expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 31, 2012

Kandungan Kedua


Jarang sekali I bercakap tentang kandungan kedua kan? Tidak excited kah? Oh bukaaann.. Sebenarnya masa first pregnancy hari tu keluarga terdekat telah menasihati bahawa ketika first trimester ini jangan dihebohkan sangat pasal pregnancy, elok diamkan dulu, sebab 3 bulan pertama ini adalah tempoh yang bahaya di mana risiko keguguran amat tinggi, sebab kandungan belum cukup kuat lagi kan. Tapi mak dah over-excited mana boleh nak betul-betul rahsiakan HAHA. So itu yang tak berapa nak bercerita, bagitahu serba sedikit sahaja. Dan Alhamdulillah hari ini dah genap 3 bulan, syukur dipanjang usia dan ditetapkan rezeki dan moga-moga terus sihat dan baik-baik sahaja hingga minggu ke-40 inshaAllah.

Okay dah alang-alang cerita, I cover semua sekaligus HEHE jangan marah. Entri ni panjang tau! Let's check it out..

Late cycle

My menstruation cycles adalah sangat teratur. Tak pernah lewat walau sehari pun. And as married woman, I  tend to keep track my cycles every month. Dulu henpon tak canggih, kena tulis dalam diari ataupun tanda di kalendar. Sekarang teknologi di hujung jari, download saja Apps macam ni, boleh keep track bila kita patut period, bila waktu subur, etc dengan lebih mudah dan efisyen.


I guna Apps My Days. Lebih kurang begini. Yang warna merah tu waktu kita akan didatangi menstruasi, yang warna kuning itu waktu subur. Nampak tak kat bawah sekali tu, tertulis 2 Day(s) overdue next period, memang masa tu lewat 2 hari je pun dah terus check HAHA nampak sangat tak sabar :p

Tapi, yang pasti, kuasa di tangan Allah. Rezeki Allah yang tentukan. I lewat sehari je. Disebabkan selama ini sangat teratur, maka lewat sehari pun dah excited semacam.

Dan hasilnya... Alhamdulillah.. terus peluk Ammar Yusuf, terus rasa nak manjakan dia puas-puas ;)


Tahun depan tambah seorang lagi berebut nak manja-manja dengan Mummy :D


Reaksi Suami

Sebenarnya kalau ikut perancangan, aku nak tambah anak sebaik sahaja habis pantang wakaka! Okay tak kelakar. Aku memang nak anak ramai dan rapat-rapat. Suami pula tak kisah anak ramai dan rapat tapi adik Ammar Yusuf ni biarlah lagi 2-3 tahun. Sebab lagi 2-3 tahun dia akan habis belajar. Lepas tu bolehlah kalau nak setahun sekali pun LOL! Puncanya, sebab dia masih sangat ralat dan masih rasa bersalah tak dapat teman I masa bersalinkan Ammar Yusuf dulu, and he feels sorry for Ammar Yusuf sebab most weekends dia ada kelas so tak dapat spend banyak masa dengan anak. Tapi itu perancangan mulut je lah, sebab kami tak ada pun ambil pil perancang/suntikan/IUD ke apa so apalah sangat perancangan sendiri ni kan HEHEHE. Masa baru tahu pregnant tu, berdebar-debar nak bagitahu Suami padahal kalau pregnant bukannya salah aku seorang HAHA. But knowing him as a kids-lover, I know dia mesti akan happy punya. In fact keterujaan dia tu melebihi aku kot, sebab awal-awal tu aku macam cuak tau. Hehe. Suami, awal-awal dah berleter macam-macam,

"First trimester ni jaga elok-elok ye Sayang, kandungan belum kuat lagi.."
"B take note la apa-apa kesilapan masa pregnantkan Ammar Yusuf dulu, pasal pemakanan semua. Belajar dari pengalaman." Malah setiap hari mengingatkan aku makan acid folic, vitamins, etc.
"B jangan lasak sangat, jangan stress-stress sangat, kena ingat B tu pregnant. Kesian kat Adik.." (sebab aku selalu lupa yang aku pregnant).

Suami.. adalah sangat supportive, and I'm so grateful to Allah that I am married to a guy like him. Being pregnant, aku adalah sangat cepat penat, tahu sajalah rumah tingkat berapa, office tingkat berapa, semuanya kena mendaki tangga. Kadang-kadang sampai rumah, macam tak larat nak layan Ammar Yusuf melasak main-main, Suamilah yang sentiasa memastikan Ammar Yusuf tidak kesunyian, memang Suamilah yang layan sampai dia dah mengantuk nak tidur baru dia bawa baringkan sebelah aku minum susu. Soal kerja rumah, usah cakaplah, syukur dianugerahkan Suami yang ringan tulang, terasa banyak perkara dipermudahkan.

Week 9


Reaksi Orang Yang Tidak Penting

Most people yang tahu the news, akan menunjukkan reaksi yang sangat positif. Tapi ada juga yang annoying bagi kata-kata yang tidak perlu seperti;

"Cepatnya pregnant, tak pandai budget ke?"
"Tak eloklah anak rapat-rapat, tak rabak ke bawah tu?"
"Kesiannya anak sulung kecil lagi, tak puas nak bermanja lagi."

Okay first, anak itu adalah rezeki dari Allah. Berapa ramai orang dalam dunia ini yang naaaaakkkk sangat anak tapi tak dapat, belum ada rezeki? Bila dah dianugerahkan tu, siapa nak tolak?

Then, inshaAllah, aku tahu badan aku ini macam mana. Kalau aku masih trauma, badan masih belum bersedia, of course aku akan bersungguh-sungguh ambil perancangan keluarga dan sebagainya. Bagi aku, sementara muda ni, sementara badan masih kuat bertenaga, inilah masanya untuk menambah ahli baru dalam keluarga. Takkan dah 35-40 baru nak sibuk bawa perut, sibuk nak sakit sana sakit sini (tapi tak tahulah kalau 35-40 pun aku masih pregnant lagi HAHA). Aku pun sebenarnya dah ada perancangan aku sendiri, by 33-35 dah boleh stop mengandung inshaAllah, tinggal nak membesarkan dan mendidik anak sahaja. Cun tak plan tu?

Financially, tidaklah kata sangat bagus kaya raya tapi inshaAllah masih mampu untuk menanggung seorang lagi anak. Sama juga seperti di atas, kalau kami rasa tidak mampu, sudah tentulah sejak awal lagi kami dah ambil perancangan yang sepatutnya. Sebenarnya semenjak awal perkahwinan lagi kami dah berbincang secara telus dan mengatur segalanya tentang kewangan. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan, segalanya sentiasa terkawal cukup makan pakai tak perlu bergantung atau meminta-minta dari sesiapa pun (melainkan Allah of course, that goes without saying). Janganlah persoalkan kemampuan kami, hanya kami yang tahu apa yang kami lalui. Lagipun setiap anak yang dilahirkan, memang ada rezeki masing-masing yang Allah dah tetapkan. Kita kena yakin dan percayalah. Ye tak?

Dan untuk Ammar Yusuf pula, memanglah bila ada adik nanti perhatian bukan lagi fokus pada dia seorang, tapi tak bermakna kasih sayang terus berubah dan dibeza-bezakan. I pernah baca somewhere, bila dah berkahwin dan ada anak, kita kena sayang suami/isteri 100%, anak pertama 100%, anak kedua 100% dan begitulah seterusnya. Itu yang kami akan cuba buat, it might be difficult but I don't think that it is impossible. Dan sebenarnya apa yang aku harapkan bila dah ada adik nanti, Ammar Yusuf ada lah teman bermain, bergaduh, belajar, bercerita, dan sebagainya. Sebab sekarang ni, dia suka betul kalau jumpa dengan orang baya-baya dia (padahal dia yang paling kecil sebenarnya -___-), dari situ nampak yang dia suka suasana yang ramai budak-budak, suka berkawan.. inshaAllah. Ammar Yusuf nanti sayang Adik ye!

InshaAllah lepas ni dah ada geng bermain, tak adalah kesian je main sorang-sorang masa Mummy Daddy tengah busy. Hehee busy.... :p

Setiap orang ada perancangan masing-masing, tahu kemampuan masing-masing dan tahu apa yang terbaik untuk diri masing-masing. Kau plan nak jarakkan anak setiap 5-6 tahun, atau kau memang nak anak seorang dua je, you may go ahead with your freaking plan tak perlulah nak question perancangan dan rezeki orang lain seolah-olah kau yang paling pandai merancang dan semua orang patut ikut cara kau. You're entitled to your opinion as I am to mine, so please have some respect. If you don't have anything nice to say, don't say anything at all.

Week 10

Alahan

Dulu masa mengandungkan Ammar Yusuf, I suffered a terrible morning sickness tau, setiap kali naik kereta pergi balik kerja mesti muntah, bangun pagi first thing akan pergi muntah dulu, gosok gigi, muntah lagi. For this pregnancy, loya-loya tu tetap ada cuma I sentiasa pastikan perut I tak pernah kosong. Sebelum pergi kerja WAJIB makan dulu kat rumah, or makan dalam kereta. Biasanya just makan roti macam tu, dan kalau dah takde makanan langsung, I akan lebihkan masak bubur Ammar Yusuf. Dah siap masak, masukkan portion untuk bekalan Ammar Yusuf dalam thermos, lebih tu I makan dengan kicap. Sedaaaapppp! So this pregnancy, tak berapa sangatlah morning sickness Alhamdulillah. Cakap pasal morning sickness/alahan ni, ada sesetengah orang tak mengalami alahan apa-apa, tapi husband dia pula yang muntah-muntah segala. As for me, I lagi rela biar I yang alami semua tu. Sebab I bila pregnant ni cepat letih, so sangat bergantung pada Suami untuk drive pergi balik kerja, tolong buat kerja rumah, tolong uruskan anak.. Kalau dia pun nak muntah-muntah, kan kesian dua-dua tak berupaya huuuu.. Tapi tak tahulah untuk anak ketiga keempat nanti macam mana pula, mana tahu Allah nak bagi dia rasa juga ke HEHE amboi ramainya nak anak :p

Week 11

Emosi

Terus terang, mengandung kali ini, emosi adalah sangat menakjubkan, tak adalah sensitif tak pasal-pasal, tak ada lagi ratu air mata. My hormone works very well Alhamdulillah, happy je rasa. Ceria je. Recently I watch What To Expect When You're Expecting, bagus cerita ini, elok kalau ditonton bersama suami isteri barulah orang lelaki ni faham apa yang dilalui oleh ibu mengandung hehe. Selepas menonton cerita ini barulah aku tahu, setiap orang akan melalui pengalaman mengandung yang berbeza. Bukan semua orang akan sentiasa glowing, dan bukan semua orang juga yang akan sentiasa miserable tak terurus. Terpulang pada diri masing-masing macam mana kita kawal hormon kita. Kadang-kadang bukannya pembawakan budak sangat, awak yang mengada. Eheh. Aku nak tergolong dalam golongan yang sentiasa positif, ceria, dress well and always embrace my own body. Aku percaya kalau emosi dan fikiran sentiasa baik, the glow tu akan datang dengan sendirinya tak perlu nak make up tebal-tebal pun. Dan hati yang tenang dan ceria tu mungkin juga disebabkan kita dah ada seorang anak, walau penat macam mana pun, balik rumah sentiasa ada penghibur hati, penenang jiwa. InshaAllah semuanya dipermudahkan.


Week 12

**********

Mengandung kali kedua, keterujaannya masih sama seperti anak pertama, cuma mungkin kali ini aku lebih tenang. Lebih compose. Tidak mahu berlebih-lebihan, tidak mahu terlalu bercerita. Lek-lek sudah. Fokus pada apa yang lebih penting, dan jalani hidup dengan lebih ekslusif. Itulah yang sebaik-baiknya :)


Week 13 

Alhamdulillah, habis first trimester! Dulu masa mengandungkan Ammar Yusuf, dekat 5 bulan baru nampak jelas perut, tapi yang ini, 3 bulan pun dah obvious baby bump. Kembar agaknya, kembar dengan lemak tepu :p


Til the next entry, Assalamualaikum!





22 comments:

  1. Congratulation!

    *jealous actually!*

    Semalam baru berbincang dgn tunang pasal perancangan anak. Hehehe. *tak sabar*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you! Haaa kahwin cepat! Best ada anak ni tau! ;)

      Delete
    2. Anda mencari pregnancy(UPT) dan Ovulation (OPK) test murah?
      Hanya RM1/pcs
      lawati blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

      Delete
  2. Jaga diri elok-elok Mummy ! Sebaya lah anak kita next year. HEHE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You too darling! Kalau anak I gegirl bolehlah ajak play-date dengan anak you. Hehe.

      Delete
  3. Congrats kak unaa! berseri-seri sangat tengok muka akak pregnant kali ni..jaga diri and baby baik2 yaa..semoga di permudahkan hingga saat melahirkan kelak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dik. Ala tak berseri mana pun sebenarnya, biasa-biasa je. Amiinn, semoga dipermudahkan segalanya inshaAllah :)

      Delete
  4. Ur face in the last photo, ada iras ur husband. Orang lama kata, muka suami isteri ada iras, insyaAllah panjang jodohnya - also my du'a for both of u. :)

    Btw, ni first time i baca komen orang yang first and second tu. Im a bit amaze of what people can say on things they dont favor. Ada je akalnya. Cakap benda baik je sudah lah kan. Hm. Macam-macam. Tapi i tak risau pasal u sebab i tau u tak amek pusing pun benda-benda macam tu :)

    Congrats again, husna! Hopefully, all goes well according to ur plans.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    we're in the same boat..hehe...sy dgn hubby pun konon plan nak anak ramai, dan mmg confirmlah x ambil ape2 perancangan lepas deliver 1st child.
    Now I'm 7 months pregnant of 2nd child. The moment I deliver my 2nd baby, my 1st baby will be 18months old. Org ckp cpt sgt. But to us, rezeki Allah nak bagi. Kalau xde rezeki, no matter how hard you try pun x lekat kan.
    Me too, kalau boleh by the mid 30s nak stop production. Kalau ada rezeki lagi terima je dgn rasa syukur..hewhew...My mom said, being pregnant in the age of 30s sgt different dgn 20s. Lagi cepat letih sbb our body pun dah main berusia kan..
    ANyhow, congrats and take care...

    ReplyDelete
  6. kembar!! nor doa2 kembar..hehe
    okay kak take care ya bawak adik ammar ;)

    ReplyDelete
  7. tahniah ye husna...jg diri & baby elok2...pregnancy mmg best, akak pun menunggu nak pregnant balik, still trying hik! eloklaa pregnant ms muda ni sb klu dh lewat cam akak susah jgk..tp kehendak Allah tu kita xtau mcm mana kan? take care ye!

    ReplyDelete
  8. seronok baca kisah una...i pon mcm tu jgk ank sulung 1thn 8 bln dah dapat adik tapi i percaya itu semua rezeki kita ne boleh merancang je tapi alhamdulilah Allah bg kita rezeki anak nak banding org lain yg bersusah payah berusaha nk anak...rezeki masing2.Janji kita dapat jaga dan bimbing anak2 ke jalan yg benar!!

    ReplyDelete
  9. tahniah husna..i belum ada rezeki lagi..tga berusaha keras ni..smg semua selamat n sihat yea

    ReplyDelete
  10. congrtaz... i kalau bkn sebab czer dah lama dah join ur club..=)

    ReplyDelete
  11. Husna! omg ur so glowing! Kalau dalam What To Expect When You're Expecting, u adalah Brooklyn Decker hehe. And yeah, nampak perut mcm pregnant 5 months, but then i slalu dgr myn friends n family cakap second pregnancy and onwards perut akan appear besar drp 1st pregnancy =) but u look gorgeous n hot anyways! bout what ppl are saying bout ur 2nd pregnancy, just ignore lah the negative comments tu. like i always believe, people will always talk, anak rapat ke, anak jarak ke, semua pun nak condemn. as if we care about their opinion kan? yg penting, u and hubby are contented with ur decision. after all, it's ur family kan, not theirs. haha. i doakan yg baik2 for u, ur family n baby no 2. semoga Allah permudahkan segalanya for u... take care dear!!!

    ReplyDelete
  12. congratez kak una. suka sangat baca blog akak sampai malam kelmarin mimpikan ammar yusuf. heee take care :)

    ReplyDelete
  13. sonoknya..rs cam nak peknen lg...muka akak pun nmpk cute j dlm suma dlm peknen ni...suka la...seyes..lps bc entry nis rs nk peknen..sbb rndu pewot booolat...

    ReplyDelete
  14. cantIk laa bju akak yg "week 10" tu...hehe... tahniah :)

    ReplyDelete
  15. I've been meaning to say Hi! since i stumbled upon ur blog 8 months ago(time tu google pasal pumping in workplace - ur tips really realistic)..u r the 1st blog i've spent 5hrs reading all entries (tipu le semua, citer pasal anak je kot, yg lain browse2 baca yg menarik je - org tgh pantang, anak asyik tido, tatau nak buat apa, nak gerak lasak2 mak tak kasi)..anyway, i've been ur silent reader since then..oh, thanks for sharing abt My Days App, i byk donlod app of that kind, tp semua tak memenuhi citarasa..My Days got what i'm looking for..

    i might be 'older' than u, tp in term of motherhood, u lebih experience and i byk blaja from ur blog..ur experience terasa lebih dekat di hati since things that u shared here are what i experienced in my life too..at least jumpa gak reference point..takleh kawan kat luar, kawan kat alam maya ni ok gak, kan?

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Salam akak, congrate ! sukenye tgk akak . semoga bahagiaa :D

    ReplyDelete
  18. aah...bile peknan no2 ni mcm2 kite dok pk kan...financial la...ms kite peknan no.2 pon org dok komplen2...tp rezeki Allah tu kite x tau pe akn kite dapat...

    ReplyDelete