expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 18, 2015

#HumairaFadzli: Henna Night

To be honest, I don't really understand about Henna Night, or Malam Berinai. Growing up, I thought Malam Berinai is malam yang pengantin pakai inai di tangan. Betullah kan? Nama pun Malam Berinai. Bila dah besar remaja, orang cakap Malam Berinai adalah malam yang pengantin bergambar tukar tukar baju--ala yang pakai kimono lah, pakai sari lah, pakai baju minangkabau lah hahahaha amende la diaorang ni. Kelakar sebenarnya bila tengok pengantin bergambar tukar tukar baju ni, entah, rasa nak ketawa je bila tengok. Bagi aku it looks funny. Nevermind, maybe it's just me.

So when my sister cakap dia nak buat acara Henna Night, I straightaway asked her, "Kau ada acara tukar tukar baju tu ke? Takpayahlah weyy kelakarlah weyy..". She replied with a laughing NO. "Henna Night tu malam yang pengantin pakai inai atas pelaminlah!" Hoh. Mana ada pengantin pakai inai atas pelamin :/ Takpelah, suka hati kaulah. Kau yang nak kahwin. Aku layankan je adik bongsu aku tu, takpelah, bukan selalu dia nak jadi princess. Aku faham sangat perasaan dia. Kita setuju jelah. 

Mula mula dia kata tema malam berinainya adalah kaftan tidur. Hoi kaftan tidur aku semua compang camping! Biasalah kan, yang compang camping itulah yang paling selesa eleh kau orang pun ada kan mengaku jelah. Later dia ubah tu Arabian Night pulak dah. Macam macamlah kau ni.

Pelamin Malam Berinai dibuat oleh kawan sekolah dia; @everafter_weddingplanner. Cantik pelaminnya. Simple but nice. Easy in the eyes. Tukang buat tu pun baik je, sweet dan sopan je.


Malam Berinai ni kami buat just for immediate family members and her bridesmaids je. Buat bacaan doa sikit, makan makan sikit dan uruskan doorgift for tomorrow's event. Rebus telur, masukkan dalam bekas, ikat reben. It was a very warm night, fun and full of laughter :)





The earliest guest, arrived from Brunei the night before. My aunty (father's side), Domek. Setahun sekali baru berpeluang berjumpa, biasanya during Aidilfitri ataupun kalau ada any wedding event in our family. Masa kecil kecil dulu memang kunjungan Domek yang paling ditunggu tunggu, sebab Domek bagi duit raya banyak hahahah. Ehem. Sebenarnya sampai besar pun tunggu :p





Dah mula berinai.



Wajah wajah yang menunggu giliran untuk berinai. Baju purple tu awal awal dah chop giliran nombor 2, langsung tak mahu mengalah dengan anak anak buah :p



Tidak mahu berganjak dari pentas berinai, bimbang giliran dicuri haha.



Sorry gambar kabur, tapi disebabkan ada Domek yang jarang ketemu, ku upload jua.



Masukkan telur dalam bekas. Going so traditional this time, tahukah anda bunga telur merupakan wedding favor yang sangat klasik dan menepati citarasa semua? Tak kira usia, tua dan muda, lelaki dan perempuan mahupun pondan semua menggemari cenderahati bunga telur. Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas amboi berperibahasa pula kau, mana kau takde buat kerja pun hahh?



Baru nampak muka, setelah dimarahi kakak sulung.



Letak lagi gambar sibuk bekerja sebagai bukti.



Gambar zoom pula. In case ada orang tak percaya hahaha.


Sekejap sekejap intai bila pengantin nak siap berinai, karang Asha dan Aina potong turn pula.









Asha dan Aina, yang tidak berganjak dari Acu dan setiap 5 minit jeling Antina dengan harapan dapat pakai inai dulu. Sini tolong buat bunga telur cepat!



Budak gemuk dah sampai! (merujuk pada si jubah putih.)


Akid tengok tengok telur tu nak makanlah tu.


Lah dan Sha. Next year dapat anak buah baru lagi yeay!




Untunglah kahwin paling awal, maka ramai kawan kawan yang single boleh membantu. Nanti giliran kawan kawan kahwin, kita dah sibuk kelek anak deret deret, tak sempat nak tolong tolong (pengalaman sendiri). Jadi hargailah kawan kawan anda dan kahwinlah awal. Tetiba.



Tengah tunggu inai kering, then boleh cabut je macam cabut sticker tu, amazed aku. Tak payah cuci cuci rupanya inai zaman sekarang.


Ni kaki ke sampan hahahah gurau je pengantin janganlah marah :p


Siap pun! 16 jam aku tunggu! Patut bagilah aku pakai dulu. #divasister


Eleh eleh dia.


Eleh elehhhhh. Haha ni caption cemburu tak dapat pakai inai penuh di tangan ke apa hahahaha.


Gembira tak terperi akhirnya dapat pakai inai. Hoh teruknya eyebag. Aku dan eyebag memang tak boleh dipisahkan lagi T___T


Kenapa inai Dila lagi cantik dari aku hahh? #takbersyukur




Ibu bapa siapa comel sangat ni???????





Cantik je warna inai dia. Ingat lagi masa aku dulu inai jadi warna hitam sampai terpaksa guna clorox untuk melunturkan warna T__T


Wajah gembira selepas berinai. Kakna belum pakai lagi masa ni hehe.


Bakal pengantin bersama kakak kakak.


Bakal pengantin bersama kakak eyebag.


It's a wrap for our Henna Night. Bakal pengantin bersama kakak kakak, kakak ipar dan anak buah. A fun night, indeed. Seronok sangat.

Will update on the solemnization ceremony later, waiting for photos from official photographer. Malam berinai ni takde OP, tu yang gambar tak berapa semenggah sangat huhu. Tapi okaylah, ada juga kenangan kan. 

Thanks for reading!







2 comments:

  1. cantik kaler inai tu.. blh tau siapa yang buat..? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak asyik lupa je minta IG address budak tu, nama dia Mira tak salah. Nanti I'll ask my sister okay ;)

      Delete