expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 25, 2012

Burger

Masa aku kecil dulu, Mama memang dah tidak lagi bekerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Maka, sedari kecil lagi aku telah dibiasakan dengan makan masakan Mama pagi petang siang malam. Adik-beradik aku ramai, 8 orang semuanya. Masing-masing kuat makan pula tu, mahu tidak mahu memang perlu masak kalau tidak bengkok la juga hari-hari nak beli luar. Setiap lauk harus ada catuannya. Kalau masak sotong, Mama kena bagitahu, "Bahagian badan ambil seorang 3, kepala ambil 2." Kadang-kadang siap dibahagikan untuk setiap orang HEHE. Memang perlu buat macam tu, kalau tidak ada je yang ambil lebih dan ada yang tidak dapat langsung. Hanya yang ada adik-beradik ramai sahaja yang faham keadaan ini ;) 

Sekali-sekala, kalau Baba beli makanan dari luar, dah terasa macam best gila. Padahal makanan biasa-biasa je, sedap lagi masakan Mama. Memang seronok lah kalau ada makanan beli ni. Termasuklah burger. Ala burger bodoh-bodoh je pun.

Satu hari, Mama suruh aku kemas rumah. Aku ni dasar pemalas masa kecil, kalau setakat pemalas tak apa lagi, kuat melawan pula. Maka untuk menaikkan semangat dan menimbulkan kerajinan aku mengemas rumah, Mama cakap, "Lepas kemas nanti boleh makan burger". Waaaahh bukan main seronok aku dengar! Pungpangpungpang kemas rumah sebab nak makan burger punya pasal.

Sekali datang 2-3 orang kawan, panggil ajak pergi main kat taman.

"Tak boleh lah. Kita nak kemas rumah. Kalau kemas rumah mak kita bagi makan burger," berkobar-kobar kembang kempis hidung aku bagitahu. Bangga dan seronok bukan main.

Kawan-kawan aku berpandangan sesama mereka, lalu ketawa berdekah-dekah.

"Kesiannya kau ni Una, kemas rumah baru dapat makan burger ke? Mak kita hari-hari bagi makan burger tau.. Tak payah kemas rumah pun. Kesianlah kau ni.."

Aku terdiam. Termalu. Dan terasa macam miskin gila.

Masa itu mana aku faham lagi, yang mak dia tu bekerja sampai malam, balik rumah dah penat, malas masak, nak senang, hari-hari bagi anak makan burger je.



..........


Sampai besar suka makan burger. Who doesn't? ;) Tapi kini tidak lagi burger bodoh-bodoh. Dan aku berdoa semoga aku tidak jadi ibu bekerjaya yang setiap hari sumbat anak makan burger je T_T

Well, Kaw-Kaw Burger Bakar kini dibuka cawangannya di Puchong Utama. Sangat dekat dengan rumah, kami turun berpegangan tangan jalan kaki saja ke sini. Sengaja pegang tangan supaya awek-awek Indon yang tengah tunggu bas kilang tu tahu Hanis Sinclair dah berpunya kahkahkah dengan minah Indon pun nak rasa tergugat :p Kalau sesiapa datang sini bagitahulah, boleh singgah naik rumah. Tapi wajib bawa burger sekali untuk tuan rumah :D

Nak order kena beratur ambil nombor, order hanya dibuka bermula 6.45 petang. Kalau datang waktu malam, memang cari pasal. Beratur panjang gila kot. Tapi servis dia bagus, tak pernah pula kena tunggu sampai 2 jam macam kat Wangsa Maju tu. Eh entah, baru 3 kali je pun datang sini HEHE.


Burger daging with cheese. RM8.50. Paling murah RM7.50, supaya tak nampak macam tak coolnya aku beli paling murah, maka belilah yang second murah hewhewhew. Kena menganga macam badak menguap baru boleh masuk mulut. Tidak digalakkan untuk dimakan oleh gadis yang baru nak menjalin cinta dan tersipu-sipu malu makan depan boyfriend, memang tak feel la kena cubit sikit-sikit masuk mulut. Juga tidak digalakkan makan depan ibu mertua, buruk benor rupanya nanti.

Us, after swimming class. Nak bakar kalori bukan main tercungap-cungap satu jam berenang, nak tambah kalori senang je. Makan burger T_T












5 comments:

  1. Untunglah rumah dekat..Orang hari-hari ajak husband datang sini nak juga rasa..macam-macam alasan dia bagi padahal rumah adik ipar dekat je area situ jugak..wuwuwu..
    nak berger bakar~~~

    ReplyDelete
  2. Babe sedap ke? Jakun ni tak penah mkn burger bakar lg hihihi..same w me una, i pun adik beradik ramai so time mkn kena ingat2 org belakang tp selalu sape tade kt umah mak akan simpan lauk siap2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA see, hanya orang yang ada adik-beradik yang ramai je yang faham keadaan tu. Tapi bila ingat-ingat balik dulu-dulu siap cerita balik sekarang, boleh jadi bahan ketawa kot. Best sebenarnya :')

      Okay pasal burger bakar tu, taste-wise, not bad la. Dia best sebab burger dia tebal, sangat tebal. Memang puas and kenyang, sometimes boleh beli 1 untuk 2 orang makan (I tak cukup, kena sorang 1 HAHA). But in terms of dia punya seasoning, biasa-biasa saje. Not bad la :)

      Delete
  3. Hehehehe bab lauk kne bagi siap2 tu,igt sgt yelah adik bradik ramai!ms tu la nk gaduh "ehh ko puny ayam besar..lauk ko lbih.." ahh mcm2 la.tp seronok n blh jd gile2 ble igt balik.dandan plak skrg msg2 ada anak..hehe
    Kt teganu xda beger bakar.so harus la cr beger ramly kt mydin-kukus then grill kt umah T_T
    Ok la..dpd terliuq tgk pic una upload n SETIAP kali blk swimming cls tu asik bcite psl beger bakar..haha ;p

    ReplyDelete