expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 26, 2015

Tenaga Emak

Baru baru ini ketika berada di rumah ibu bapa, my sister Oyah suddenly said,

"Kak Una perasan tak, emak emak ni macam energetic kan? Semangat lain macam. Macam tak penat penat.."

Then I looked at my mom. Hari ini, Mama masak Nasi Lemak special. Siap dengan sambal sotong segala. Memandangkan semua lauk adalah pedas dan anak aku yang sulung tu diva tak suka telur rebus, Mama bingkas bangun, nak goreng ayam untuk Ammar Yusuf, katanya.

Belum sempat nak larang Mama goreng ayam, tiba tiba beliau dapat idea lain.

"Haaa Mama nak goreng mee sekali lah, boleh budak budak makan! Anak anak Abang Sepul kau pun suka tau, hari tu Mama masak dua bungkus, licin!"

Alamak. Maaaaaa.... dah banyaklah makanan ni!

Mama goreng ayam, siap goreng ayam dibawanya kuali ke sinki untuk dibasuh, nak goreng mee pula.

"Mehlah sini Dikna basuh kuali," aku menawarkan diri.

"Takyah takyah. Kotor karang baju kau"

Mama ni... T_____T

Cinta dan kasih sayang.

Itulah jawapannya. Kasih sayang membuatkan emak emak ni tak kenal penat. Being a mother, kita akan jadi someone yang kita tak sangka akan jadi. Kasih sayang seorang ibu memang tiada tandingan, mereka mengasihi tanpa syarat, tanpa sebab, dan tanpa mengira ianya dibalas atau tidak. 

They put their children (and grandchildren) first, kerisauan mereka terhadap anak cucu tidak pernah hilang, mereka sentiasa merasakan mereka perlu bertanggungjawab ke atas segala benda malah sentiasa merasakan yang anak anak mereka masih memerlukan bantuan mereka tanpa mengira usia T____T

Mothers are amazing, subhanallah. Mama dah meletakkan satu tahap ukuran yang tinggi, terlalu tinggi rasanya untuk kami contohi. I wonder if I can ever be like my mother. She is 64. Yet so energetic, so passionate to make sure that we're happy being home, so loving.

Jom kita sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu ibu kita, sama ada mereka masih hidup ataupun sudah pulang ke Rahmatullah. Al-Fatihah.



1 comment:

  1. My mum is exactly the same!!! For anak n cucus anything pun bole. Xberkira pun.

    ReplyDelete