Monday, August 24, 2015

Pengasuh #4

Ambil anak anak dari rumah Kak Ha (pengasuh) Jumaat lepas, nampak masing masing dok kelek benda ini. 


Robocar Poli. Children's current obsession -____-"

'Hmm.. ada lagi lah ni Kak Ha ni', getusku dalam hati. Aku ambil sekotak, belek belek. Nampak price tag RM80 hoi mahalnya! Roughly 10% gaji yang kami bayar pada Kak Ha ni! Terus aku tanyakan pada pengasuh kesayangan kami itu,

"Kak Ha beli ke ni? Mahalnya alahai.."

"Eh bukan tu harga dia Na, RM30 je, beli borong 6 set. Kalau beli satu set je memang RM80. Saje beli kat budak budak ni.." Kak Ha menjelaskan.

"Nanti kami bayar balik ye Kak Ha," serba salah aku dan H, sebab both of us tak bawa wallet pun masa tu. 

"Eh tak payahlah Na, takpe je. Tak payah tak payah"

Dalam kereta, aku menasihati anak anak, "Janganlah minta Ibu beli beli. Kesian kat Ibu. Ibu bukan orang senang. Kalau nak apa apa, bagitahu je Mummy dengan Daddy.. okay?"

Ammar Yusuf pantas membela diri, "Abang tak minta pun. Betul! Abang tak pernah minta pun. Ibu yang beli". I actually believed him. Sebab ini bukannya pertama kali Kak Ha belikan barang untuk anak anak aku.

Pengasuh anak anak aku ni.... sigh. aku rasa memang satu dalam sejuta agaknya. Kalau you guys ikut blog ni dari dulu, memang banyak entry aku pernah buat pasal Kak Ha ni. Sepanjang menjaga anak anak aku ni, dah terlampau banyak rasanya benda benda yang dia belikan untuk budak budak tu. Terutama bila balik dari Kelantan, atau ada adik dia yang datang dari Kelantan. Kak Ha bukanlah orang senang, suaminya hanya pemandu lori saja. Jadi setiap kali hari raya mereka biasanya akan menyewa kereta untuk pulang ke kampung. You know sewa kereta, sehari RM100, kalau balik 5 hari, dah jadi RM500. Kadang kala mereka terpaksa memendekkan cuti untuk menjimatkan duit sewa. Sudahlah balik Kelantan setahun sekali saja, kesian okay. Mengetahui hal itu, sejak raya tahun lepas aku offer mereka pakai kereta aku saja. Jimat RM500. Sudah 2 kali raya yang mereka pulang ke kampung dengan MyVi tu. Alhamdulillah selamat semuanya, sebab aku memang akan servis dan tukar tayar siap siap supaya perjalanan mereka lebih selamat. I really want them to be safe, if anything happened to them because of my car, I can never forgive myself :(

Niat aku, supaya dia tak perlu membazir duit untuk sewa kereta dan ada duit lebih untuk berbelanja di kampung nanti. Balik jarang jarang kan. Tapi setiap kali balik dari kampung, banyak betul dia belikan benda benda untuk anak anak aku, segan okayyyy. Baju lah, toys lah, makanan lah. Kami bagi duit raya pada anak anak Kak Ha seorang RM20 dari dulu sampai sekarang, dan sedikit bonus raya untuk Kak Ha. Dan biasanya Kak Ha akan balas pada anak anak aku dengan jumlah yang sama juga. Tapi tahun ini, balik rumah tengok tengok dia bagi duit raya kat anak anak aku seorang RM50 wuuu segannyaaaa bila masa pula dah naik ni... T_____T

Setiap tahun juga, setiap kali birthday anak anak aku, memang Kak Ha mesti akan bagi hadiah, without fail. Aku sendiri pun jarang bagi birthday present kat anak anak aku, saje taknak biasakan (padahal kedekut :p). Dengan Kak Ha ni, dari awal dulu kami tak pernahlah berkira. Memang Mama dan ibu mertua selalu berpesan jangan berkira dengan orang yang menjaga anak kita. Like it or not, mereka merupakan second parents for our children, they spend time with our children more than we do. Jadi kami memang tak pernah berkira soal bayaran, bila berbual dengan orang lain semua cakap sepatutnya makin anak membesar, bayaran makin kurang, tapi bayaran yang kami berikan pada Kak Ha makin naik pula haha. Kak Ha tak pernah tetapkan bayaran pun, since day 1 lagi. Tak apalah. Kos sara hidup pun makin naik kan sekarang. Kesian dia. Rezeki aku, dapat Kak Ha yang langsung tidak berkira juga. Dah banyak sangat kami rasa terhutang budi dengan Kak Ha.

Ammar Yusuf tu, tahun depan nak ke sekolah dah. Macam manalah agaknya. Sekarang ini pun hampir setiap malam memang kena berdrama nak pujuk balik. Unlike Adam Muaz tu, Adik tu memang manja dengan kami. Ammar Yusuf dah memang selesa sangat di sana, yelah kat rumah Kak Ha tak kena marah, kat rumah Mummy Daddy takdenya tak kena marah. Someone has to discipline them, kan?

Alhamdulillah dikurniakan pengasuh yang baik, dan dipermudahkan banyak perkara berkaitan penjagaan anak anak. Dunia dah makin menakutkan, orang jahat terlalu ramai sekarang menyebabkan ramai yang ragu ragu untuk berbuat baik lantaran terlalu berhati hati. Berbuat baiklah, apa yang orang lakukan pada kita, itu adalah atas tanggungan mereka sendiri di akhirat nanti, tapi kita bertanggungjawab atas apa perlakuan kita pada orang lain.



8 comments:

Dilah said...

Alhamdulillah u dapat pengasuh anak2 yg sgt baik.. mmg susah nak cari skrg ni pengasuh yg betul2 baik dan tak berkira kan.. sy dulu pun dapat babysitter mcm ni jugak masa anak 1st, mmg dah anggap mcm sedara sendiri dah.. tp xde rezeki nak terus hantar di sana sbb kitorg yg berpindah.. so sad...

Elly Khalid said...

alhamdulillah...leganya hati baca cerita dari hati Husna ni....
betul tu...org buat baik dgn kita...kita pun buatlah baik pada org.. terutama org2 yg jenis tak berkira ni...

susah zaman skg ni nak dapat pengasuh yg sangat mulia ikhlas hatinya...syukur...bahagian husna utk anak2.. ;)

ceria2 ke blog Elly..

MY BUSINESS, MY LOVE, MY PASSION ~ BISNES SHAKLEE TURUN TEMURUN...

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

alhamdulillah
pengasuh tu sayang mcm anak2 dia sendiri
saya balik duk kampung pun dapat pengasuh yg tak berkira wang ringgit dan masa
alhamdulillah bila kita buat baik insyaallah dibalas baik

Husna Hadzarami said...

Syukur alhamdulillah. Tak apa, inshaaAllah akan jumpa lagi pengasuh yang sama baik dengan yang lama. Just continue be kind to people.

Thanks singgah sini :)

Husna Hadzarami said...

Terima kasih awak, okay nanti kita singgah blog Elly :)

Husna Hadzarami said...

Aah sayang macam anak anak sendiri, syukur.
Terima kasih :)

hiha said...
This comment has been removed by the author.
hiha said...

as salam husna
agak2 kak ha sanggop lg tk jaga sorang budak?
bule tk awk share kontek no kak ha sbb sy tgh cari pengasuh utk anak sy
ni no sy 01127066268
thank u