Tuesday, October 7, 2014

Bila Anak Kesemuanya Lelaki....

Tak tahulah aku patut rasa gembira atau bersedih, tapi nampaknya Adam Muaz juga sudah mula menunjukkan hanya berminat dengan Daddy sahaja T__T 

Ammar Yusuf memanglah aku sudah sedia maklum semua benda dia nak dengan Daddy. 

Nak susu yang Daddy buat je. 
Nak sleep sebelah Daddy. 
Nak Daddy basuh berak (best thing ever BAHAHA) 

Sekarang ni, disebabkan Adam Muaz menjadikan abangnya sebagai idola, dia pun asyiklah Daddddyyyyy saje tahu tak! 

Tengah main kat playground, Ammar Yusuf lambai lambai panggil Daddy, adik dia pun sibuklah lambai lambai panggil Daddy juga. Daddy turun beli roti canai bawa Ammar Yusuf, Adam Muaz pun huru hara nak ikut sama “Nak Daddy nak Daddy”. Bila Daddy drop Mummy depan rumah dan Mummy dengan Adam Muaz keluar kereta dulu sementara Daddy cari parking, terjenguk jenguk kepala dia pandang belakang sambil muka curious sebut “Daddy? Daddy?”. Macamlah awak sorang je ada Daddy -_____-"

Kalau dulu, adalah rasa sedih juga, tapi sekarang aku cool je. One of my aunties pun cakap “Eloklah anak nak dengan bapak dia, kau boleh rehat sikit, bagi bagi tugas dengan laki kau.” Haaaa betul betul. Takdelah rasa ralat sangat nak tinggal anak dengan Daddy while Mummy pergi spa ke, pergi hangout with my girlfriends ke, bolehkan D? :p

Lagipun, yelah anak dua dua lelaki (setakat inilah hihi), kena biasakan dari sekarang lah supaya bila besar nanti dia mula ikut kawan kawan, mula ada girlfriend, mula bekerja, berkahwin, aku takkan rasa lonely sangat bila anak anak tak call selalu *sobs*. Pernah borak dengan H pasal ni dulu, yang kalau boleh taknaklah harapkan apa apa sangat dari anak anak bila mereka besar nanti. Taknak harapkan duit gaji anak, taknak harap anak akan utamakan kita setiap masa, sebab pernah baca satu artikel tu, ibu bapa tak seharusnya mengharapkan anak anak balas jasa kita, sebab membesarkan anak anak ni dah memang tanggungjawab kita sebab anak itu adalah amanah dari Allah. Bila kita kurang bergantung dan tidak meletakkan harapan menggunung yang anak anak sepatutnya membalas jasa kita apabila besar nanti, mungkin kita akan kurang beremosi dan lebih bertenang di hari tua nanti maka hidup anak anak lebih berkat, yelah bila parents beremosi dan terasa hati dengan anak anak kan, hidup mereka akan susah. Tak seronoklah begitu. 

So kami nak kerja kuat sekarang, cuba keep fit jaga kesihatan, supaya tua nanti kami ada sumber kewangan yang kukuh dan kesihatan yang baik, supaya di kala anak anak mula membina kehidupan sendiri, kami bolehlah travel around the world berdua ke, habiskan masa pergi kuliah agama ke, join marathon ke (amboi makcik ni)… selagi boleh tidak mahulah susahkan anak anak. Seronok plan macam itu, but of course kita ni hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan kan…. 

Kotlah dalam 10-20 tahun ni aku tambah 4-5 orang anak yang semua perempuan ke…. Lain pula perancangannya :p


3 comments:

ily♥ said...

being in the same shoe...2 org hero..Tapi ikut angin jugak dierg ni. Ade masa nak dgn abi je. Ummi semu asalah, semua tak kena. Ada masa taknak lansung kat abi. Susu pun ummi je kena buat. Nak tidur pun ummi je kena tepuk. Abi tak boleh dekat lansung. Bila time anak2 nak dekat abi die je, mmg boleh rest sket. hihihi..

Mar Mansor said...

semoga saya dapat anak lelaki juga..

Unknown said...

To be honest, rasa jeles skit. Tapi sukaaaaa!

Sebab gi mana2 pun nak abah pegang. Lagipun, dgn keletah anak yg lincah ni akak rasa tak confident nak kontrol dia. Best thing bila keluar mana, harusssss ada abah dia skli. Mama jalan mcm big boss je laa hihi!