expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 11, 2012

One Week Warded

"Bronchiolitis is inflammation of the bronchioles, the smallest air passages of the lungs. It usually occurs in children less than two years of age and presents with coughing, wheezing, and shortness of breath. This inflammation is usually caused by respiratory syncytial virus. Treatment is typically supportive and may involve the use of nebulized epinephrine or hypertonic saline."

(Wikipedia)


So last week, my son was admitted to the hospital disebabkan jangkitan virus dalam paru-paru or Bronchiolitis, and I'm telling you that it was the longest week I've ever experienced. It was all started on Saturday morning where I feel like he's getting a mild fever, panas sikit badan dia tapi I tak check temperature pun and ada batuk-batuk juga. But he looked active as usual, bagi makan ubat sikit and just patch the Cool Fever. Petang tu dah recover. Esok tengah hari, pergi birthday party Irfan dan Asha kat rumah Kakna, Kakna cakap dia nampak lemah and experienced a shortness of breath, pernafasan yang laju tapi pendek-pendek. Suruh pergi klinik check. And as usual, kami terus bawa ke hospital. I always believed in government hospital rather that private clinic what more government clinic, sebab kat hospital boleh terus jumpa pakar, lagi reliable, lagi trustworthy.

We arrived at Hospital Serdang at 8pm, register sekejap, 5 minit kemudian dibawa ke bilik pemeriksaan, check suhu and BP, dan terus diarahkan pergi kat bahagian kecemasan tak perlu tunggu pun. Kalau kes-kes macam ini I don't think kena ambil number segala kot.

Di bahagian kecemasan, kena ambil gas or bahasa perubatannya, nebulized hypertonic saline (doctors, correct me if I'm wrong :p) atau singkatannya, neb. Kat situ, check temperature 38.5 degree Celcius. He's also having a rapid heartbeat, laju sangat dia bernafas sampai nampak berombak dan berleku kat bahagian antara perut dan dada. His respiratory rates was 56 times per minute. It's like dia setiap saat dia bernafas. Then refer pada paediatrician, dia kena warded. Mummy cried T_T

Untuk permulaan, dia kena ambil neb like every 2 hours. Neb ni fungsinya untuk melapangkan paru-paru, sebab paru-paru dah dipenuhi dengan virus kan.


The first 2 days, nobody teach me how to nebulized my son, so this is the way I did it. Buat masa dia baring dan tidur, which is wrong sebab benda bulat kat ibu jari I tu kena dalam keadaan menegak. Padanlah walaupun baru lepas neb, bila doktor check paru-paru guna stethoscope masih ada bunyi lagi. 'Masih ada bunyi' tu bermaksud, ruang pernafasan masih sempit dengan virus lagi.

I prefer to do it when he was asleep, sebab kalau buat masa berjaga dia akan menangis sampai serak-serak suara dan meronta-ronta. Kalau Daddy nya ada sekali it would be easier boleh tolong pegang, kalau I seorang?

2 jam sekali ambil neb, kalau masa midnight pun kena bangun juga setiap 2 jam. Kalau dia tidur senanglah, kalau dia berjaga, memang bergema satu wad tu dengan tangisan dia. Hari pertama kedua, Mummy sama-sama menangis T_T

On the 3rd day, masa I tengah bagi neb at 8am, ada nurse yang agak tua lalu, dan dia tegur cara I bagi tu salah. Kena duduk tegakkan dia dan bagi, baru gas masuk betul. Dan Suami pun ada whatsapp cakap, bagi neb masa dia tengah kuat menangis lagi elok, sebab bila menangis paru-paru dia mengembang dan lebih banyak gas tu masuk.

So this is how I do it;


Bedungkan dia (happynya muka, belum tahu nak kena neb)


Dan bagi neb. He cried his lungs out of course, but it is for his best. Kalau tak buat betul-betul, lagi lama la warded nanti. Mummy really has to be strong :'(

Sepanjang di sana, hampir setiap hari aku kena interview dari doktor yang berlainan dengan soalan yang sama;

Bila start batuk? Last Saturday.
Selain daripada tu, sebelum-sebelum itu pernah tak batuk pagi-pagi? Tak ada, jarang.
Dalam keluarga ada sesiapa yang ada asthma? Suami saya ada masa kecil, sekarang dah tak ada.
Suami smoking? Yes, but never at home. Not even in front of me.
Berapa batang dia smoke sehari? Tak sure, he's just a sosial smoker. Tak heavy pun.
Dalam keluarga ada yang ada resdung? Yes, my husband.
Rumah ada bela kucing/arnab? Tak ada.
Rumah pakai karpet? Tak ada.
Anak tidur tilam apa? Kekabu (tilam kekabu rupanya tak elok untuk baby. I never know, kesian dia dari kecil tidur atas tilam kekabu..)
Kawasan tempat tinggal ada construction site tak? Tak ada. Rumah tingkat 4 pun.
Anak kuat menyusu? Kuat makan? Yes and yes.
Kat rumah babysitter tu ada budak yang demam tak? Yes, anak bongsu babysitter saya batuk-batuk juga sekarang.

Itulah lebih kurang soalannya, sampaikan kalau ada medical student yang datang nak interview tapi nampak macam takut-takut, I tak payah tunggu dia tanya I dah cerita semua sebab dah boleh agak apa soalan dia. Haa senang dia tinggal nak tulis je ;)

Ammar Yusuf has been a very good boy those days, selain dari masa kena neb or masa kena makan ubat, he rarely, or almost never cry. I think he is the happiest and the friendliest baby in the ward :D Everybody loves to be around him. The doctors, the nurses, even other mothers around suka main dengan dia. Ada seorang doktor lelaki India yang muka sangat garang cakap, "He's the only baby yang akan senyum kat I everytime I datang dekat, baby lain semua takut dengan I" :') Mungkin, dia taknak susahkan hati Mummy sangat. . .


Check temperature, oxygen level dan blood pressure. Tiap kali sampai kat bed kami, mesti lama je the nurses bertenggek kat sini main dengan dia.


Ammar Yusuf is undergoing 10-month old Baby Development Test. He passed with flying colors! :D


Inilah kerja dia setiap hari; berdiri pegang babycot, panggil-panggil orang, pastu kelip-kelip mata. Orang-orang kat situ cakap mata gatal.

"Ammar.. mana mata gatal? Mana? Tunjuk laa.. Aunty nak tengok.."

Adoi sabar jelah.


Boring-boring, Mummy bawa pergi main kat playground. Happy je dia. He's always happy anyway, that's why seeing him cry really broke my heart. It's like, why all these happen to my healthy-happy baby.. T__T Ujian Allah, supaya aku belajar sesuatu, supaya aku lebih kuat. Supaya aku jadi lebih dekat dengan-Nya.


Daddy. The first 2 days, Daddy sama-sama ambil emergency leave, sama-sama jaga anak. The next day aku suruh dia pergi kerja, sebab kami bekerja di tempat yang sama nanti orang cakap apa pula dua-dua nak cuti. Semua orang ada tanggungjawab tersendiri juga kan. Tu pun sangat kerap beliau telefon, tanya anak tengah buat apa. Malam-malam WhatsApp, rindu anak, rindu isteri (ececeh), boring, dah basuh baju cuci pinggan lipat baju bersih rumah semua pun masih boring lagi.


After neb session. Kesian. Penat menangis sampai tertidur, pegang tangan Mummy :'(

Seminggu straight aku tak kerja, hati 100% fikir pasal anak je. On the last 2 days, neb session dikurangkan ke 4 jam sekali. His lungs is getting a lot better, he eats a lot of porridge, bubur yang tak blend pula tu mentang-mentang dah ada 4 batang gigi HEHE. Active and cheerful as always.


On the last day. Paru-paru dah clear! Masa ini baru diberitahu dah boleh discharge. Nampak tak aku baring kat mana tu? Dalam babycot tau! HAHA. Actually Mummy was given a so-called bed, katil jenis yang boleh lipat-lipat tu, tapi adoyainyapun langsung tak rasa tilam, rasa besi je T_T. Kakak katil depan tu cakap boleh je request a proper bed like what she did, but I chose to sleep in the babycot together with my angel like I'm so skinny like that wakakaka! I'm not the only one yang buat macam tu anyway, and it was acceptable. Sebab nurse yang lalu lalang tak cakap apa pun :p


Alhamdulillah Ammar Yusuf dah sangat sihat sekarang. Tiba-tiba jadi sangat friendly dengan semua orang macam masa dia umur 3-4 bulan dulu, back to normal sebab masa dia 5-6 bulan hari tu dia tiba-tiba jadi macam tak berapa nak dengan orang sangat. Itulah orang kata, baby ni bila tukar bulan ada je perangai dia berubah. Juga jadi makin manja dengan Mummy. Iyalah dah seminggu siang malam BFF dengan Mummy je.

So now, rumah dah langsung tak boleh berhabuk/berdebu. No more tilam kekabu. Dah simpan terus tilam Mickey, dah terpaksa pula pergi IKEA semalam cari single bed untuk bilik Ammar Yusuf dan adik-adik. Eh macam ramai je adik-adik tu :p

Anyway thanks semua yang mendoakan Ammar Yusuf, thanks to those who care. Mommies out there, don't ever ever take fever/cough/flu for granted. Always go for a check, better terus pergi hospital. Kami memang langsung tak pernah bawa pergi klinik, well I'm a bit skeptikal about clinics I don't know why. It's not about the cost pun since Ammar Yusuf is insured anyway, but, entah. Ikut masing-masing la kan.

That's about it. Semoga Ammar Yusuf terus sihat dan ceria, inshaAllah.







11 comments:

  1. it's good to see him cheerful as always.. :)

    ReplyDelete
  2. Husna, Zabi Aydan pun baru baik from bronchiolitis... sedih sgt tgk dia susah nafas... alhamdulillah dah sihat now... yes now musim, ktrg nak bawak kuar pun x berani. lepas kejadian kami duduk rumah aje hehe. good boy Ammar Yusuf, sakit2 still ceria!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tengah musim ke.. Kesian kan? Alhamdulillah dah sihat, tak sanggup la nak bagi dia neb lagi. Itulah Ammar Yusuf ni, sakit pun nampak happy lagi. Tapi masa neb menangis beria-ia berjurai-jurai air mata T_T

      Delete
  3. kesian AY

    takpe takpe
    dia dah senyum lebar tuuu

    ReplyDelete
  4. ammar mana mata gatal??? heee ^_~

    ReplyDelete
  5. owhh patutla lama tak update blog.. rupenya ammar warded.. alahai siannyaa..
    alhamd dah sihat .. geram tengok ammar heppy jek . sama mcm my doters dulu pun senyum jek dlm wad.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..Ammar Yusuf dah sihat. Lucu tengok muka dia menyengih masa kena bedung tuh. :)

    ReplyDelete
  7. moga si hero comel tu sihat sentiasa;))

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah Ammar dah sihat :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..amar kembali sehat..

    ReplyDelete