expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, April 4, 2011

Mendidik Biar Berpada-Pada

My husband once asked me, "Kalau nanti anak kita nak jadi askar/dapat offer join military, awak bagi tak?"

Without any hesitation I answered,
"Tak payahlah. Teruklah join benda-benda macam tu.."
Aku tak cakap kosong, aku dah dengar macam-macam kisah ragging/dera yang melibatkan military school ni from my younger brother who joined Air Force College right after SPM until now. Even sekolah asrama biasa pun ada yang ragging melampau-lampau, what more sekolah askar.
Entahlah. Alhamdulillah masa zaman sekolah/universiti aku tak pernah kena ragging bukan-bukan pun. Tak pernah kena ragging langsung pun sebenarnya. Hubby said, sometimes we have to let our kid learns the hardest way, than only he/she can be a real human. Jadi 'manusia' bak kata orang dulu-dulu.
But being a woman what more, a soon to-be-a-mother, I really can't stand those kind of 'education'. I'm not talking about only military schools, but it goes to other boarding schools as well.. Sedangkan kalau terbaca berita melibatkan anak orang lain didera di sekolah pun hati macam direntap-rentap, terdengar cerita anak buah yang kena buli pun rasa panas hati, apa lagi kalau anak sendiri. Entahlah, there's always a better way to learn to be a real human instead of dipaksa makan tahi manusia/dipukul beramai-ramai sebab tak tahu nama senior/dicucuh puntung rokok sebab tak basuh bersih baju senior even worse bila guru/warden membiarkan sahaja perlakuan itu diteruskan malah memberi mandat pula kepada senior tersebut untuk 'mengajar' junior lain like, what the fark??!
Ada dua jenis manusia yang aku tahu:
No.1; Orang yang kena teruk di zaman silam dan berazam untuk membalas segala perbuatan itu kepada orang lain apabila dia berkuasa untuk melakukannya.
No.2; Orang yang kena teruk di zaman silam, dah rasa betapa teruknya diperlakukan begitu, dan berazam untuk tidak melakukan perkara yang sama terhadap orang lain apabila dia sudah berkuasa.
Kalau semua nak jadi macam jenis No.1, sampai bila-bila pun tradisi mendera ini takkan berakhir. Tidak salah mendidik/mengajar jika anak kita melakukan kesalahan, tapi biarlah hukuman itu tidak sekadar memberi pengajaran, malah berfaedah terhadap pelajar itu juga. Biar berpada-pada, biar dilaksanakan secara bertamadun. Bukan membabi-buta seperti binatang. Apa faedah yang kau dapat bagi junior minum air kencing kau? Apa faedah kau dapat bila pelajar yang kau pukul beramai-ramai terlantar di hospital or even worse, mati?

Hancur luluh hati ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah untuk belajar, tapi terpaksa datang untuk mengambil jenazah anak yang mati diseksa....















3 comments:

  1. akak betul (!)
    nor dulu senior setakat kene nyanyi2 je
    suara x sedap
    diorang suruh stop..ekeke
    tp x da pulak haku nak balas dendam kt junior
    x da masa -____-"

    ReplyDelete
  2. lame xjenguk blog kak husna!
    same la!xpernah kena ragging time sekolah o U...
    tp mmg dah biasa sgt dgr abg n adik2 cerita pasal sek diorg bab2 ragging ni...biasanya ramai yang pilih no 1 tu..bila dia kena ragging pastu dia akan ragging junior baru balik tuk balas dendam..susah la mcm tu...xberkembang la...

    ReplyDelete
  3. Nor atau Nad:
    Haha. Kalau senior suruh aku nyanyi memang silap besar, sebab aku akan menyanyi sampai diorang menangis suruh aku berhenti menyanyi =D


    Wanie-san:
    Memang pun. Ramai yang jenis no.1 ni. Sampai bila pun tak berkesudahan. Haih.

    ReplyDelete