expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, November 8, 2015

The One Who Gets Free Pass For (Almost) Everything

Aku selalu dengar yang bila dengan anak bongsu ni, perasaan kita lain sikit. Yes yes we love all our children equally and unconditionally, but you know, somehow being the youngest has its own previliged. 

Macam dengan Adam Muaz lah. Dengan dia ni rasa susahnya nak marah. Even dia buat salah pun aku akan tanya, "Adik tak sengaja eh?" (which almost always he will nod; taking advantage of his weak mother -___-"), and forgive him straightaway. Sometimes he even said it before I ask, "Mummy.. Adik tak senaja (sengaja)". H memang akan rolling his eyes jelah. 

Adam Muaz ni sangat manja. Dia memang sangat cemburu kalau Mummy dukung baby lain. Even Daddy hug Mummy pun dia tiba tiba marah marah kat tepi -___-". Setiap kali nak tidur dia akan minta ditepuk tepuk dibobok. Dah ditepuk dia akan suruh Mummy 'sing' pula.

'Lagu' wajib:

Laailahaillallah,
Muhammadurrasulullah,
Adam Muaz anak bertuah,
Adam Muaz anak soleh.

Itu jelah lirik dia ulang ulang. 'Lagu' ni powerful okay, sometimes bila dia tengah nangis meronta ronta Mummy hug dia and tepuk tepuk sambil 'sing', mesti dia akan stop menangis dan paksa pejam mata kadang kadang sampai betul betul tertidur!


Dah 2 tahun setengah, bila dalam kereta dia akan main main kat belakang, tiba rasa mengantuk dia akan datang ke depan suruh hug and tepuk tepuk dia. Manja budak ni macam mana entah nak jadi abang nanti.

Adam Muaz bukan jenis bercakap sangat. Tak sebecok abang dia. Tapi bila dia bercakap, perkataan yang keluar mostly memang menggelikan hati. Macam pagi tadi, Daddy dia pergi gym. Sebelum pergi tu Daddy belikan roti canai 3 keping untuk kami bertiga for breakfast. Balik dari gym tu, H tanya aku,

"Budak budak makan banyak tak roti canai tu?"

"Abang makan banyak! Abang makan banyak!" Ammar Yusuf bangga memberitahu.

Pastu H pura pura sedih,

"Ala habis dah ke? Daddy nak juga roti canai..."

Tiba tiba Adam Muaz menyampuk selamba,

"Daddy punya takde. Daddy pegi gym" like trying to say, "Padan muka dah habis, siapa suruh pergi gym".

Hahaha.


Sorry gambar kabur tapi nak letak juga sebab jarang Adam Muaz memberikan kerjasama bila ajak selfie.

Selalunya, muka dia bila diajak selfie adalah begini..


Mummy syok sendiri sorang sorang -___-"

H once said, "Adam Muaz, the one who gets free pass for everything".

I kinda agree with him. It's hard to say NO to him, especially when he begged you with his sparkling round eyes dengan ayat sedih dia, "Adik nak ni Mummy. Please Mummy..". How can we say NO to that??

Memang kami banyak mengalah dengan dia, sebab kesian sebenarnya. Dengan Ammar Yusuf, memang dia jelah yang kena mengalah. Nasiblah kau dapat abang yang diva macam tu. Tapi diva diva pun, itulah jua idola dia. Paling happy bila Abang panggil dia ajak main sama sama, walaupun dia jadi watak sampingan je pun :')

My sweet little Adam Muaz. Anak manja Mummy. Some people say it's not good to spoil your child always. But for me, you can never spoil a child with too much love.. Maybe it's just me..


No comments:

Post a Comment