expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 4, 2015

Prank

My husband ni jenis suka prank tau. Dah bertahun tahun kahwin pun aku masih lagi terkena dengan prank dia sabar jelah aku. Paling selalu, prank call la. Dia suka telefon my office number dan buat suara lain. Masalahnya, aku boleh tak cam pula tu! -____-"

Prank #1
Me: Hello?
Him: Yes boleh saya cakap dengan Cik Husna binti Hadzarami?
Me: Speaking.
Him: Sebelum tu saya nak tanya. Ni cik ke puan ni?
Me: Puan. Siapa ni?
Him: (Gelak besar) Nasib baik cakap puan HAHAHAH.
Me: Eeeee mengadanya!

Kelakar ke tu? -____-"

Prank #2
Me: Hello?
Him: Ni Puan Noorul Husna binti Hadzarami ke?
Me: Ye saya.
Him: Saya dari LHDN ye. Puan ada masalah besar ni.
Me: (Panik sikit sebab sampai sekarang aku belum dapat lagi refund tax aku) Masalah apa eh?

Then terdengar dia ketawa besar.

Pasal LHDN tak kelakar okayyyyy!!!

Ada satu hari I received 2 big boxes of Ferrero Rocher anonymously sent to my office. Serious aku ingat dia nak prank aku lagi (kotlah nak test reaction aku macam mana), tapi sampai ke sudah dia tak mengaku. Disebabkan tak tahu siapa yang bagi, memang satu department termasuk department sebelah aku agihkan coklat tu. Banyak gila okayyy! Boleh dapat seorang tiga biji camtu. The sender remains mystery until now, but I secretly believed that those were from him.

Geram juga kadang kadang and selalu dok terfikir macam mana nak balas balik. Pernah rasa macam nak set up Krappi Call FlyFM tu haha, tapi tak terbuat buat sampai sekarang. Tak ada masa.

So yesterday I was driving to the petrol station, looking for an ATM machine. As I passed by his usual gymnasium, I saw his car parked nicely in front of that gym. Tiba tiba dapat satu idea.

Leaving a love note anonymously HAHAHHAHA. Thinking of that idea already make me laughed. I straightaway drived closer to his car, close enough to not let people think of anything strange seeing me doing suspicious thing to his car hehe.

I search for any piece of paper inside my car and found a notebook. Then fikir nak tulis apa.

Emm. Blank pulak otak aku. Mana pernah buat benda macam ini!
Should I leave a mobile number?
Nak letak nombor siapa?
Pergi beli simcard baru ke? (To that extent -__-")
Or pakat dengan kawan baik letak number dia?

Merepek pula idea tu.
So i end up with this.

I know,  i know. Tak seductive langsung ayat. I'm really not good in seductive people I guess :B
But I did changed my handwriting, just in case. I think that's clever =D

Koyakkan, selitkan kat wiper depan and terus lari cepat cepat masuk kereta. Berdebar betul takut dia sebenarnya tengah perhatikan aku dari tingkap gym.

On the way balik rumah, rasa nak ketawa betul. Mesti H fikir ada awek cun nak berkenalan kahkah. At home, berdebar debar tunggu dia balik. Bila dia  balik, langsung takde reaction. We went to have a dinner for a while and talked about our day, you know, office stuff and whatnot. Langsung takde cerita pasal tu. Masa tu aku dah rasa nak ketawa.

"Kenapa B?" He asked.

"Abang tak ada apa apa nak cerita ke?" Aku tanya balik.

"Tadi cerita dah. Pasal office tu?"

"Alaaa. Pasal lain takde ke?" Tak puas hati betul dia taknak cerita. Pernah dulu aku servis kereta kat Perodua sorang sorang, nak balik tu jumpa note "Hi, call me" siap dengan nombor telefon kat atas dashboard kereta, terus aku cerita dengan dia. Guess orang perempuan je suka bercerita agaknya.

Tengok dia macam takde clue pun, entah entah dia tak baca pun nota tu. Aku terus jelah cakap,

"Alaaaaa tak jumpa ke lovenote kat kereta tuuuuu?!"

Dia ketawa terus, seemed like so relieved.

"Nasib baik! Abang ingat mamat gay yang bagi! Gym tu dahlah ramai yang sado macam gay!"

MAMAT. GAY.

How come my lovenote sounds so gay.............

Gay.........

T____________T

#pickuplinefailed




2 comments: