expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, November 21, 2015

Pemeriksaan Gigi Anak-anak

Dari dulu memang kami cuba nak latih anak anak untuk jaga bab oral hygiene ni. Sejak tumbuh gigi lagi dah ajar gosok gigi, beria lah beli berus gigi bayi yang pasang kat jari tu, lepas tu berus gigi yang 1 set ada 3 jenis tu, ada yang getah, ada yang bulu 3 helai, macam macamlah. Tapi bila dah besar ni, dah banyak gigi ni hmmmph malam malam kalau teringat je baru gosok. Kalau waktu mandi memang wajib gosoklah, tapi yang gosok sebelum tidur tu jarang sangat.

Then satu hari tu borak dengan Mama, masuk pula bab penjagaan gigi. Mama cerita ada patient Kakna (ke kawan Kakna entah tak ingat), sakit gigi, sampai bernanah, then kuman dari nanah tu turun melalui tekak dia masuk ke paru paru. Long story short, he died. Hanya bermula dengan sakit gigi. Mama ni kan, tak boleh tragik lagi ke contoh tu T______T

H pula, sejak pakai braces ni dah macam tiba tiba datang kesedaran membuak buak tentang oral hygiene. Dia gosok gigi at least 5 kali agaknya sehari, yelah, pakai braces kan, lepas makan wajiblah gosok gigi. Dan berkumur dengan mouth wash, memang sedaplah bau mulut dia. Rasa mulut dia pun sedap. Eh.

Satu hari kami nampak iklan kat satu klinik gigi nearby our place, free dental check up. Esoknya H terus buat appointment untuk anak anak termasuklah isteri hahah. Pantang nampak benda free.

Bila tiba masa nak bawa anak anak tu, kami memang dah bersedia dengan semua kemungkinan. Yelah, check gigi kan. Jangankan budak, orang tua pun masih ada yang takut bab check gigi ni tau! 


Baru sampai, main main dulu.


Best klinik ni, ada lounge area siap ada sofa dan TV lagi. 

Then nama Ammar Yusuf dipanggil. Aku dah ready for any hesitation and negotiation, yelah dengan Ammar Yusuf ni kan semua benda memerlukan rundingan -___-"

Surprisingly, dia bangun dan terus masuk bilik pemeriksaan tu, without hesitation! Terpana Mummy seketika.


Duduk baring, pakai bib biru tu. Rilek je dia takde nampak macam takut langsung. Adam Muaz nampak je abang dia baring camni dia terus cabut keluar pergi kat tempat toys tadi haha. Kami panggil dia datang, saje nak suruh tengok supaya dia takkan takut sangat.



He came and watched attentively hehe. Cuak je nampak.



Ammar Yusuf ni hisap jari, dulu pernah stopped for few months tapi lepas tu macam mana entah dia boleh sambung balik. Stress je nak marah dia selalu, menyesal sangat biarkan dia thumb-sucking masa baby dulu, konon akan jadi budak baiklah apalah, mengarut semua tu! Nak anak jadi baik banyak lagi cara yang betul, biarkan anak thumb-sucking is not one of them. Anyway, the habit affects his front teeth obviously. Dah jongang dah sekarang kesian okayyy.

Dentist ni cakap ada 1 jenis braces for small kids, khas untuk gigi susu. Tapi macam kesian je nak bagi pakai, kecil lagi kan tak selesalah dia. Takpelah, tunggu besar sikitlah.

Thennnn, ada 2 gigi geraham dia berlubang! 1 kiri 1 kanan. Hoih kecil lagi dah gigi berlubang! Mummy dah 30 tahun tak pernah sekalipun gigi berlubang! Doktor tu tanya nak tampal ke? Kami risau dia takut je tapi suggest try tampal sebelah dulu.


Proses tampal menampal bermula. Dalam 15 minit juga kot, diam je dia sepanjang proses tampalan tu. Cuma sekali sekala nurse suruh buka mulut besar sikit, dia dah lenguh kot.

It went so well, alhamdulillah.... bila nampak dia macam okay kami suruh proceed je dengan sebelah lagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Nampak kemas je sekarang. Kena lebih rajin gosok gigi lepas ni, terutama sebelum tidur.

Then tiba giliran Adik.



Bila diberitahu giliran dia dah sampai kelam kabut dia naik atas kerusi ni dan terus nganga mulut hahaha geli hati tengok.


Ini yang ditunggu tunggu sebenarnya, pakai sunglass :))))




Gigi Adam Muaz alhamdulillah takde masalah. Sihat dan cantik susunannya, tersenyum senyum dia masa doktor tu cakap. Budak budak ni gosok gigi takde masalah pun, cuma kadang kadang kita yang lupa sebelum tidur tu. Penat kan, kadang kadang aku sendiri tertidur before gosok gigi pun :p


Then giliran Mummy pula. Gigi Mummy mestilah takde masalah, cantik berseri kahkah. Aku sebenarnya plan nak pakai braces, gigi aku jenis berlapis kat bahagian depan. Tapi belum ada keberanian lagi terutamanya bab kena cabut gigi tu. Tapi doktor ni cakap gigi aku ni tak major pun, kalau nak pakai braces tak perlu cabut gigi pun, dan takkan lama pun, maybe setahun je pakai dah boleh buka dah. Hah okaylah tu, bolehlah pertimbangkan.

Overall, it was a good experience especially for the kids, kami memang dah pernah 2 kali datang situ untuk pemeriksaan gigi saja saja, and also for scaling. Memang kami akan teruskan dental visit ni at least 2 kali setahun, inshaaAllah. Oral hygiene is very important, tahu kan yang sakit gigi adalah sakit ketiga paling sakit di dunia selepas sakit dicabut nyawa dan sakit melahirkan anak? Prevention is better than cure. Let's start early :)


No comments:

Post a Comment