana??"

Pandailah awak! Takde maknanya depa nak sedih!

Sekarang ni dalam seminggu ada 2-3 kali malam yang H akan keluar jumpa client. Bila nampak Daddy dia bersiap siap selepas Maghrib, mesti dia akan tanya,

"Daddy nak pergi mana??"

Bila dibagitahu yang Daddy kena work, mulalah drama swasta, "Adik nak sleep dengan Daddy. Nanti Adik sedih macam mana?"

Kadang kadang memang sedih okayyyy dengar ayat dia, tapi lama lama dah biasa dah dan Adik pun dah boleh dipujuk dah seakan akan memahami yang Daddy perlu keluar bekerja malam sekali sekala. Tapi dia twist pula ayat lain, "Daddy kena work, nanti nak belikan Adik toys banyak" hehehe pandai pandai je dia.

And then, masa nak tidur, sekali lagi Adam Muaz ni dia akan bawa sekali segala mak nenek toys dia tidur bersama, disusun siap siap atas pillow Spiderman, Tobot X, Baby Boy dia tu, patung Elmo (besar okay Elmo ni, parat lutut orang dewasa kot!). Sudahlah kami memang tidur berhimpit himpit 4 orang, tambah pula 'anak anak' si Muaz ni, eh dah tu Mummy nak sleep kat mana??

Bila disuruh letak tempat lain, of course jawapan dia, 

"Nanti semua ni sedih macam mana???"

Dah tu toys awak jelah yang tahu sedih? Mummy Daddy takde tempat nak sleep ni tak sedih??


Adoilah anak bertuah ni.

Itulah Adam Muaz, lembut hatinya. Mudah dipujuk, manja tak terkata macam mana nak jadi abang ni? Bila gembira, tak pernah lekang ucapan "Terima kasih Mummy, terima kasih Daddy", bila buat salah, senang juga "I'm sorry Mummy, I'm sorry Daddy". Budak budak kan, they are so cute without even trying. Bila teringat anak anak ni memang rasa kembang je hati, tersenyum senyum setiap pagi drive ke tempat kerja. Alhamdulillah :)

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


1 comment:

  1. bagusnya Adam Muaz.such a good boy! ☺️☺️👏👏

    ReplyDelete