expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 20, 2015

Evolusi 5 Tahun Aidilfitri

2011



Kami berkahwin pada tahun 2010. 3 bulan berkahwin, sudah mengandungkan Ammar Yusuf. Jadinya, tahun pertama menyambut Aidilfitri bukan lagi hanya sekadar suami isteri, tapi sudah terus sebagai ibu bapa.

Aidilfitri 2011, honestly taklah seronok sangat. Masih dalam pantang, Ammar Yusuf is barely 1 month old, banyak benda aku tak boleh makan dan berat badan aku rasanya around 65kg. Baju raya pun kirim dengan Oyah, suruh beli warna hitam je senang tak payah nak describe sangat.  Masa bergambar ni tak adalah rasa sangat kehodohannya, bila tengok balik gambar ni beberapa tahun kemudian, benci pulak aku. I was damn fat, sangat tak berseri sobs :(

Tak apalah, pengorbanan seorang ibu *tibatiba*.

2012



Kali pertama yang betul betul beraya, we chose electric blue as our Raya theme that year. Aku masak soto ayam sebagai juadah hari raya, siap dengan begedil segala okayyy. It tasted good for first timer *ehem*, tapi cerewetnya persiapannya.

Ammar Yusuf is 1 year plus at this time, and I'm one month pregnant. Still fat, ada hati nak pakai kebaya HAHAHA. Baju the boys hantar tempah awal awal lagi, baju Mummy beli last minute. Belasah jelah kebaya asalkan warna sedondon.

2013



Tahun ini, kami memilih warna yang lebih lembut, peach. I love this color, only that I couldn't find my own in exact same color. Mine is a little bit darker, and oh my God what was I thinking pakai inner warna orange tu T_____T

Ammar Yusuf was about two years old, and my second son Adam Muaz was just 3 months plus at this time tapi siap pakai baju Melayu okayy hahaha. Masa ni H sakit mata, macam macam hal la pagi raya. I cooked Nasi Tomato, tapi tak berapa menjadi nasinya but still selamba bagi family makan. Tak apalah, cuba lagi next time (or maybe not :p)

2014



I can say that this is one of my favourite raya theme, emerald green. I think this color is elegant and sophisticated, even until now. Masa ni Adam Muaz is already 1 year plus and Ammar Yusuf baru masuk 3 tahun. Memang dalam fasa permulaan untuk melasak, it was not easy to get a decent family potrait T____T

For the first time, all the boys' baju Melayu kami beli siap je, Aaron Aziz for Jakel. Apparently it fits well, the price is reasonable too and tak perlu nak susah susah hantar tempah. But still, kalau tempah pun ada kelebihannya juga, boleh dapat exactly the same for all 3 of them. 

2015



I super duper love this photo! By far, the most decent family potrait we ever had for Hari Raya :'))) Mungkin sebab anak dah besar, dah boleh behave sikit depan kamera hehe. This year, we opt for Color of The Year 2015, marsala. It's a little bit like maroon and burgundy, but it's more to reddish instead of purplish. Eh entah apa aku describe ni. Dalam gambar nampak sangat merah, but it's actually darker in person. Semua pun beli ready made je, takde tempah tempah dah :)

2015, I think is the best Aidilfitri we ever had so far, alhamdulillah. Malam raya kami spent with my family and kami sekeluarga bermalam di rumah my sister, rumah Mama dah penuh! Pagi raya, sebelum pukul 9 semua orang dah siap. Takde stress langsung. Ammar Yusuf sempat ikut Daddy pergi sembahyang raya lagi. The kids were happy, same goes to the parents. Mungkin akan mengekalkan rutin yang sama for future hari raya, inshaAllah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri to all my blog readers. Maaf zahir dan batin.



1 comment:

  1. Salam. memang berbeza bila beraya,kan? daripada single, kemudian berdua n then dengan kehadiran anak-anak kesayangan..walaupun semakin havoc, tp havoc tu la yang menyebabkan Hari Raya tu jadi meriah..

    Kami tahun ni beraya 5 anak beranak..n sama macam puan, tahun ni baru boleh nak dapat family pic yang boleh dikatakan "decent" la..hihihi

    ReplyDelete