expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, May 6, 2016

Buku Kisah Nabi (Part 2)

Thanks to Wanie Mahir, Ily and Aisha for the suggestions on where should I get the Buku Kisah Nabi in the previous post, I really appreciate all your suggestions! However I had actually bought it myself during lunch time yesterday at one of the bookstore at The Mines, but still, thank you for your kind recommendations :)


25 Nabi Utusan Allah. RM34.90. Aku memang nak buku yang ringkas, yang menarik untuk dibaca kanak kanak, yang mudah difahami. Sebab untuk budak budak kan, kalau untuk bacaan aku memang kita nak cari yang se-detail yang boleh, sedalam dalamnya ilmu kan. This book is quite nice, I must say. The moment I told him that I have bought his Buku Kisah Nabi, bulat terus mata dia bersinar sinar OMG priceless betul reaction dia =')


Isi kandungan. Cerita ringkas 25 orang Nabi,


Setiap suku kata dibezakan dengan warna so I think it is good for young children yang baru belajar membaca.


Di penghujung setiap kisah Nabi itu disertakan juga pengajaran yang boleh diperoleh.

I'm actually glad that I bought this book, it's like, bringing our bedtime stories to a whole new level. I decided to tell one story a night so that we'll have 25 nights to finish this book. So malam tadi kami bermula dengan Nabi Adam (yang membuatkan Adam Muaz tersipu sipu sebab sama dengan nama dia haha), but one thing I have to tell you, bila you dah decide nak cerita kisah Nabi dengan anak anak, you kena prepare yourselves to answer banyak soalan dari anak anak. Because you know, cerita Nabi ni banyak mukjizat, banyak perkara ghaib yang tak dapat digambarkan oleh anak anak secara logik akal.

Contoh soalan Ammar Yusuf malam tadi;

Kenapa Allah cipta Nabi Adam dari tanah? Abang pun dari tanah ke? Dalam perut Mummy ada tanah ke?
Allah turunkan dari Nabi Adam dari syurga ke bumi, syurga tu kat mana (sambil bagi his earth globe, expecting me to show which part in the globe is 'syurga').
Buah khuldi tu macam mana? Kenapa tak boleh makan? Dalam syurga tak ada ke buah epal untuk Nabi Adam makan? Buah oren?
Kenapa syaitan pun ada dalam syurga masa Nabi Adam dalam syurga?

Soalan soalan macam itu, kita tidak boleh simply jawab sebarangan just to satisfy him, tapi tak boleh juga jawab dengan detail disertai dalil dalil untuk budak 3 tahun dan 4 tahun lebih, so kena pandai pandai dan jawapan itu kena benar walaupun tidak secara detail.

Anyway, selepas mengulangi kisah Nabi Adam untuk kali ketiga (they never had enough of it and keep on saying, "Nak lagi Mummy!" everytime I finished T___T), I switched off the light and kami berbaringan while hugging each other. Ammar Yusuf tiba tiba tanya,

"Syurga tu best kan Mummy?"

"Yes sweetheart, best sangat. Abang dengan Adik kena jadi anak yang baik, baru masuk syurga."

"Bila kita boleh masuk syurga?" he asked again.

"Nanti lepas meninggal dunia, dah hari khiamat, lepas Allah dah tengok Abang ni memang budak yang baik, bolehlah masuk syurga," I explained, trying to make it as simple as possible.

"Mummy nak masuk syurga?" tanya dia lagi.

"Mestilah! Semua orang nak masuk syurga.."

"Tapi Mummy tak meninggal pun," innocent je ayat kau kan HAHAHA.

"Abang nak ke Mummy meninggal? Abang tak sayang ye Mummy??" aku pura pura kecil hati.

"Abang sayang Mummy. Kalau Mummy meninggal dunia, nanti Abang cry sampai mata Abang tak nampak apa apa dah.."

T_______T

Walaupun cerita itu macam Kassim Selamat, tapi tetap mampu menyentuh hati Mummy, nak :')


1 comment:

  1. "Cry sampai mata tak nampak apa2 dah"...Allah sedihnya part last tu..nak menitik air mata AuntyPah..Ammar Yusuf...Ammar Yusuf..

    ReplyDelete