Monday, October 20, 2014

Bucket List #26: Donate Blood

HAHAHAH lagi berapa bulan nak masuk 30 tahun baru teringat banyak gila benda dalam Bucket List yang belum fulfill lagi. I'm such a hot hot chicken shit, always do things halfway *sigh*.

Jadi bila dengar office ada buat Kempen Derma Darah, tiba tiba rasa terbuka hati nak cuba. Maybe it's a sign. Maybe it's about time. Sepatutnya... tak perlu takut derma darah ni, macam one of my reader cakap, I've gave birth! Dah pernah bersalin, dah rasa sakit yang paling sakit di dunia! Apalah sangat derma darah ni kan.. Sepatutnya macam itulah. 

But the thing about blood donation ni.... aku tak berani bukanlah sebab takut akan kesan kesan sampingannya; ada orang cakap nanti pengsan, ada orang cakap nanti gemuk sebab blood donating ni menaikkan selera makan, ada orang cakap nanti rambut tak sihat sebab badan tak cukup darah, tapi.... aku takut jarummmmm! Sakit bersalin tu memang dah takde pilihan, derma darah ni kita ada pilihan nak buat atau tidak T__T 

Anywayyyyss.

Aku pergi juga. Ini kali kedua office aku anjurkan benda ni. Bagus office aku ni, organize blood donation lah, marathon lah, ESOS lah, kalau boleh bagi bonus tiap tiap tahun lagilah bagus. Kuikui.

Ingatkan pergi, bagi darah, dan masuk office terus, dalam fikiran aku 15 minit top boleh siap kot. Sebab aku kan busy, kerja punyalah berlambak. Sekali, punyalah banyak prosesnya!

First, isi form. Dalam tu kena letak semua details kita mostly concerning our health. Pernah pergi negara yang berwabak dalam masa setahun ni ke tak, pernah tercucuk jarum dalam sehari dua ini ke tidak, ada ambil ubat ubatan ke tak, pernah berhubungan sex lebih dari seorang ke tak, pernah melanggan pelacur/pasangan pernah melanggan pelacur ke tak... scarynya soalan. Masa jawab soalan tu dalam hati aku fikir kalaulah memang ada golongan di atas ni tipu ke, boleh ke dia trace eh? Of course la kena ada cara yang boleh detect darah kita bersih atau tidak kan? Well maybe there is.

Step 2, check kumpulan darah.



Ni aku seram. Aku memang seram bila kena tebuk 'tapp' kat jari tu berbanding cucuk urat. Sebab jari kan receptor dia lebih kuat, berdebarlah masa ni. Aku darah jenis apa? Dah nama pun pelajar cemerlang, mestilah darah jenis A! Kehkeh. Masa ini juga ada 2-3 lagi ujian lain dilakukan, mungkin untuk tengok kebersihan darah kita. Photo credit to my colleague, sabar jelah dia ikut aku nak suruh ambil gambar punya pasal HAHA.

Step 3, check blood pressure, dan sesi kaunseling. Dengar macam kelakar je nak derma darah pun kena jalani kaunseling. Rupa rupanya masa sesi kaunseling inilah dia akan minta terus terang kalau kita ada penyakit, atau pasangan kita pernah jalani seks rambang--perkara perkara yang disenaraikan dalam borang yang diisi pada awal awal tadi. Masa ini juga akan dijelaskan kesannya kalau kita dermakan darah yang tidak bersih.

Step 4, buat buku merah. Juga kita akan tahu berapa banyak darah akan dikeluarkan dari badan kita. Aku punya 350ml, dalam fikiran aku membayangkan oh jumlah itu lebih dari separuh botol air mineral saiz kecil. Okaylah tu.



Kemudian, tunggulah giliran. Borak borak dengan ada sorang mamat dari department lain ni, dia cakap kalau kita pernah menderma darah, in future bila kita memerlukan darah, kita akan diberi keutamaan berbanding mereka yang tidak pernah menderma. Hohh? Betul ke macam tu?

Dannn tibalah giliran.

Mula mula dia bius dulu pada urat lengan. Ni aku tak tipu, memang sakit. Or mungkin toleransi aku pada kesakitan agak rendah berbanding kamu semua. Kemudian, dia cucuk jarum untuk alirkan darah, besarrr jarum tu! Jarum paling besar aku pernah kena hahah. Tapi langsung tak sakit, sebab dah bius dulu kan. Dan aku disuruh pegang benda something di tangan dan pam untuk alirkan darah keluar. Kalau pening ke apa, kena cepat cepat bagitahu.


Dalam 25 minit kot baru penuh bag 350ml tu. Okaylah juga. Selesai bagi darah tu, dapat goodie bag yang dipenuhi air dan makanan manis, juga ubat tambah darah. Alhamdulillah tak adalah rasa pening, mual dan sebagainya. Cuma bila dah kat rumah baru ada rasa pening sikit kalau berdiri mendadak daripada posisi duduk. Which is normal, I  supposed.

Overall, it was a great experience. Bila dah cuba sekali, rasa macam nak buat selalu pula. Tapi kita hanya boleh menderma darah selang 6 bulan kan? Macam tak percaya dah pernah buat. Apalah yang aku takutkan sangat selama ini, I should have started earlier...

Anyway, Bucket List No.26, CHECKED! =)




8 comments:

MOMMYLIN said...

last derma zaman belajar... now tak menyempat je nak menderma... ihihih alasan sangat.

Unknown said...

tak pernah lagi menderma (ruginya)..macam seram....:)

ettyzukhair said...

xpernah derma sbb xboleh derma..ade penyakit suam2 kuku..thyroid..lagi2 zaman mkn ubat dulu..huhu..hasrat nak derma tu berbakul2 dah..siap pernah beratur panjang..skali xboleh..hampess

Husna Hadzarami said...

Hehe tak apa mesti ada chance lagi nak buat :)

Husna Hadzarami said...

Cubalah duluu. Tak cuba tak tahu. Kita dulu memang seram juga, bila dah buat rasa macam nak buat selalu je :p

Husna Hadzarami said...

Ala kesiannya. So how's the thyroid now? Tak apa Etty, it's the thought that counts ;)

aNgAh_aLiFaH said...

Rasenye selang 3bulan bole derma darah. Ibu Menyusu x digalakkan derma darah kan? Anyway, tahniah! Sy plak berjaya derma masa umur tepat2 19tahun. Celebrate bday kt tempat derma darah. Hihi

.: Si BungaKopi : . said...

Hehhe aku still lg check blog kau kenkadang. Aku pon pernah derma darah gak dlm 4 tahun lepas. Pengalaman yg best dan tetiba aku rs nk derma semuanya pas mati. Tp xjd sbb asyik ingat mati je stiap kali trnmpk kad tu dlm dompet aku. (kad yg blom diisi). Tp bagusla ingat mati kan? Hehe

Eh ko ingat lg x aku ni...
Blog aku dh lama x hidup.
Sj je jenguk blog ko ni utk amik inspirasi sikit.
Ingatkan kita sbaya sbb ko nmpak muda.
Dh nk masuk 3 series but still hot. :)