Saturday, August 22, 2015

Lipat Baju

Malam minggu, kalau tidak sibuk dengan undangan majlis dan aktiviti futsal/badminton, adalah merupakan masa untuk menyelesaikan kerja rumah. Benda seperti lap perabot dan vakum lantai sudah diselesaikan awal pagi sebelum keluar rumah. Untuk malam, biasanya aku akan buat something yang lebih rileks dan menenangkan minda. Seperti melipat dan menggosok kain baju.

Dua kerja ini adalah terapi untuk aku. Emak emak betul sampai lipat kain dan iron baju pun dah jadi terapi. Anyway, malam ini adalah giliran kain baju anak anak untuk dilipat. Ye, haruslah ikut giliran, patah pula pinggang kalau nak selesaikan lipat kesemuanya dalam satu malam. 

Dan seperti selalunya, Ammar Yusuf bila nampak Mummy keluarkan bakul baju dia dan Adik, memang cepat cepat offer diri untuk membantu. Aku okay saja. Tak pernahlah aku halang kalau dia offer diri untuk tolong apa apa. Nak tolong masak nasi, aku bagi dia cedokkan beras masuk dalam periuk. Nak tolong angkat baju, aku suruh asingkan hanger ikut warna. Whatever reasonable for him to do. Sementara dia nak, baik aku ajar cepat cepat, takut halang halang sangat menyesal pula bila besar nanti dia malas buat.

Cuma masalahnya Ammar Yusuf ini, dia jenis mudah kecewa. Salah sikit, dia akan merengek rengek sebak sebak bersuara "Kenapa tak boleh ni Mummy, tak boleh!". Contohnya, nak terbalikkan baju. Stress betul suara dia bila tak dapat terbalikkan baju dan seluar. Maka Mummy terpaksalah bersabar dan menuturkan kata kata motivasi;

"Jangan cepat putus asa!"
"Sekarang memanglah lipat tak kemas, lama lama nanti mesti akan cantik!"
"Anak yang baik takkan bersungut bila kerja tak menjadi!"
Bla bla bla.

Kerja yang sepatutnya boleh siap setengah jam, jadi 2-3 jam.

-______-"






Nampak tak betapa stressnya muka beliau. Mummy yang tengok pun boleh jadi stress tahu tak?

Dengan Ammar Yusuf ini memang kena banyak bersabar dan perlu dorongan yang berterusan. Perlu diyakinkan yang dia boleh buat, perlu diingatkan agar tidak mudah berputus asa. Kalau tengah free macam tadi bolehlah bersabar, kalau tengah kelam kabut nak habiskan kerja rumah, boleh jadi Mummy Monster juga nak melayan. 

Setelah siap beberapa helai, bangga dia tunjukkan pada Daddy dia,

"Daddy tengok Abang lipat banyak dah! Tengok! Abang punya yang tinggi tu!"

Bapak dia pun tengoklah hasil kerja anak sulung dia tu.

"Oh yang tu ke Abang buat!"


"Don't discourage him," cepat cepat aku bagi amaran pada H yang obviously sedang menahan ketawa. Susah susah describe dia punya yang tinggi tu, macamlah orang tak boleh teka hehehe :p

Tak apa, practice makes perfect. Practice lebih lagi ye Ammar Yusuf, cepat sikit Mummy boleh handover kerja yang bagaikan terapi ni :)))




1 comment:

Kak Vit said...

good boy Ammar Yusuf! :))