expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, September 26, 2015

Fasa Amukan Adam

Manusia ni, jangan cakap sebarang, sebab kita bukan boleh ramal apa akan jadi pada masa depan. Cuba kita muhasabah diri seminit dua dan fikir, berapa banyak benda yang kita sudah ataupun sedang buat sekarang, adalah benda yang satu masa dulu kita pernah cakap kita takkan buat ataupun takkan berlaku pada kita.

Ala takyah nak bohonglah, tipu orang lain bolehlah, tapi diri sendiri tak boleh tipu kan? :)

Apa lagi bila jadi emak ni, banyak sangat benda yang kita buat sekarang adalah benda yang kita pernah pledge takkan buat dulu.

Contoh paling dekat untuk aku adalah, hilang kawalan emosi terhadap anak anak in public.

Adam Muaz sekarang dalam fasa amukan tau. Amukan dia tu bukan calang calang, dia akan baling apa saja yang tercapai dek tangannya ketika sesi amukan berlaku.

Remote control (paling kerap)
Lego (akan disusuli dengan amukan Mummy sebab.. kau ingat senang nak kemas Lego yang dibaling ke utara selatan timur dan barat??!)
Botol air (sampai terbarai okayy)
Paling sadis adalah handphone dan powerbank T____T

Punca amukan tidak menentu pula tu. Punca paling kerap adalah berebut mainan, tapi kadang kala punca amukan tu tak kukuh langsung. Antara yang sering berlaku;

Adam Muaz: Mummy tengok ayam tu (burung yang hinggap atas jalan raya)
Mummy: Tu bukan ayam la. Tu burung.

Dia diam. Tiba tiba amukan. Sebab malu cakap salah.

Tapi dalam situasi lain, dia boleh pula yang, "Ooo burung. Bukan ayam....."

Masa mood baik, he is a real sweetheart. Really such a darling. Tapi bila datang angin dia, betul betul menuntut kesabaran yang tinggi. Awak ni.... kenapa mood swing mengalahkan Mummy ni T____T

Perangai amukan yang tak menentu ni memang menguji kesabaran sangat. Bila dalam rumah, bolehlah kami biarkan je dia menjerit mengamuk baling barang sampai dia penat dia akan cari kami juga, tapi bila di tempat awam, tak bolehlah nak dibiarkan saja betul tak? Bukan semua orang memahami situasi kita...

Adam Muaz is a very defensive boy, unlike his brother who tends to give in, he really stands for himself. Contohnya bila berada di kawasan permainan, Ammar Yusuf jenis takut nak berebut, akan mengalah bila ada orang yang mahukan permainan yang sama, something like that. 

His little brother on the other hand, never ever give in! Pada awalnya kami rasa lega juga Adam Muaz begitu, sebab kesian okay bila tengok anak asyik mengalah dengan anak orang lain, risau bila sekolah nanti kena buli je nanti so bila tengok si adik jenis berani, rasa best la juga. Kami fikir, maybe he can protect his big brother nanti, since jarak umur mereka pun tak berapa jauh kan.

But apparently, being too defensive has its own downsides too. Things can get out of control that he begins to attack other kids now. I've never experienced that kind of situation with Ammar Yusuf so I'm still learning to handle that, same goes to my husband. Dia bila tengah main dan ada budak lain cuma ambil apa yang dia sedang gunakan, dia bukan saja rampas balik, tapi siap tolak lagi budak tu OMG.

We, or rather I, of course am trying to be like the cool parent, talk nicely hoping (and praying hard) that he will tolerate. But it's not that easy, because he won't. Half of my heart actually knows that he won't (not to be judgemental here but he is my son, I know him).

"Adik, share la dengan friend. Kesian friend. Anak yang baik kena la share.."

It will be very helpful if the other kid's mother is tolerable too, jenis emak yang akan pujuk anak sendiri,

"Rayyan mainlah yang lain, ha tengok ni Mama pegang yang ini. Tu kawan punya.. tak boleh ambil.."

Tapi kalau the other kid's mother tu jenis yang nampak snobbish, jenis muka yang you-better-don't-mess-with-my-son (who am I to judge, I also have that kind of face sometimes -___-"), things can get a litte bit tense and masa tu rasa macam dah tak pasti nak terus berlembut ke nak kena berkeras sikit kang aku terus berlembut orang lain marah anak aku pulak.

Masa tu dah mula la "Stop it Adam Muaz, enough already! Dahlah tu!" and try to pull him away (before my husband came to rescue and salvage the situation). It's really not the kind of parent I would like to be. Or to see. Kita semua tak suka jadi parents yang macam tu, betul tak? But sometimes things don't go the way we want them to be. We're only human, afterall. We make mistakes, we learn and we try improve. That's life.

I really hope that this is just a phase, that he will get over this by age and be a better person. I really hope that I will get over this by age and be a better person too. Our child is the reflection of ourselves. Kita kurang sabar, macam mana kita nak harap anak kita jadi penyabar. Kita pun jenis amukan, kenapa nak terkejut anak kita jenis amukan. But thinking like this makes me being hard on myself as I will end up blaming myself and feel miserable, which is unhealthy. It might be true, but it can be just a phase. 

This evening I said to my husband,

"B seriously tak dapat bayang orang yang ada anak kecil lebih dari 2 orang. Sebab parents kan 2 orang je, so bolehlah jaga seorang satu. Kalau anak lebih dari 2 orang macam mana eh?"

Maybe having another child at this moment is not a good idea for us. At least for the time being, for this coming one or two years. For the greater good. Tapi aku ni pun bukannya consistent, bila anak mengamuk dan kita pun mengamuk rasa macam cukuplah dua orang je, tapi bila tengok baby orang lain, terus lupa segala pening stress handle mood swing anak dan meronta ronta rasa nak tambah baby. Moms will always be moms -____-"




3 comments:

  1. i am a mama of four kids, 4m to 4yrs hihi.. each of them have their own tantrum. anak yang no 3 suka gigit bila abang n kakak amik apa yg dia pegang. abang (2nd) selalu usik kakak (1st) like tarik rambut, peluk kuat2. kakak dulu selalu buli abng tp now turn abang pulak.selalu abang la yang jadi mangsa amukan mama. haha.sometimes both kena marah. yang 4m ni dia punya tantrum bila mengantuk xdapat tido je.soon tak tau la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. My goodness rapatnya anak anak hahaha! I just read your blog anyway, ini barulah supermom! Salute la awak. Boleh jadi inspirasi ni ;)

      Delete
  2. i ada a pair. still trying to cope. and yeeess sangat setuju, sekarang anak dua so boleh bagi sorang kat daddy, sorang kat mommy. rasa memang janganlah ada lagi for now, biarlah settle yang ada ni dulu. hahaha

    ReplyDelete