expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 26, 2012

Gila Followers

Terpanggil untuk menulis pasal ini sebaik sahaja membaca status Facebook seorang rakan.


It reminds me of the same thing that happened to me last couple of years. Pasal join online contest, bila dah menang, apa pun tak dapat. Kalau kau orang pembaca tegar blog ni (cewah) mesti akan tahu contest yang mana satu, sebab itulah satu-satunya contest yang aku masuk pun.

But my case is a bit different, aku masuk sekadar suka-suka. Seronok-seronok maklumlah tengah hangat bercinta eh terbagi hint pula contest yang mana. Tak expect apa, tiba-tiba menang. Bila menang, okay lah. Best juga dapat hadiah hasil vote orang lain ni. Lepas sebulan dua, bila terpandang link blog penganjur itu di sidebar (sekarang dah tak ada, tak kuasa nak baca dah), tiba-tiba teringat. Eh, aah lah. Tak dapat hadiah lagi. Saja-saja la aku message penganjur contest tu tanya pasal hadiah. Dia cakap, dalam proses nak pos. Okay then. Lepas sebulan dua lagi... baru teringat lagi. OWKAYY FINE. Memang dah tahu aku takkan dapat hadiah tu, aku terus banned blog tu, siap remove dia dari friendlist Facebook. Tak perlu rasanya nak terus berhubungan dengan penipu macam ni. Yang kelakar, lepas aku remove dia tu, dia send lagi friend request siap message lagi kat Facebook, invite aku join another contest, Kenali XXX nama contest itu (XXX tu nama dia. Syarat nak join contest tu ialah peserta kena buat post pasal dia, cerita pasal dia, warna kegemaran dia, tarikh lahir dia, siapa makwe dia ke apajadah entah. Nampak tak betapa gila glemer dan attention seekernya dia???)

Kes kawan aku ni kesianlah. Sebab dari awal join lagi dia dah cakap dia join sebab nak jadikan hadiah tu sebagai birthday present anak dia. Hadiah yang ditawarkan bukan calang-calang, kereta control harga RM400 kot. Siapa taknak? Bila dah menang.. sepi tanpa khabar berita. Bila minta, kata tak ada duit nak beli. Kalau kau tak mampu, kenapa kau anjurkan contest tu at the first place??? Kalau kau tak mampu, kenapa offer hadiah mahal-mahal?? Memang sesetengah orang dia join contest untuk suka-suka je, tapi ada orang join memang sebab nak menang and have put so much efforts to win tau.

Inilah dia penipu alam cyber ni. Menipu untuk glemer. Sebab usually orang yang buat contest ni, mesti first thing dia akan suruh 'like' page dia dulu. Dan kalau kat blog, dia suruh follow blog dia dulu. Dari situ dah nampak gila glemer dia. Hadap sangat nak followers berlambak, belum tentu follower tu baca pun blog kau lepas ni. I know, siapa tak suka ramai followers, semua orang pun menulis untuk dibaca orang. Kalau tak, baik tulis dalam diari je kan? Tapi, kalau blog kau memang best, tak perlu nak suruh-suruh pun orang akan follow, tak perlu nak "I follow you, you follow I balik" pun orang tetap akan datang. Sebab yang penting bukan followers, tapi readers. Bila kita kejar sangat nak kumpul followers, penulisan pun jadi tak ikhlas, ala kadar, cukup syarat asalkan update blog je, tak bermanfaat, sampah semata. Sekali dua bolehlah orang baca, lama-lama orang tinggal je, just scroll down kat dashboard nampak sekilas lalu yang kau ada update blog tapi tak ada keinginan pun nak klik baca blog kau. Followers jenis ini ke yang kau nak?

Kelakarlah kau ni. Kalau ye pun nak sangat followers beribu sampai buat contest bagai, buatlah betul-betul. Buat betul-betul seperti dijanjikan. Dah janji nak bagi kereta control, bagi kereta control. Dah janji nak bagi hadiah misteri, bagi hadiah misteri tu. Bukannya hadiah misteri yang terlampau misteri sampai tak nampak-nampak depan mata si pemenang. Atau lagi bagus, tak payahlah nak buat contest sangat. Buat je entri yang best-best. Yang seronok dibaca, yang memberi kesan pada orang lain, bukan entri syok sendiri je. Kau teruskan buat macam tu, tak payah suruh pun orang tetap akan datang baca berulang kali...






7 comments:

  1. nor pembaca tegar jadi nor tahu contest yang mana..hewhewhew
    nor tahu penganjur tu pun dari belog akak.

    malu hooiih bila orang tahu sikap tak bertanggungjawab kita.

    ReplyDelete
  2. zazaw rasa macam tau je
    huehuehuehuehue

    ReplyDelete
  3. Eh, belom dapat lagi ke? Penipu besar betol! Reveal aje nama blog tu. Geram sangat hoihh..:<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada dapat. Takdelah hadap sangat dengan hadiah dia, cuma kelakar dengan ketidakjujuran certain people di alam maya ni. Buat contest sebab nak kejar glemer je.

      Actually tak payah reveal pun ramai je dah tahu, sebab itu je pun contest yang kita pernah join ;)

      Delete
  4. Kihkihh sian u una mmg misteri gile kot adiah tu tak sampai2..sbb tu kot kita tak suka ngat follow2 blog org except blog2 tertentu jeh :)

    ReplyDelete
  5. hahahah...
    sy pembaca tegar blog ni...and saya tau contest itew....muahahahahha
    uish...xmalu,xjujur and maybe gila glamer kot....!!

    ReplyDelete
  6. kahkahkahkahhh!! agree! ok tu je :P :P

    ReplyDelete