expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 19, 2015

Lari Dari Sistem

Suka atau tidak, memang inilah sistem yang kita amalkan sejak zaman dulu lagi, entah entah sejak zaman ibu bapa kita lagi. Kesian kan. Ada orang tak genius dalam math, tapi gempak dari segi arts; pandai melukis, pandai berkarya.

Ada orang tak lepas SPM pun, tapi ada soft skills yang mungkin tak ada pada orang lain. Contohnya tengok sajalah artis yang jadi pengacara TV, Nabil Ahmad ke, Zizan ke, belajar tak tinggi mana tapi boleh bercakap dan berjenaka di hadapan puluhan ribu orang. Sesuatu yang belum tentu Degree holder or even PHD holder pun boleh buat. Nak buat lawak depan mertua pun segan segan, apa lagi di hadapan thousands of stranger. Gila nervous.

Dan ramai sangat orang yang berjaya dan kaya raya sekarang, belajar takat sijil/SPM je. Sebab mereka ada bakat lain. Bakat berniaga, tak ada perasaan malu (ramai yang takut nak start business sebab segan nak promote, segan nak suruh orang beli ehemm macam aku la antaranya), tak mudah putus asa, etc.

Kita tak boleh nak ubah sistem pendidikan di negara ini, tapi mungkin kita boleh ubah sistem ini dalam membesarkan anak anak. Kesian budak budak ini. Kita akan rasa perkara ini bila kita dah mempunyai anak yang lebih dari seorang bilamana anak anak kita dibandingkan sesama mereka, kalau dah sekolah lagilah dibandingkan dengan kawan kawan/anak orang lain pula. Kesian betul.

Itulah yang pernah aku bincangkan dengan H. Aku harap sangat aku boleh lari dari stereotaip ini. Aku harap sangat kami tidak akan hanya memandang akademik sebagai ukuran kebijaksanaan anak anak. Aku harap sangat kami berdua tidak akan terjerumus dalam golongan competetive parents yang akhirnya menyeksa anak anak demi kepuasan diri sendiri. Aku harap sangat aku tidak terpengaruh dan terjejas dengan kata kata orang yang membanding bandingkan. Aku harap sangat, betul betul berharap yang apabila tiba masanya nanti, aku mampu untuk 'melihat' beyond their academic achievement dan memanfaatkan bakat mereka sepenuhnya ke saluran yang betul. Setiap insan adalah unik dan tersendiri, setiap anak ada keistimewaan masing masing. Tolonglah ingatkan aku untuk baca semula post ini, bila mana aku lupa dan naik hantu melihat pencapaian akademik anak anak satu hari nanti :( 


4 comments:

  1. Yt juga mcm tu. It's up to my kids tapi still edu jgn sambil lewa.

    ReplyDelete
  2. setuju sgt husna..sekrg suka sgt baca klu husna update blog..berisi-isi info..:-)

    ReplyDelete
  3. Terjumpa blog u Husna. And straight away love the way you write. Salam kenal :)

    Jemputlah ke blog saya Mom's thoughts have power

    ReplyDelete
  4. Masa zaman sekolah kiteorang adik beradik, my parents never scolded us kalau results teruk la atau ada failed subject. But instead dieorang akan support and told us to do better next time. Tak pernah pressure langsung and tak pernah jadi tak suka untuk belajar. But beza dengan kawan I masa asrama dulu, dia dapat B dalam math (I think!) tapi ayah dia datang marah2 and cakap membazir dia invest all his money on her. It is really frustrating when your parents said that.

    ReplyDelete