expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 18, 2012

Menapak

Haaa..

Kan dah kata, jangan dengar sangat lagu jiwa-jiwa ni. Kan dah kata... (ayat setiap kali Ammar Yusuf tak dengar cakap lalu aku dukung dan cium bertalu-talu sambil cakap "Kan dah kata jangan jerit-jerit, kan dah kena cium banyak-banyak.. Kan dah kata.." Hehe boleh saja.).

Hari ini aku sedih. Kot. Still, dah jadi ibu ni, bukan semua perkara kita boleh ikut perasaan, nak tak nak kena kuat dan cekal, because now it's no longer about me and only me. Tak boleh dah nak jadi narcissist (perkataan baru belajar lagi). So pandai-pandailah distinguish mana yang perlu diberi perhatian mendalam, mana yang boleh diabaikan dan ditolak ke tepi sahaja. Sebab terlalu banyak perkara yang lebih penting yang lebih memerlukan perhatian kita kan? Tak apalah. Kita cerita hal yang gembira sahaja okay! :)

Semalam pergi Toys 'R' Us beli Push-to-Walk untuk budak yang makin becok dan aktif tu, bila upload ke Facebook, ada seorang dua yang message tanya.


"Awak, benda tu untuk ajar anak berjalan ke?"

Well, bagi aku, Push-to-Walk ni is a better alternative than a typical walker kot, because walker biasa tu kan baby just sit dalam tu kaki je bergerak kan? Yang ini, baby akan berdiri and belajar berjalan seperti sepatutnyalah. Ini lebih kurang apa yang aku baca dari review la.

Anyway, it's just one of my effort to encourage my baby to learn to step ahead, sebab Ammar Yusuf ni kalau berdiri dah elok dah, kadang-kadang siap lepas tangan lagi, tapi bila nak menapak, dia macam tak yakin dan takut-takut lagi. So, Push-to-Walk it is. Slowly ye Sayang, tak paksa pun :)


He doesn't really enjoying it pun sebenarnya HAHA, he was more attracted to play with the colorful objects in front of it. Berusaha dia menapak sikit-sikit nak pusing ke depan, nak capai benda warna-warni kat depan tu.




The speed of the wheels is adjustable, so tak perlu risau anak tertolak laju sangat and tersembam ke depan. But as any other ordinary walkers, kena jaga la juga jangan bagi dia main dekat tangga (dalam rumah tak ada tangga) ataupun dekat swimming pool (obviously, rumah takde swimming pool heh). Parental guidance kena ada juga. Tak apa, rumah kecil saja, takkan ke mana sangat pun pi mai pi mai tang tu juga ;)


After a while, he started to get cranky. Sama ada dah penat, ataupun dah mula takut, iyalah selama ni panjat benda tak bergerak pun, kali ini bergerak pula. Nampak Mummy cepat-cepat depakan tangan sebelah suruh peluk ambil dia HAHA geli hati tengok muka dia masa ini :p

Tak apa, malam ini cuba lagi. Slow and steady ye Sayang!

Oh, yes. Happy Father's Day! We both love you :)








4 comments:

  1. Cayuk cayuk!...hehe!

    biarlaa dia rasa jatuh bangun & sakit sikit..sbb hidup ni mcm tu kan...insyallah, he'll be strong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah 3 kali jatuh katil T_T. Mula-mula risau tau, tapi tengok dia macam okay je, inshaAllah tak ada apa-apa kot. Yup, kena train bagi dia rasa jatuh bangun sikit (walaupun naluri keibuan cepat je nak tolong angkat kalau dia terjatuh huhu patut biar je dia belajar bangun sendiri kan?)

      Delete
  2. Teringat yang Sha cakap sekali tengok macam mesin rumput. Hahaha!

    Comelnya Ammar Yusuf. HEMSEM! (versi Ameera)

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Jangan kacau. Tepi sikit tepi sikit Ammar Yusuf nak potong rumput ni tepi tepi.." HAHA.

      HEHE macam kita jugak Ameera ni rupanya, sebut HEMSEM :D

      Delete