expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 26, 2015

Duit Raya

Keadaan hari tu agak kelam kabut. I took a half day emergency leave as I need to settle some urgent matters that day. Dari pejabat, laju aku drive dan sampai ke rumah around 1 tengah hari. Turun kereta, nampak 5-6 orang budak budak sedang bermain di bawah blok rumah aku tu. Muka muka biasa, setiap hari pun mereka berkumpul bermain di situ.

'Kena park jauh sikit ni, karang calar kereta aku,' ngomel aku dalam hati. These kids, menurut pemerhatian aku yang dah bertahun tahun duduk situ, memang agak luar kawalan bagi aku. Luar kawalan itu, maksudnya tidak berapa terjaga. I feel sorry for their caretaker, whom I believed their grandmother (most of us called her Opah). Kesian, terlalu tua untuk menjaga begitu ramai kanak kanak, and her husband also in a wheelchair. Too much for her I think. Selalu juga aku dengan H berbual tentang betapa anak anak kecil itu berkeliaran dan berlari larian sekitar situ kadang kala sampai lewat malam, agak merisaukan sebab zaman sekarang ni bukan macam dulu yang kita bebas ke mana mana tanpa risaukan apa apa. Mana entah ibu bapa mereka. Tapi, itulah. Kadang kala rasa kesian, kadang kala rasa geram sebab budak budak ni suka calarkan kereta! Selalu dah kami terkena, sampai dah naik lali dah malas nak layan tengok kereta bercalar balar hasil 'lukisan' mereka.

I hastily walked passed through them, when suddenly one of them (whom I don't really recognize, must be new here, bertambah lagi cucu Opah kena jaga) tegur aku,

"Makcik!"

Makcik kau panggil aku?? -____-

Memang makcik punnn, cuma tak biasa lagi dipanggil begitu oleh anak anak jiran heheh. Biasa aku dipanggil Aunty :)

"Ada duit raya tak?" Tersengih sengih budak itu menegur sambil menghulurkan tangan. Kelihatan hingus meleleh hampir sahaja mengenai bibir. Budak ini, aku agak dalam 4 ke 5 tahun.

I was a little bit dumbfounded, but I just walked away because I was really in a rush. "Takkan takde duit raya!" Budak itu menjerit. Geram pula aku dibuatnya. I have to be honest that I'm not really good with kids, aku pandai layan anak anak kecil among family members je sebenarnya. Aku teruskan mendaki anak tangga anyway, langsung tidak mempedulikan jeritan itu.

Sampai rumah, switch on the fan and air-conditioner... tiba tiba rasa terusik hati. Aku duduk bersandar di sofa, pejamkan mata, sejukkan badan sebentar. Macam macam dalam fikiran aku, terbayang bayang wajah kanak kanak berhingus tadi, terbayang bayang betapa anak anak aku terjaga rapi...

Tak ada masa nak rehat lama lama, aku bangun, ambil 5-6 keping sampul angpau kosong, masukkan RM3 setiap satu. Siap siap ambil barang barang lain yang diperlukan, turun tangga semula dengan hati yang berbunga bunga. I know I'm doing something right, giving few ringgits to people wouldn't make me poor.

Sampai ke tempat tadi, the kids were no longer there. Aku menjenguk ke dalam rumah Opah, senyap sunyi. Mana pula budak budak ini? Getus aku dalam hati. Rasa macam nak ketuk rumah, tapi macam tak ada motif pula. Bimbang dianggap bukan bukan, aku beredar dari situ. 

Dua tiga hari pun, masih tidak nampak budak yang sama. Sampul duit raya itu masih dalam beg tangan aku. Rasa ralat benar. Patut masa dia minta tu buka jelah terus beg dompet dan bagi jelah terus. Haih.

.
.
.

"Tiada seorang pun anak yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada hanyalah anak yang merasakan dirinya tidak didengari oleh sesiapa.." (unknown)



No comments:

Post a Comment