expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, September 3, 2015

Kisah Sembelit

Amaran: Tidak sesuai dibaca ketika sedang makan.

Blog emak emak katakan, pasal sembelit pun nak dijadikan cerita -____-"

Ammar Yusuf ni, dulu jenis senang berak tau. Senang yang terlampau senang sangat la kiranya. Lepas minum susu, berak, makan roti, berak, makan buah buahan, lagilah senang berak. Jadi kami pun gundah gulana la beberapa bulan, sebab berat badan dia susah sangat nak naik! Skinny je.

Doktor cadangkan, kami tukar susu. Kami tak tukar pun, sebab pernah cuba tukar hari tu end up dia langsung taknak minum susu. Sudahlah susah makan, susu pun taknak. Lagilah kurus kering anak aku! Bila dah masuk 3 tahun lebih, kami upgrade susu dia. Means from Anmum Step 3 to Anmum Step 4. Jenama sama, level je lain. Bila tukar susu, dia dah kurang berak. Okay legalah sikit, Mama pun cakap badan dia dah nampak berisi sikit. 

Ingatkan kegembiraan itu berkekalan, rupanya tidak. Daripada berak yang terlebih lawas, sekarang dia dah jadi tak lawas. Sembelit. 3-4 hari sekali berak. Pernah seminggu tak berak langsung, kesian okay. Bila dah macam tu, dia jadi moody. Yelah, badan tak sedap kan. Asyik marah marah, cakap pun nak jerit jerit. Bila balik rumah Mama, Mama suruh masukkan ubat bontot tu. Sebab masa tu dah lama sangat dia tak berak. Beli kat farmasi, nama ubat tu Enema apa entah. Untuk orang dewasa kena pakai 20ml, budak budak 10ml. Tapi tak elok nak guna selalu. Ada banyak kesan sampingan yang tak elok so kami decide pakai sekali je. Nak cuba je. Memang berkesanlah, sumbat sekali je terus keluar semua.

Then we decided to do it naturally;

Prune 5-6 biji sehari.
Susu kultur (Vitagen, Solivite, Yakult, etc)
Stop terus susu formula, and take fresh milk instead
Buah buahan bervitamin C tinggi (anggur, oren)
Minum air masak dengan banyak

Kami beli semua yang perlu dan letak di rumah kami dan rumah babysitter. Kami juga explain dengan Kak Ha supaya jangan bagi dia susu formula dah, dia dah besar, bagi dia makan buah sebelum makan nasi, minum air masak dengan lebih banyak, etc. Masalah Ammar Yusuf ni, bila dah terlalu kerap berak keras dia macam trauma tau, so walaupun dia terasa nak berak dia still akan tahan tahan sampai tertidur. Aku memang sangat memahami perasaan ini, aku juga pernah mengalami trauma yang sama selepas bersalin dulu. Takut okayyy. 

So ambil dari rumah babysitter semalam, kami tanya Kak Ha, Abang ada berak ke tak hari ni. Kak Ha kata dia cakap sakit perut je tapi taknak pegi toilet. Hmm aku cakap dengan H, by hook or by crook dia kena berak juga hari ni. Sebab dah 2 hari kan, takkan nak biar sampai 3-4 hari lagi, lagilah sakit.

Balik rumah, terus suruh dia buka seluar, terus suruh pergi toilet. Dia nak sangat dah berak sebenarnya, tapi dia terlampau takut. Menangis nangis dia "Berak ni taknak bagi Abang berak. Dia nak keras je, taknak cair pun". Pastu ulang ulang sakit Mummy sakit Mummy. Dahlah malam, mesti jiran jiran ingat aku dera anak T__T. I was so close to actually korek his rectum, seriously. Aku dah masuk sikit jari sebenarnya memang macam batu dah najis dia kat dalam. Things you do for your loved one T______T

Laaaaaama sangat dalam toilet, macam macam Mummy buat, urut perut dan belakang dia, tunjuk gambar kat Google baby yang perut membusung (as an example kalau tahan berak jadi macam mana), sampai tahap ugut bawa pergi hospital bagi doktor potong perut untuk buang najis, kejap Mummy marah kejap Mummy pujuk sampai Mummy pun bergenang air mata, dramatik betul cerita semalam. After almost 2 hours of crying and wailing, siap keluar toilet sekejap untuk minum air dan kunyah prune 2-3 biji, masuk balik toilet sambung nangis gaduh gaduh dengan Mummy, akhirnya keluar juga semua. Naturally. 

It was such a big relieved for everybody, termasuk Adam Muaz yang sepanjang masa menjadi pemerhati di tepi toilet. Panik kot dia tengok drama tu.

Keluar toilet, terus cakap "Abang nak tengok cerita Baymax".

Tengoklah Abang. Buatlah apa Abang nak buat. Masa tu aku rasa nak bagi apa saja yang dia minta, kalau dia minta nak toys ke apa memang aku turun terus pergi beli agaknya. Sebab kesian betul. Tak tahan aku tengok dia macam tu. Tanya dia nak makan apa apa tak, dia just cakap, "Nanti ye Mummy, Abang nak rehat". Kesian.

Aku cakap dengan H, esok (hari ni) kalau dia tak berak lagi, aku sanggup ulang lagi drama ni. Taknak biar dia simpan lama lama dah. You guys ada petua untuk sembelit tak? Seriously guys, I need your help. Papaya taknak, dia tak suka. Ubat ubatan pun taknak, tak elok untuk budak sekecil dia. Thanks in advance.




19 comments:

  1. alahai..kesiannya,..same case with my twin niece....memang macam ni la amsalah dia..dah 5 tahun dah umur..still macam ni....tp sekali dah berak memang puas la dia...terus aktif semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Amanda. Thanks for following! :) Itulah pasal, sedih betul tengoknya. Tak keruan je. Bila dah keluarkan semua, memang lega la. Baru okay mood dia.

      Delete
  2. both of my sons 4 and 2 sama.. jenis memang kena masuk ubat bontot baru berak.. and tiap kali berak mesti berdarah.. yang si abang lagi dasyat.. his stool punya besar lengan orang dewasa (yang sebiji seketul keluar) and pernah cause our toilet jam.. to show how big and that kuar dari backside dia okeh..

    dua2 sama je.. once merasa sakit sekali masa first time kena terus tahan berak.. if abang, we know dia nak berak if tengah aktif, tiba-tiba terbaring lurus kaki ketik2.. or tiba2 cakap mummy nak naik atas nak sleep.. memang tahan berak la tu.. terus paksa masuk bilik air.. takleh cangkung kat toilet bowl tu, berak atas lantai pun takpe..

    yang adik meraung masa nak push kalah orang beranak.. dengan kita2 sekali berpeluh.. belum part memang nak kena korek kat bontot dia.. terpaksa sebab dia dah tak larat nak push dah..

    pernah tanya doktor pasal ni.. and memang try kat diorang pun.. berjaya la.. try lactulose
    http://www.medicinesforchildren.org.uk/lactulose-constipation

    if jumpa doktor, dia akan bagi la lactulose ni.. so kita takyah beli... kat farmasi pun ada jual..
    dia bukan ubat.. dia gula untuk lembut kan stool.. memang manis la..

    it doesnt work for my kids anymore pasal diorang tak suka minum manis ni.. masuk dalam susu pun diorang tahu.. setahun jugak la guna lactulose ni.. even diorang tahan berak, tapi stool adalah soft maka jadikla incident hasil terkeluar kat seluar..

    hahaha.. and we are talking about stool sebab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. My goodness.. Besar lengan orang dewasa??? That's FREAKING CRAZY mannnnn!! Meremang I baca. Tak boleh bayang betapa sakitnya nak keluarkan tahi sebesar tu kesiannya dia.....

      My son punya stool paling besar I nampak keluar sekali, besar bola tenis tu kot. Or maybe a bit smaller. Tu pun I rasa sedih sangat sama sama menangis masa basuh berak dia :(

      Lactulose eh? Nanti nak cuba la. Thanks awak! :)

      Delete
  3. normally dia tak berak sebab kurang serat dalam makanan.
    So dia memang kena lebihkan sayur-sayuran.
    no other option.

    Mommy kena pandai sembunyikan sayur kalau anak tak suka sayur.
    Means, try la buat nasi bayam ke, or blend and mix dalam makanan dia.
    Tak pun, kena buat puree macam dia baby-baby dulu.

    Try google makanan yang banyak serat.

    Budak sembelit ni sebab stool dia keras.
    So nak poop akan jadi sakit, and dia refuse nak poop.

    Serat akan membantu menyerap air dalam stool dia, so lembut la sikit stool tu.

    skarang kan famous pasal slow juicer.
    Kalau dia suka juice, boleh try mix vegies dalam juice dia.

    And yes, berak mencangkung also helps.
    It's nature.

    Btw, smart choice hentikan formula milk utk dia.
    Bila budak kenyang susu, memang dia akan jadi picky eater and refuse real food.

    Hope that's help.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree with you. Ammar Yusuf memang susah makan sayur pun. Dia boleh accept carrot dengan kacang buncis je kot. Itulah, tengah berusaha juga ni.

      I try to banyakkan buah buahan since dia susah makan sayur, nasib baik dia suka fruits kalau tak lagilah. Slow juicer.. okay maybe we'll take into consideration juga. Thanks for your suggestion! :)

      Delete
  4. alahai sian. mcm2 masalah dia ye.
    yes, cuba bagi makan sayur & buah. in shaa Allah.
    tu aje aida amalkan dgn anak2 if sembelit menyerang.
    natural remedy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayur memang dia taknak langsung, sekarang tengah cuba lebihkan fruits jelah. Nampak okay sikit. Thanks :)

      Delete
  5. Anak saya umur 2 thn..pun sama..3 hingga 4 hari kena masuk ubat montot...minum lactulose dah x berkesan utk dia..dh immune...actually farmacist bg tau yg masuk montot pun lactulose..beza dia yg tu kena minum..yg ni kena masuk ikut montot..biasa dia akan lari 1 rumah..sorok di dapur,...d sofa.,,bila tau kita nk masuk ubat...tp terpaksa masukkan ..sebab klau x..dia x kan berak...bila dh masukkan..hanya Tuhan yang tau seksanye dia terpaksa keluarkan stools dia...stools dia x sempat lembut pun..sebab x sampai 2 minit..perut dh memulas terpaksa buang isi perut...

    sampai sekarang mslh dia x settle.. doctor ada suggect suruh minum susu novalac IT grow. I did try before, masa tu dia umur setahun lebih and it works..tp novalac just temporary solution. once sudah ok..kena tukar susu biasa.. semalam bila bagi dia minum...dia x nak..sbb rasa berbeza. so...ape yg sy buat..bg dia susu time mamai je..baru dia minum....


    series of tukar susu..x payah ckp...mcm2 sy try...dr dutch lady pergi anmum..pergi lactogen..snow...mamex...semuanya x sesuai..n kebanyakan nye dia refuse utk minum....jus..buah2n ..sayur..memang sy bg ..tp nak paksa budak2 mkn banyak2..it is not easy okesss...huhu

    sekarang ni..sy cuma nk try bg dutch lady( yg ni je dia nk minum) time dia x tidor..n gilirkan dengan novalac time mamai..hope it works..sebab ada baca sorang blogger ni share yg ank dia work this way..
    nak terus stop fm tu kesian plak..sebab dia baru 2 thn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly! Stools dia tak sempat lembut pun kan? It's like ubat tu stimulate rasa nak berak je tapi tak lembutkan najis pun. Bab tukar susu is no longer an option sebab saya planned nak stopkan fm terus. Dia pun dah 4 tahun lebih pun. Thanks for commenting :)

      Delete
    2. ank sy pun mcm ni la.dah nk dekat sthn mcm ni.3,4 hr msti msukkan ubt suh berak.klu x mmg xberak la dia.runsing saya xtau nk buat mcm mne:(

      Delete
  6. Replies
    1. Ahah kawan husband pun recommend benda yang sama. Nanti nak study sikit pasal probiotic ni la. Thanks awak :)

      Delete
  7. My daughter pon ade same probelm. Tp after start minum susu kambing, alhamdulilah stool die jadi lembut & die dah tak trauma sgt nak buang air dah. At the same time mmg kene monitor n give her alot of water throughtout the day. Hope this helps

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fresh goat milk ke yang Karihome tu? I wonder if he can cope with the smell....

      Delete
    2. Nowadays dah byk susu formula goatmilk yg tak bau. Could not really tell the difference with cowmilk formula. Contohnya susu suffy, incase husna nak try.

      Delete
  8. I buat benda yang sama macam you! Siap dah nak korek and boleh rasa keras najis tuh. Fuh memang sama sedih la kak una. Anyway, doctor bagi nuh probiotic ke prebiotic. Something like that la nama dia. Dia macam powder. Tapi it helps!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga suggest probiotic ni, must be good. Agak agak ada jual kat farmasi tak eh? I nak cari la balik ni. Thanks!

      Delete
  9. Sama la dgn my daughter 2 thn 8 bln. Smpi merah2 muka n menangis2 nk buang air bsr. Slalu end up mama pun akan join menangis sekali sbb tak sampai hati tgk huhu. Tp Alhamdulillah skrg dh semakin baik. Dh mula buang air bsr hari2 atau 2 hari sekali. Najis pun tak keras dulu. My daughter ni kena double triple action bru blh senang buang air bsr. Everyday kena minum vitagen/ yougurt/ prune/ buah-buahan n probiotics. Probiotics either cmpur dlm air masak atau susu setiap pg. Kalau mcm dh lama tak membuang, akan bg lactulose. Harap membantu..

    ReplyDelete