expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, April 1, 2011

Keluhan Si Makan Gaji

Hujung bulan, dapat gaji. Buka Maybank2U. Bayar PTPTN. Untuk diploma dan ijazah. Dulu belajar tak pandai mana, tak layak nak minta biasiswa JPA. Tapi terasa bodoh sebab tak ambil MARA, at least bila pointer elok boleh reduce sikit pinjaman. Bukan macam PTPTN, kena dapat Dean's List for every semester baru dapat pengecualian bayaran. Kalau kau sipi-sipi nak dekan every sem pun still kena bayar full.

Settle hal PTPTN, tunggu bank auto-deduct installment kereta, insurans, Maybank savings, etc. Then, bayar hutang kad kredit. Selesai bab bayar hutang, beralih kepada benda-benda lain yang tidak kurang pentingnya. Duit kutu (hehe boleh lagi main kutu :p), zakat.. Ibu bapa tidak sesekali diketepikan, biarpun jumlah yang dihulurkan tidak seberapa, diharap dapat membantu di mana-mana. Belum termasuk keperluan dan keinginan lagi. Sekarang ni tengah gila membeli maternity wear, baju zaman kurus dulu (pernah ke kurus?) mostly dah tak muat T_T. Dah tahu jantina baby nanti, nak shopping untuk baby pula..

Haih. Duit, duit..

Ini belum beli rumah lagi. Suami suruh aku beli rumah guna Skim Rumah Pertamaku yang kerajaan announced tu. Memang akulah watak yang kena beli, sebab beliau dah ada satu rumah sendiri maka aku pun haruslah ada satu rumah sendiri juga barulah setaraf dengan beliau -__-". Boleh tak kalau aku tiba-tiba suruh Suami tercinta malah kacak juga yang beli, tapi kali ini letak nama aku pula HAHAHA kejinya. Tapi syarat-syarat nak masuk skim tu, kita kena tinggal di rumah tu. Aku taknak duduk situ, nak beli untuk disewakan kepada orang lain. Tak perlulah aku bayar bulan-bulan, biar penyewa yang bayar. Letak sewa tinggi sikit, dapatlah duit tambahan. Memang cekik darah punya tuan rumah. Harga rumah semakin naik, dah tua-tua nanti boleh jual balik ke apa. Konon itulah perancangannya. KONONNYA. Mama cakap kalau macam tu tak payahlah guna skim tu, beli je macam biasa. Macam biasa means kena bayar 10% downpayment nak bayar guna apa? Guna bulu hidung aku tak tambah dengan bulu hidung Suami sikit laku tak?? T_T

Haih. Duit, duit..

Nanti dah ada anak, bertambah lagi perbelanjaan. Tapi itu aku tak mahu risau, sebab aku berpegang pada kata-kata, 'Anak Adalah Rezeki'. Setiap anak ada rezeki masing-masing. Kan?

Cuma untuk orang perempuan, untung sikit kalau dah kahwin. Ada Suami yang bisa meringankan beban kewangan (kahkahkah apahal lak guna 'bisa'?). Sekurang-kurangnya kita tidak keseorangan seperti sebelumnya. And kakak aku pun ada cakap, semua orang yang baru berkahwin akan melalui fasa ini. Fasa bertatih belajar mengurus hidup, membina rumahtangga. By the time umur kita dah 30-an macam tu, segalanya akan stabil. Be positive and be patient, InsyaAllah things gonna be fine :)



5 comments:

  1. erm..sama la.duit gaji habis byr hutang yg entah smpi tumbuh janggut pun habis ka tidak..huhu

    ReplyDelete
  2. jij Abdul Hamid:
    That's why lah. Kalau ikut payment schedule tu, in 20 years baru settle semua :/

    ReplyDelete
  3. Na..makin besar periuk makin banyak lah kerak nyer..kalau gaji 5 angka pon sure rase tak cukup..kena bayar itu ini..
    takpe kite still baru lagi dalam dunia rumahtangga ni..apa yang penting one of us, kena buat saving for the future..

    ReplyDelete
  4. miralatiff:
    Yes, nasihat dari orang yang bergaji 5 angka =D Itulah, sekarang ni tengok husband aku lagi pandai manage pasal duit ni. Really need to save more, in case of emergency in the future kan..

    ReplyDelete
  5. tudia
    pening baca nak kena bayar itu ini
    takutlahh kak

    ReplyDelete