Saturday, May 14, 2016

Peperiksaan Pertama Ammar Yusuf


Received this from my son's school teacher and I straightaway informed my husband,

"Sayang, Abang exam tau next week."

We both tergelak kecil. Besar dah anak aku ni, dah kena mengadap peperiksaan dah hehehe.

"Nak suruh dia study apa weekend ni?" tanyaku. Takdelah panik ke apa, tapi taknaklah ambil mudah je. Kesian kat teachers kalau semua parents ambil mudah. Kesian kat anak juga.

"Hmm entahlah. Suruh dia tengok tengok buku dia la kot."

Ammar Yusuf tu tak perlu disuruh pun balik sekolah akan buka buku dan baca dengan suara nyaring dia tu, such a nerd, like Aunty Hana hahahaha. Mama cakap Kakna masa kecil begitulah, takde berkawan sangat, hanya berkawan dengan buku saje tipikal anak sulung betul :') Harap harap Abang membesar sebagai seorang yang awesome lah macam Aunty Hana juga. Mummy dia ni mediocre sangat, nothing extraordinary.

So anak 5 tahun nak exam ni, nak suruh study apa? Mummy dia dok tergelak gelak je tak serius pun nak ajar anak hadoi. Taknak dia stress sebenarnya, and most importantly taknak Mummy stress. Tapi tak boleh dibiarkan tanpa panduan, karang terumbang ambing pula anak aku.

Suruh dia baca buku santai santai jelah ye ek. Aku rasa bab membaca macam okay je nampak, bab menulis je ya ampun! Tak cukup latihan motor skills agaknya semasa bayi alah kesian dia. Tapi nak marah sangat pun tak boleh, sebab tulisan Mummy pun sama buruk juga! T__T





2 comments:

Kak Vit said...

good luck Ammar Yusuf 💪💪💪☺️

Husna Hadzarami said...

Thank you! :)