expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 18, 2015

Kid's Logic: Water


Ammar Yusuf adalah peminum air masak tegar. He cannot live without plain water, thus we bring his plain water bottle anytime anywhere. Like seriously, pergi playground pun bawa botol air masak. Pergi Tesco pun bawa, pergi mana mana kenduri kendara open house birthday party whatsoever, memang bawa botol air masak dia. Letaklah air apa pun depan mata dia, memang air masak juga yang menjadi pilihan. Paling kuat pun, dia akan minum seteguk untuk rasa (I think it's out of curiosity), dan cepat cepat dia akan counter balik dengan air masak dia. We practiced the same for his little brother too, walaupun Adam Muaz ni takde la terlalu gemar air masak seperti abangnya tapi dia memang akan tiru apa je yang Abang buat.

Bila dia sudah tidak lagi pakai diaper dan sudah pandai buang air di bilik air, aku selalulah cakap,

"Tengok, Abang minum air masak banyak, kencing Abang pun warna white."

You know kan, urine yang jernih adalah indication untuk betapa bersihnya dalaman badan kita and it shows that we're properly hydrated.


Dehydration (kurangnya cecair dalam badan) akan menjurus kepada banyak penyakit; badan akan lemah, kering bibir dan mulut, ulser, ketidakstabilan degupan jantung, dan pening kepala. Aku baru tahu yang lack of fluid inside our body akan menyebabkan sakit kepala, so bila aku rasa sakit kepala memang cepat cepat teguk segelas dua air masak, then mesti akan lega. Biasanya terjadi kat office la, sebab aku tak berapa gemar plain water kat office ni, dah biasa dengan air Coway kat rumah kan. But like it or not, aku memang sentiasa memastikan badan aku cukup air, at least 2 litre sehari. Penting okay plain water ni.

Anyway, berbalik kepada cerita asal. Jadi Ammar Yusuf ni, dah tanamkan dalam mindset dia, kalau minum air masak banyak, kencing akan warna white and it makes him very happy. Ada satu masa, bangun tidur dia pergi toilet, dia buang air tengok tengok tak sejernih biasa. Yelah, baru bangun tidur kan.

"Ala kencing Abang warna yellow.." katanya gusar dan keluar je toilet terus minum air masak.

It is good and I'm happy that he likes his plain water. But there's also a downside. Kan hari tu dia pernah sembelit sebab tahan berak tu kan? Jadi antara cadangan Mama untuk lawaskan berak dia tu, bagi dia minum susu kultur i.e. Vitagen, Yakult, etc. It wasn't easy, mannn. Sebab dia tak suka air berwarna! Kalau nak bagi dia minum memang kita kena duduk depan dia sampai habis sebotol. Kalau tidak dia akan main main, merengek rengek, apa apa jelah, asalkan tak payah minum. Takdelah kerap sangat pun aku bagi, lebih kurang 2 hari sekali macam tu je. Or kalau dah masuk hari kedua dia tak berak. Kiranya aku akan bagi bila perlu je, sebab aku rasa bukanlah elok sangat nak bagi minuman macam tu selalu sangat kan?

So last few days, I asked (forced) him to drink a bottle of Vitagen, perasa grape yang warna purple tu. He finished it anyway, after what seemed like 24 hours of waiting -____-

10-20 minit kemudian, dia ajak ke toilet untuk buang air. Dia diam je masa buang air tu, lepas dah basuh tu, dia cakap,

"Nasib baik.."

Aku tanya, "Kenapa Abang?"

"Tadi kan Mummy suruh Abang minum Vitagen warna purple. Nasib baik kencing Abang tak warna purple tau...." serius muka dia menerangkan... like trying to warn me.

Kencing purple..........

Innocent-nya anak aku ni.......... T____T





4 comments:

  1. Haha! Kelakar but sweet at the same time. Bagus dia suka minim air masak. Klu badan cukup air, taklaa rasa lemau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kelakar betul dengar, tapi macam terkedu tak tahu nak explain apa. Kid's logic ni buat pening kepala juga kadang kadang hehe, parents kena sentiasa tahu macam mana nak tackle the situation la kan :)

      Delete
  2. haha...kelakar lah abg long ni..beb..last time sebenarnya ade nak komen tp tiba2 xleh komen ur previous entry..ok this is my solution masa ameer payah berak sbb masa tu pernah minum fm few brand..n rupe2nya dia mmg allergic to FM..and dia kena eczema start masa minum fm..so after jumpe doc pakar homeopathy Dr. Suriyakhatun..dia suggest bagi prebiotic & probiotic..which is bukan dr susu kultur mcm vitagen,yakult etc...sbb manis kot...mmg xleh bg budak2..hanya momokan iklan..buat kita terpengaruh kononnya bagus utk perut kan..padahal gula byk sgt2 dlm tu... so kami pon cari alternatif lain.. bagi pre&probiotic for Junior brand Biolife.. and alhamdulillah ameer cemerlang terus masalah perut dia..hehe.. kalau nak tau..masalah eczema, asma, elergik itu ini tu sume dtg dr mslh makanan dan perut kita...dalam bahasa med leaky gut..sistem perut/pencernaaan akan terganggu so effect dia akn timbul pada kulit dan juga cara perkumuhan..so better heal leaky gut ni dr dalam...dr perutnya.. selain dr pre&probiotic Biolife tu ade byk lg sumber probiotic ni dr sumber semulajadi tempe, tempoyak, al-manna, boabab, gum arabic etc..boleh try.. but etty bg biolife ni sbb sng nk bancuh2 bg minum everyday..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Etty! Haaa kami pun baru cuba sekali prebiotic & probiotic Biolife tu last Saturday. Entah salah bancuh ke apa, tapi macam tak berkesan la kat dia. Still tak berak juga hari tu. Tapi nanti nak cuba lagi kalau dia dah sehari tak berak. So far sembelit dia nampak macam dah improve dah, tengoklah macam mana nanti. But I have to agree yang memang susu kultur tu bukan elok sangat, cuma ikhtiar je sebab dah cuba banyak cara tak jalan juga :(

      Thanks for your suggestion! :)

      Delete