Thursday, October 23, 2014

Asas Agama

Ammar Yusuf selalu sebut mahu mengaji. Setiap kali nampak aku membaca Al-Quran selepas solat, mesti dia akan kata mahu mengaji juga. Bukan tidak mahu ajar, tapi belum sempat beli meja kecil yang sesuai, khas untuk dia belajar mengaji. Huh tak kukuh betul alasan, tapi memang aku mahu ada meja kecil atau paling tidak pun rehal (tak tahu betul tidak ejaan) yang dikhaskan untuk dia. 

Semalam sambil berfikir fikir mana mahu cari meja kecil itu, tiba tiba satu demi satu perkara menerjah di fikiran, tentang tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa. Dulu pernah aku berbual ataupun terdengar (tidak ingat yang mana satu) kata kata rakan sekerja (a Chinese lady) tentang menghantar anak ke pusat tuisyen. Katanya, dia hanya menghantar anak belajar untuk mata pelajaran yang dia sendiri tidak tahu/tidak cekap untuk ajar (seperti Bahasa Melayu), kerana baginya mengapa perlu hantar belajar untuk matapelajaran yang dia sendiri boleh ajarkan di rumah, seperti Matematik, English, dan sebagainya? Tidakkah ianya membazir? 

It occurs to me, that we usually send our children to extra classes outside, because we don’t have time for that, eventhough we can actually teach them ourselves. As compensation, kita sanggup berhabis duit untuk hantar ke kelas yang terbaik, demi memastikan anak kita tidak ketinggalan dalam pelajaran. Ironi sungguh, kita berhabis duit membayar orang lain untuk mengajar anak kita kerana kita kekurangan masa, dan kita kekurangan masa kerana bekerja mencari duit untuk membayar orang lain untuk mengajar anak kita. Can’t you see the cycle? Isn’t it funny? 

Sebenarnya sebulan dua kebelakangan ini aku sudah mula mencari tempat yang sesuai untuk menghantar Ammar Yusuf tahun depan, dan sekolah yang berkonsepkan Islamic Montessori memang sangat menarik perhatian aku. Tambahan pula apabila membaca review ibu bapa lain yang menghantar anak ke situ yang anak akan pandai membaca doa doa harian, belajar bacaan bacaan dalam solat, perkara yang merupakan RUTIN HARIAN KITA SETIAP HARI. Suddenly it hits me, semua itu adalah perkara yang sebenarnya kita boleh ajarkan sendiri di rumah. Apa sebenarnya masalah kita ni? Aku masih ingat dulu Mama dan Baba yang ajar aku mengaji, Mama dan Baba yang ajar doa makan, doa masuk tandas, doa tidur, doa masuk kenderaan, bacaan bacaan dalam solat; bukan hanya aku malah semua adik beradik aku juga. Kenapa aku tidak boleh buat perkara yang sama? Bukankah besar pahalanya untuk ibu dan bapa yang mengajar sendiri perkara itu? 

Pernah tak kita terfikir, selain kekangan masa, apa yang membuatkan kita tidak boleh mengajar sendiri anak kita asas asas agama? Sebab kita tidak yakin dengan diri sendiri, betul tak? Kita takut kita ajarkan benda yang tidak tepat, mungkin kita sendiri tidak tahu mengaji, mungkin kita tidak yakin bacaan solat kita itu betul. MashaAllah. Macam mana kita mahu anak kita jadi manusia yang baik, jika kita sendiri tidak peduli untuk memperbetulkan diri kita terlebih dahulu. Sepanjang aku membesar, banyak benda keagamaan yang aku boleh tanya Mama Baba dan dijawab dengan tepat tanpa ragu, tapi yakin ke yang aku boleh jawab sebaik itu jika ditanya anak anak suatu hari nanti? 

Kita mahu anak yang bijak, berjaya dalam pelajaran dan membanggakan kita sebagai ibu bapa, but at the end of the day, none of that matters, kalau anak kita tiada pegangan agama. Pentingnya asas agama semenjak kecil ni ya Allah. Jomlah kita perbaiki diri, belajar balik, betulkan balik apa yang kita ragukan dalam solat kita; pernah tak kita terfikir yang selama 29 tahun kita hidup ini, berapa banyak solat kita diterima, dan mungkin tidak diterima langsung? Aku selalu terfikir benda ini. Seramnya. 

Jadi, azam baru aku, aku nak cuba gunakan sedikit masa yang aku ada di rumah untuk mengajar anak anak aku, sebab aku rasa dengan mengajar orang lain, kita sendiri turut sama belajar sebenarnya. Perkara perkara asas, rasanya tidaklah terlalu susah. Doa doa harian, bacaan bacaan dalam solat, mengaji/membaca al-Quran (kalau boleh dengan tajwid yang betul)… boleh tak rasanya? Tak apa, kita cubalah perlahan lahan. Mengajar anak kecil yang otaknya menyerap seperti sponge, rasanya lebih mudah daripada melentur buluh. Kan? InshaAllah.


2 comments:

MOMMYLIN said...

btul.. lin pun terfikir gitu. tp betul la. komitmen di rumah mmg susah sikit. lin selalu mintak tlg hubby ajar anak mengaji... sbb kita nak masak.membasuh. bila siap semua kerja anak dah tido plak.

Suffizan Yahya said...

alhamdulillah..sgtttt setujuuu! biarlah walaupon sekecil kuman jek sehari tp biarlah berterusan hanya utk anak-anak :)