expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 7, 2015

Satu Unit

Suatu petang, one of my good friend bercerita,

"Ada sorang my friend ni. Dia memang dari zaman belajar sangat sangat berkira. Every single thing dia akan very calculative. Nak makan dia kira dulu, nak shopping memang apatah lagi. Bila dah kerja, habit dia masih macam tu. Sangat berhati hati dalam membelanjakan duit dia sendiri. Later she met a man, and got married."

Aku menyampuk, 

"Habislah suami dia dapat isteri kedekut dan berkira macam tuuuu.."

My friend terus sambung,

"Taklah! Bila dah kahwin, both of them dah jadi satu unit tau. Diorang bekerjasama teruskan perangai berkira, sangat berjimat cermat dan kedekut tu pada orang lain, sekarang ni diorang dah duduk rumah besar, pakai kereta best best.."

Wow.

It really got me thinking. Suami isteri memang perlu macam itulah kan? Bila berkahwin, kita bukan lagi dua orang yang berbeza, okay fine kita memang dua orang yang berbeza, tapi kita sepatutnya combine dan jadi satu unit yang mempunyai haluan dan matlamat hidup yang sama.

Segala benda kita lakukan bersama, atas persetujuan bersama. Sebab kita kan dah jadi satu unit, kita bergerak maju bersama, kita jatuh tersungkur bersama. Susah salah seorang, seorang lagi pasti akan turut sama merasai kesusahannya. Dan bila salah seorang gembira, seorang lagi juga akan merasai bahagia. Macam satu unit kereta. Mana boleh dibelah dua bila kita perlu ke haluan yang berbeza? Betul tak?

Suami dan isteri adalah satu unit. Bukan dua 'organisasi' berbeza.
Jom kita?
Me and you, against the world. 



No comments:

Post a Comment