expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 8, 2015

'Menjemput' Rezeki

Aku sejak 2-3 bulan ini memang diduga dengan masalah kewangan yang agak luar biasa. Dengan company lambat bayar gaji, dengan penyewa rumah dah habis contract (not their fault anyway), dan beberapa perkara lagilah. Memang 2-3 bulan inilah sokongan (kewangan dan moral) dari Suami adalah diperlukan lebih dari biasa, kesian juga H. Dia pun ada komitmen dan tanggungjawab lain juga.

Masalah kewangan tempat kerja aku memang meruncing, yelah pasaran oil and gas kan sedang tenat. Kami ini dibayar gaji lambat, tempat lain ada yang dah diberhentikan kerja pun. Setakat ini, bolehlah survive lagi. Bukanlah di tahap papa kedana pun tapi yelah, kita dah biasa ada certain amount setiap bulan, tiba tiba jumlah itu berkurangan. Aku tak suka keadaan begini, bab kewangan ni aku kena berdisiplin, tarikh ini mesti bayar ini, tarikh itu mesti bayar itu. Bila jadi begini, keadaan jadi haywire. Gaji lambat, kena korek segala mak nenek simpanan untuk dahulukan duit. Banyak benda jadi tak tersusun, banyak perancangan tidak dapat dilaksanakan, dan itu memang membencikan.

Bila terjadi perkara ini, mulalah aku bermuhasabah diri. Rezeki ini, Allah yang bagi. Kita usaha macam mana pun, Allah juga yang menentukan. Kalau ianya milik kita, memang akan jadi milik kita. Kalau Allah bagi lambat tu, adalah sebabnya tu, yang mungkin berpunca dari diri kita sendiri. Jadi aku rasa perlu sangat to back to basic. Dan jaga perkara perkara ini.

1. Solat di awal waktu

Cakap pasal solat, semua orang bersolat. Tapi pernah tak kita terfikir, sepanjang hidup kita, ada atau tidak satu solat kita yang diterima Allah? Takut kan? Solat cukup 5 waktu, tapi tak diterima Allah. Apatah lagilah kalau tak cukup solatnya. Macam mana nak expect rezeki dari Allah datang cepat kalau solat Subuh kita pukul 7, Zuhur pukul 4, Asar pukul 6, Maghrib pukul 8... Macam mana pun kita tetap kena solat juga anyway, kenapa tak boleh solat tepat pada waktunya? Haih Husna.. Ini memang perkara paling utama, bukan hanya kita perlu bersolat, tapi kena solat dengan sempurna. JAGA SOLAT.

2. Lebih banyak memberi

What you give, you get back even more. Selalu kita dengar kan? Kita ni cenderung untuk memberi hanya apabila kita rasa kita mampu. Maksudnya, bila ada lebihan duit sikit baru memberi. Padahal ianya elok dilakukan setiap masa. Kalau baca Rich Dad Poor Dad by Robert T. Kiyosaki, dia pun ada cakap Rich Dad akan memberi pada bila bila masa, Poor Dad hanya memberi bila dia rasa ada lebih lebihan duit dia. Padahal dalam setiap rezeki kita memang dah ditetapkan ada bahagian untuk orang lain.

So what we can do is to give constantly walaupun jumlahnya sedikit, istiqomah. Bukan donate sekali RM100 dan kemudian langsung tak bersedekah bertahun tahun. Nak bersedekah senang sangat sekarang. Kalau tengok Facebook tu berderet deret gambar bayi sakit yang memerlukan bantuan untuk pembedahan, keluarga miskin yang memerlukan biaya untuk pendidikan anak anak, cuba kita tetapkan setiap kali nampak perkongsian seperti itu, kita terus click Maybank2U/CIMBClicks/RHBNow etc dan terus transfer RM1, minimum, instead of share and like semata. Kalau dapat menyumbang lebih banyak, lebih baiklah. Kita buat setiap hari. Ya jumlahnya sedikit, tapi kalau semua pengguna Facebook di Malaysia contohnya 50,000 orang buat perkara yang sama serentak, dengan hanya RM1 setiap orang maka RM50,000 dapat dijana setiap hari, banyak nyawa dapat diselamatkan, banyak keluarga akan memperoleh manfaatnya. Sedekah, walaupun RM1, tapi istiqomah setiap hari. Jom?

3. Bersyukur atas rezeki rezeki lain.

Selain rezeki kewangan dan kebendaan. Yes, benda ini yang aku perlu sangat tetapkan dalam hati. Kadang kadang rasa macam dah buat sehabis baik dah, dah jaga solat, dah bersedekah, tapi financially still tak improve. Kita lupa nak pandang rezeki rezeki lain. Anak yang sihat dan bijak, kesihatan diri sendiri, dilindungi dari malapetaka (kemalangan, bencana alam, fitnah dan penganiayaan dari manusia lain, etc.), keupayaan untuk bekerja, suami yang rajin membantu, even rakan sekerja yang baik baik... semua itu rezeki. Kita mungkin miskin harta, tapi mewah dalam perkara lain. Cuba untuk bersyukur, syukur dan syukur. Sejujurnya, cakap memang senang, tapi susah untuk dilaksanakan. I'm no angel, banyak kali tersasar. Merungut, mempertikaikan rezeki. Tapi alhamdulillah aku ada orang orang yang sentiasa mengingatkan; my family, my husband, my bestfriends. Itulah perlunya kita dikelilingi orang yang baik baik, sebab diri kita ini memang tak baik mana dan kita perlu sentiasa diberi peringatan sebegitu.


Okay 3 perkara dulu buat masa ini, again, biar sedikit tapi istiqomah. Aku pernah baca, kalau kita jaga perkara perkara ini, kita takkan lagi 'mencari' rezeki. Sebaliknya kita 'menjemput' rezeki. Mudah mudahan Allah tetapkan hati dan iman aku.


4 comments:

  1. Memberi saat kita pun kekurangan sgt membantu menjemput rezeki...

    ReplyDelete
  2. moga semua kesulitan dipermudahkan Allah ye :)

    ReplyDelete
  3. Setuju..sbb kita pernah alami benda yg sama ;)

    ReplyDelete