expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 19, 2011

Anak Lelaki

Lelaki. Semenjak akil baligh, sudah terpikul beban tanggungjawab di bahunya. Apatah lagi setelah berkahwin; dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin, dosa anak lelaki yang belum baligh dan dosa saudara perempuannya yang belum berkahwin adalah di bawah tanggungjawabnya. Berat teramat.

Anak lelaki. Tanggungjawab menjaga ibu hingga ke hujung nyawa. Syurga anak lelaki, selama-lamanya di bawah tapak kaki ibu. Tidak pernah berubah, biar sesudah berumahtangga. Ibu yang pertama. Ibu paling utama.


"Awak, jagalah Umi elok-elok ye.."

"Eh, kenapa tiba-tiba je? Saya OK je dengan Umi kan.."

"Jangan abaikan Umi tau, anak lelaki responsible jaga parents sampai bila-bila tau.."

"Laaa.. Saya tau la pasal tu Sayang. Tak pernah pun abaikan Umi, cuma sekarang macam letih sikit, hari-hari drive jauh pergi kerja, weekend kena pergi kelas lagi, so tak dapatlah nak visit Umi selalu.. Kenapa ni?"

"Hmm.. Takdelah. Kita bayangkan.. Sedihnya kalau anak lelaki kita abaikan kita bila kita dah tua nanti.."


Dah nak ada anak sendiri, baru teringat dosa-dosa lampau pada ibu bapa. Baru nak rasa takut dibalas Tuhan atas segala yang pernah dilakukan pada orang tua kita. Orang cakap, macam mana kita layan ibu bapa kita, macam itulah kita akan dilayan anak-anak apabila kita pula berada di tempat ibu bapa kita nanti. Balasan itu mungkin boleh jadi lebih teruk lagi. Mungkin berganda-ganda.

Karma. What goes around comes around.

Nauzubillah.


No comments:

Post a Comment