expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 21, 2015

Random Jumaat: Of Being Kind

1. Bila makan di restoran dan halfway makan tu dah rasa macam takkan boleh habis dan tak mahu bungkus bawa balik, asingkan siap siap makanan yang belum disentuh tu di tepi pinggan/minta pinggan bersih lain untuk letakkan makanan itu. Sebab mungkin ada orang yang menunggu kita selesai makan untuk mengutip lebihan makanan itu untuk dijamah (I learnt this from Syed Azmi, you should really follow him on Facebook!)

2. Charity begins at home. If you donate a lot while your parents are still living a hard life, it means nothing. Senangkan keluarga, terutama ibu bapa, diikuti dengan jiran jiran sekeliling. Pandang orang yang paling dekat dengan kita terlebih dahulu, sebelum berbakti kepada orang orang lain.

3. Memenuhi undangan. Benda nampak mudah, malah menguntungkan kita juga, still ada yang berat memenuhi undangan. Aku semenjak H habis belajar, memang dah plan nak memenuhi setiap undangan yang kami terima. Weddings, birthday parties, akikah cukur jambul etc. It was so fun having to meet each other, sebab kalau tak ada event macam tu bukan senang nak jumpa our family and friends kan? Jomlah kita cuba memenuhi setiap undangan yang diterima, sebab orang takkan jemput kita kalau kehadiran kita tidak menggembirakan mereka kan? Let's make people happy, dapat mengeratkan silaturrahim, dapat pahala, dapat mengenyangkan perut lagi! Nikmat macam ni, rugilah kalau dilepaskan ;)

4. Jaga lidah. Lidah adalah part of our beings yang paling ringan, tapi paling banyak menyumbang dosa pada kita. Kita pahala sudahlah tak banyak, lagi nak sumbangkan pada orang (kerana mengumpat). Tahu tak di akhirat nanti bila pahala kita dah habis, kita terpaksa ambil pula dosa orang yang kita umpati tu? Takut kan? Benda ini susah, masih susah untuk aku juga. Kadang kadang kita mengata orang tanpa sebab, contohnya bila berselisih dengan orang berpakaian pelik. Cepat betul mulut kita menuturkan, "Apa benda la dia tu pakai, tak panas ke?". Sia sia. Sia sia sangat. Tak ada motif langsung tiba tiba pahala kita dah beralih atas timbangan pahala orang asing yang tak ada kaitan dengan kita pun. If you don't have anything nice to say, don't say anything at all. Simple.

5. Cari 'kecantikan'. Dalam pada dunia sibuk menggali keburukan orang untuk didedahkan, kita ikutlah haluan lain. Pandang kebaikan orang. Lihat perkara yang baik pada orang lain. Begitu juga bila mengalami situasi yang buruk, Pandang dari sudut lain bila. Look at the bright side. Mesti ada hikmah atas setiap kejadian. Mesti ada.

6. Sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang tidak disukai. Aku... dalam hati aku tak ada rasanya sesiapa yang aku benci. Annoyed sikit sikit mungkinlah ada. Tapi kalau sampai tahap benci itu, memang tak ada. Because hating people takes a lot more energy than loving, so why choose hatred? Anyway, we're not perfect. Kita kadang kadang akan ada rasa marah, sakit hati. And this is what I practiced recently. Bila rasa marah, sakit hati, dan hampir timbul rasa benci pada sesiapa, aku akan cepat cepat sedekahkan Al-Fatihah pada orang itu. Kalau ternampak aku terkumat kamit mulut masa tengah marah tu, jangan ingat aku tengah baca jampi serapah pula haha. It's Al-Fatihah and it works wonders, trust me. It actually benefits you even more than that person. Cubalah.

Salam Jumaat semua.


2 comments: