Thursday, July 30, 2015

Cheeky Adik

Adam Muaz ni semenjak bayi sampailah sekarang memang sangat aktif dan lasak dan sangat sangat kerap terhantuk kepala hadoi laa... Awal awal dulu aku memang dah risau dengan keadaan itu, apatah lagi bila tengok perkembangan mulut dia agak lambat. Pernah aku suarakan kerisauan aku pada H, "Adik ni asyik jatuh terhantuk je.. B risaulah ada effect kat otak dia...". Sebab kalau nak dibandingkan (tak baik betul membanding bandingkan anak but I just can't help it!), Ammar Yusuf pada usia itu sudah sangat petah berkata kata tak ada dengar pelat langsung dah. 

Adam Muaz memang agak lambat sedikit dari segi percakapan, mungkin sebab dia dah start berjalan pada usia 1 tahun. Cepat berjalan means merangkak sekejap saja, so lambatlah percakapan. Abang dia setahun 3 bulan baru boleh berjalan, so tempoh merangkak lama jadi perkembangan otak lebih baik sebab itulah cepat bercakap. Itulah teori yang aku gunakan untuk menyedapkan hati.

Tapi sekarangggg, aku sudah tidak risau lagi hehehe. Dah petah sangat dah, dah loyar buruk dah. Sejak pandai bercakap ini memang banyaklah ayat dan percakapannya yang menggelikan hati. Adam Muaz tidaklah terlalu becok seperti abangnya, tapi bila sekali sekala dia bercakap, memang boleh buat orang tergelak besar. Spontan dan selamba saja. Cuma masih pelat lagilah.

Macam ada satu hari itu, dari dalam kereta kelihatan anak jiran sebelah rumah babysitter sedang melambai lambai Ammar Yusuf. Then we asked, "Kawan Abang ke tu? Comel je dia kan?"

Tiba tiba dengar suara Adik dari seat belakang.

"Adik pun omey gak"

HAHAHAHAHAHAHA.

Awak memanglah, paling comel di dunia :')

And then, sekarang ni dia tengah musim cakap "Tak awu (Tak tahu)".

Kalau kami tanyakan apa apa pada dia, dia akan fikir kejap dan kemudian akan angkat bahu cakap "Tak awu".

Mummy: Adik suka ke cat tu?
Adik: Suka.
Mummy: Cat tu warna apa?
Adik: Emm... tak awu.

Mummy: Adik tengok TV cerita apa tu?
Adik: Emm.. tak awu.

Senang je awak kan? Not even care to guess.

This morning, when we were all ready to go out, suddenly Ammar Yusuf bagitahu nak kencing. Usually Ammar Yusuf ni kalau baru bangun tidur dia akan cranky mengada ngada sikit, tapi pagi tadi apparently mood dia agak baik pula. So bila dia bangun tidur dan terus minta untuk dibawakan ke toilet tu, H pun pujilah dia.

"Macam inilah pandai. Bangun tidur takde merengek rengek."

Mendengarkan itu, Adam Muaz macam biasalah, tak pernah mahu ketinggalan dan terus bertanya,

"Adik?"

"Adik pun pandai jugaaa.." H layankan saja.

"Daddy?" tanya Adam Muaz lagi.

"Daddy pun lagilah pandai," jawab H tidak mahu kalah -____-'

"Mummy?"

"Mummy pun pandai..."

"Bukanlah!" bantah si kecil tu.

Aku yang sedang bersiap ketika itu berhenti sekejap untuk memfokuskan pada dia.

"Mummy cantikkkkkk!" sambung Adam Muaz budak bertuah dengan cerianya.

Hoi! Tak boleh ke cakap Mummy pandai dan cantik?! 

T_________T


3 comments:

Norma NML said...

comel :)

Dilah said...

alahai.. comelnye adikk.. Seronok dengar anak2 kecil ni tgh berlajar cakap kan.. ada jer perkataan yg keluar dari mulut diorg ni yg mencuit hati kan.. sama cam anak sy jugak skrg ni nak masuk 3 thn...

jemput singgah blog sy.. thanks..
http://ceriteraibu.blogspot.sg/

Kak Vit said...

comel jee... hihi.. anak kedua saya boleh cakap ayah, abang, ummi langsung tak reti.. huhu..