expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, October 26, 2014

Garu

Ammar Yusuf ni, kulitnya alahai sensitif benar. Peluh sikit, gatal. Pakai baju kain pelik pelik sikit, gatal. Belum masuk gatal kena gigit nyamuk lagi. Bila gatal, memang digarunya sepuas hati, sampai berparut kadang tu. Tak licin dah kulit anak aku. Nasib baiklah anak lelaki, kalau perempuan, terpaksalah bagi diskaun hantaran kahwin, tangan kaki berparut parut!

Semalam di rumah Grandma, cuaca panas betul. Sudah pasang penghawa dingin, masih lagi panas. Eh kenapa penghawa dingin, bukankah sepatutnya pendingin hawa? Takpe abaikan.

Nampak dia tergaru garu belakang, Mummy teruslah came to rescue.

"Abang gatal ke? Biar Mummy garukan. Kesian Abang," kataku lalu mengusap usap belakangnya. Usap sahaja, takkanlah mahu garu beria menggunakan kuku, buruklah berbekas nanti.

Bersungguh aku usap, sambil berkata "Kesian Abang, gatal ye.."

Tidak lama kemudian, tiba tiba dengar Abang mengomel.

"Garulah Mummy."

"Ni Mummy garu lah ni," kataku meyakinkan.

"Tu urut lah. Kalau garu macam ni, macam tiger ni" sambil buat gaya cakar cakar. Berderai ketawa semua orang hahaha.

Ingatkan Mummy usap usap tu lagi best, rupanya dia betul betul nak garu yang pakai kuku punya adoi sabar jelah budak banyak mulut ni T__T


No comments:

Post a Comment