Friday, June 29, 2012

Foods of Love

Assalamualaikum.

Sejak sebulan lepas, Ammar Yusuf dah tak makan makanan yang diblend lagi. Maka Mummy is very the happy girl. Yelah, sebelum ini benda yang sangat annoying untuk dibuat selepas memasak adalah.. no bukan masakan dikritik Suami lalu beliau makan sepinggan saja taknak tambah pun, sentap tau eh ni cerita lain, bukan yang ini, tapi, membasuh blender! Siapa yang setuju dengan aku? Leceh kan basuh blender? Nak buka parts one by one, lepas tu kena basuh slowly and carefully pulak tu kat bahagian bilah dia, ngeri aku bayangkan basuh laju-laju lalu terhiris tangan.  

Maka, penyediaan makanan Ammar Yusuf menjadi lebih senang dan menyeronokkan. Disebabkan tak perlu nak renyah nak blend bagai, maka Mummy bolehlah masak setiap pagi dengan gembira, setiap hari lauk yang berbeza, sayur yang berbeza. Hampir semua jenis sayur aku pernah cuba HEHE, tapi taklah kejam sangat nak bagi peria ke apa kau gila? Tapi so far for breakfast and lunch, makanannya masih lagi berasaskan bubur, untuk dinner aku bagi oat with various types of fruits. Kiranya siang makanan yang savoury, malam makanan yang sweet something like that. Tahap kreativiti masih belum berkembang lagi kuikuikui, mungkin sebab dia tak memilih makanan tu yang tak terasa nak kreatif-kreatif sangat. This weekend nak try yang goreng-gorenglah, mana tahu dah boleh makan dengan gigi 4 batang tu :p

"Kak, kau bangun pukul berapa nak buat semua ni hari-hari??"


Okay, untuk siapkan bubur, estimated time adalah 35-45 minit kalau pakai periuk biasa saja bukan slow cooker. Kalau pakai slow cooker senang, campak je semua bahan dan kau boleh sedap pergi tidur, bangun-bangun dah cantik siap. Kalau periuk biasa tak boleh macam tu, alamatnya makan bubur rentung anak aku nanti.

So bangun pukul 5.30 dah boleh dah.  Kalau macam seminggu ni aku straight puasa, pukul 4.30 la bangun, sahur dulu. Mula-mula aku basuh beras dalam 1/3 pot (untuk breakfast and lunch), rebus sekali dengan bawang, halia dan lauk (ikan/ayam). Dah hidupkan api, aku tutup dan tinggal untuk solat Subuh kejap. Lepas solat, kacau. Sementara nak tunggu beras tu kembang, aku potong sayur-sayur dulu. Siap potong, kacau lagi. Guna periuk biasa ni kena kerap kacau. Api kena sentiasa kecil tau. Kemudian, masukkan sayur-sayuran yang keras (i.e carrot, potato, celery, pumpkin, etc), tutup biarkan dengan senduk dalam tu supaya tak tutup habis sebab masa ni air dah menggelegak kalau tidak berbuih-buih keluar karang. Sementara tunggu sayur-sayur tu lembut, aku pergi gosok baju aku dan Suami. Siap satu baju, lari ke dapur kacau sikit, sambung gosok baju. Dah siap gosok habis, pergi dapur masukkan sayur yang lembut pula (i.e bayam, sawi, etc.). 5 minit kemudian, tutup api, terus masuk dalam thermos. Dah siap, aku bangunkan Suami dan pergi mandi. Sementara aku mandi, Suami siapkan semua barangan yang perlu dibawa ke pejabat dan barangan Ammar Yusuf yang perlu dibawa ke babysitter. Lepas aku mandi, he takes his turn, and aku bersiap, tukar diaper anak (sometimes tau-tau Suami dah tukarkan, comel tau awak ni), dan susukan dia sebelum kami berdua hantar ke babysitter. Itulah lebih kurang rutin harian kami. Untungnya aku yang bekerja satu pejabat dengan Suami, dalam kereta nak ke pejabat boleh qada' tidur HEHE, so tak kisahlah bangun awal pun.

Preparing baby's meal is super easy, ibu-ibu muda sekalian. So no excuse to not do it yourselves. Aku selalu fikir macam ini je, disebabkan tuntutan kerjaya dan keperluan hidup, aku tak dapat nak jaga dia 24 jam. Tak dapat nak jadi suri rumah sepenuh masa. Maka sepanjang ketiadaan aku, makanan hasil air tangan aku dan susu ibu sahajalah yang menghubungkan kami berdua. Makanan dan susu ibulah yang menyalurkan cinta dan kasih aku sepanjang kami berpisah cewah ayat :p I want him to know (or feels), walaupun aku tak ada di depan mata, aku tak pernah abaikan dia *sobs*. No matter how far we are, he always be my priority. Nanti besar sikit bila dah faham, mesti best bila dia cakap, "Ni Mummy yang masak untuk Ammar Yusuf tau" :')

And of course, kita semua tahu homemade foods adalah jauh lebih baik berbanding processed foods. Kita sendiri yang monitor tahap kebersihan dia at every stage of preparation, kita tahu exactly bahan apa yang masuk dalam anak kita, setiap bahan dibasuh bersih dengan selawat, dengan nama Allah.. InshaAllah anak kita makan makanan yang baik, bersih dan berkhasiat.

"Ala beria dia jaga pun, besar karang dah start sekolah nanti makan juga yang bukan-bukan!" ujar si hater.

Well, selagi aku boleh bagi yang terbaik, selagi aku mampu, aku akan cuba bagi yang terbaik. Something is better than nothing kan?? Semua orang boleh buat sebenarnya, cuma nak atau tak nak je. Tak pandai masak? Aku dulu sumpah tak pandai memasak. You never see Husna and cooking in the same sentence. I was zero when it comes to cooking! Tapi best ke kalau nak terus selesa dengan keadaan tak pandai masak tu? Belajarlah. Dunia di hujung jari je sekarang. Senang sangat nak belajar. Kalau segan nak tanya orang, Google kan ada. Kalau nak cakap pasal tahap kerajinan, years back, I never see myself as someone yang sanggup bangun awal pagi untuk prepare makanan anak dan (kalau sempat) makanan Suami. I used to be very laid back and take things easily. But you can not bahave like that anymore when you're married and having a family. Self-determination sangat penting, self-determination drives me. That's what we called, the power of love. Love changes everything. Kan?

Kalau cinta dan kasih sayang tak mampu nak ubah kau menjadi lebih baik, memang rugi besar.


Ammar Yusuf, the boy who can not stop eating HAHA. So far budak bertuah ni tak pernah ada masalah makan, Mummy letak sayur apa pun dia terima, even sawi (yang Daddy tak suka) pun Ammar Yusuf okay saja. Tengok, Ammar Yusuf lagi terer dari Daddy tau! :D But so far I can tell that he loves fish more than chicken. Kalau bagi ayam, lambat nau nak habis, tapi tetap juga habis la. Mungkin sebab texture ikan lebih lembut berbanding ayam agaknya.

Dulu comot habis kalau suap makan, sekarang dah tahu cara, dah faham rentak dia, dah takde comot-comot lagi! Kadang-kadang makan tak payah pakai bib pun ;)


"Mummy I want more please please..!" (macam Puss-in-Boots kehkeh) ;P









4 comments:

~SaHiDa~ said...

comel. best kan kita masak sendiri food untuk baby kita. rasa puas hati n in the same time bangga kalau baby habis mkn masakan kita. My baby dah 10 months belum tumbuh gigi, still blend lagi bubur. hehe. eh, yang sayur mcm carot tu awk parut kecik2 ke? ke time nak bg makan just lenyek2 je?

Husna Hadzarami said...

Hello! Thanks. Yup memang best, masa anak tengah suka makan ni la boleh try macam-macam kan? ;) Hehe tak apa blend je dulu, tapi kadang-kadang at certain age baby dah taknak dah yang halus sangat texture dia walaupun takde gigi, dia chew guna gusi saje HEHE. Okay sayur macam carrot tu, I cincang halus before masuk dalam bubur. Yup lebih kurang macam parut la :)

Anonymous said...

Yes una, masak utk anak mmg super easy kan..lucky for me sbb ada pagi still ada utk msk food suri tp itu pun kdg2 kelam kabut gak hehe..
Same with AY, Suri pun tak suka mkn ayam tp klu msk ikan laju jeh org nursery ckp dia mkn..skrg selalu msk sup ikan tenggiri + pasta + butternut squash + mix frozen vegies mmg fav dia..wah colorful gitu tp i still blend lg sbb cik kak ni belum ada gg hihihi and pakai mini blender tu mmg senang sgt nak cuci :)

Husna Hadzarami said...

Oh Is mengajar sesi petang ke? Untunglahh.. Alamak sedapnya resipi tenggiri tu. Nak tiru lah :D Kreatif la Is ni, sambung la blogging balik, boleh share resipi :)