expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 19, 2012

Perkembangan Ammar Yusuf 14 Bulan

Dah lama tak cerita pasal anak kan? Banyaaaaakkk sangat nak cerita, tapi memang seriously tak ada masa, so memang apa-apa pun update di Twitter jelah senang dan pantas, eheh.

Okay. Kesayangan Mummy, at the age of 14 months, Ammar Yusuf masih belum berjalan dengan betul lagi. Dia menapak 3-4 langkah, jatuh, bangun jalan lagi 3-4 langkah, jatuh. Macam itulah dia. Kadang-kadang bila dah jatuh selalu sangat, dia dah malas HEHE, merangkak lagi senang. Ada juga dia bangun berdiri terus huru-hara goyang-goyang tangan kiri kanan nak dancing ikut lagu kat TV amboi! Mana badan nak stabil! HAHA. Aku tak risau pun, lek-lek je. Adalah hari tu risau sekejap fikir dia belum berjalan betul-betul lagi, bukan apa sebab bulan depan dah nak pergi Phuket, konon kalau dia dah pandai berjalan tak perlulah nak bawa stroller. Sekali baca blog ibu-ibu lain, kebanyakannya cakap kalau nak bawa travel ni seelok-eloknya bawa juga stroller walaupun anak dah pandai jalan. Sebab anak kecil ni cepat penat, cepat mengantuk. HEHE so dah tak ada apa nak dirisaukan dah.

Orang tua-tua cakap, anak kalau lambat berjalan, akan cepat bercakap. Kiranya dapat mulut dulu baru dapat kaki. Tak tahulah apa scientific explanationnya, aku pun tak adalah percaya beria. Cuma diperhatikan sejak Ammar Yusuf setahun hari tu memang dah banyak perkataan dia boleh sebut secara jelas. Tapi mostly perkataan yang satu suku kata sajalah HEHE. Bila dia nampak something yang dia tahu tu, dia akan terus tunjuk dan sebut..

Bird
Ball
Cat (ni dia siap bunyi nyaaawww lagi)
Dog
Bye-bye
Amiiinn
Nak! (kalau nampak makanan yang dia suka)
Allahuakbar (ni dia sebut "Abat" je sambil buat gaya takbir lepas tu terus "Amiiinnn". Amboi solat ekspress nampak??)

Apa lagi eh? Mummy pun lupa itulah update blog jarang-jarang banyak perkembangan dah tak dapat nak ingat dalam memori tua ni.

Setiap hari ada je perkataan baru, ada je new vocabulary. Ammar Yusuf juga dah kenal banyak anggota badan dan pancaindera. Tanyakan saja dia,

Rambut mana? Show Mummy your hair?
Dia akan tarik rambut halus dia.

Mana telinga?
Dia pegang telinga.

Mata mana mata?
Dia kelip-kelip mata. Hehe comelnya.

Perut buncit mana?
Dia tekan-tekan perut buncit dia :D

Siapa nama Muhammad Ammar Yusuf, angkat tangan??
Laju dia angkat tangan HAHA kadang-kadang belum habis soalan pun lagi :))

Kalau dia tak suka sesuatu, contohnya orang peluk dia kuat-kuat (akulah tu) ataupun gomol dia sampai rimas (akulah tu lagi), atau nak tukar diaper dia masa dia tengah seronok main (ini pun aku T__T), dengan muka muncung-muncung dia akan cakap, "Nanak la...". Sebab itu agaknya Ammar Yusuf lebih attached to his Daddy, sebab Daddy layan Ammar Yusuf lembut je. Tapi nak tidur, mesti cari Mummy juga. Itulah the power of being a mother. Tiba-tiba.


Being a boy, of course dia akan berminat dengan toys beroda ni. Kalau main kereta-kereta ni, memang dia akan berada dalam dunia dia jelah. Siap dengan bunyi enjin tuuuu... Kadang-kadang kereta bukan gerak sangat pun, bunyi je lebih -__-


Dan kalau kita kira satu, dua, tiga, mesti dia akan sibuk kira jari dia tapi berteraburlah kejap jari telunjuk kejap ibu jari HAHA. Bab ajar pancaindera dan anggota badan ni, aku memang perlu berterima kasih dengan babysitter dia lah. Bila ambil dia petang-petang, Kak Ha excited sangat suruh dia sebut itu ini perkataan baru yang dia dah tahu. Awal-awal dulu, rasa jealous juga. Ka Ha did a better job than me T__T Tapi sebenarnya aku kena bersyukur la kan, my son is really in a good hand. Recently dengar dia tengah in process ajar Ammar Yusuf sebut Subhanallah, Allahu Akbar... Kak Ha juga cakap Ammar Yusuf kalau Kak Ha bawa keluar rumah, nak masuk rumah dia akan sebut "Kummmm".. Anak Mummy bagi salam laa... :') Nanti inshaAllah I nak beli Iqra', or buku Alif Ba Ta tinggalkan kat rumah Kak Ha, sekurang-kurangnya sepanjang siang hari Ammar Yusuf dengan Kak Ha berlalu dengan pengisian yang bermanfaat kan? Siang belajar Alif Ba Ta, malam Mummy ajar English :') Dah besar sikit, Mummy nak ajar mengaji. InshaAllah, bab mengaji ni aku nak ajar sendiri. Besar ganjaran dia, satu ayat yang anak kita baca, yang mana ayat itu diajar oleh kita sendiri, azab kubur akan diangkat sehasta, sehasta dalam kubur ibarat langit dengan bumi. Tak salah aku. Wallahualam aku pun dah lupa. Dah tua ni banyak benda dah lupa :(

Ada orang kata jangan pressure sangat budak-budak ni, kecil-kecil suruh belajar itu ini, tapi bagi aku masa umur macam inilah otak dia macam sponge, yang mudah menyerap segala benda yang diajar. Masa inilah yang kita perlu manfaatkan sepenuhnya. Ala bukannya paksa dia duduk diam-diam baca buku dengan mak tunggu tepi pegang rotan ponnn, agak-agaklah -___-"

The way I see it, Ammar Yusuf (or I think most babies/toddlers) memang belajar daripada pemerhatian. Belajar daripada apa yang dia dengar. Dia selalu ikut perkataan yang kita sebut, mostly yang hujung-hujung la. Hari tu kat rumah Mama, Mama nak mandikan dia and say, "Let's go!" Dia pun excited sebut, "Go!" Hehe tiru! Maka dengan itu kami suami isteri memang sangat menjaga percakapan, yelah dua-dua pun berdarah muda kadangkala ada je terlepas bad words sekali sekala. Dan kami bercakap dengan Ammar Yusuf macam cakap dengan budak besar, means tak guna bahasa pelat baby-baby la. Biar dia dengar bahasa yang betul dan sebut benda yang betul.

Kenapa ada boboi join gegirl main masak-masak. . . . . T__T 
My angels with the gift I bought for Aina's birthday. Mula-mula dia tengok je Kakak Aina dengan Kakak Asha main. Tengok je anak-anak dara ni buat apa dengan periuk, senduk segala.

Bila dah tinggal sorang.....

Dia ambil periuk, berlakon tadah air kat paip, ambil senduk, kacau-kacau periuk.. dan suap masuk mulut.. T__T 

My boy... T___T 

Tak apa, biasakan dulu dengan periuk belanga ye, nanti dah besar boleh masak untuk adik-adik bila Mummy Daddy pergi kerja :D





10 comments:

  1. hehehee..comel je ammar yusuf main masak2 :)

    ReplyDelete
  2. wahhhh....bagusnya ammar!
    adam kalau taknak, geleng terus kepala...
    hihhi...

    ReplyDelete
  3. tulah dia husna, ive been waiting n waiting for ZA to say his words... so far cuma water, and no.. itu yang clear, other than mamma n dadda... i guess org tua2 kata budak cpt jalan lambat ckp maybe ada betulnya.. hehe. =)

    ReplyDelete
  4. i pun agree. my nephew jalan cepat, at the age of Ammar Yusuf, dia panggil orang "ugh ugh" je. but he communicated using his hand. now at 19 months dah bertambah la vocab dia, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. i agree. my nephew cepat "dapat kaki". when he was at Ammar Yusuf's age, dia panggil orang "ugh ugh" je but he communicated with us using his hand. nak main bola misalnya, tarik tangan kita lepas tu dia sepak bola. faham lah kan. now at 19 months, dah bertambah la vocabulary dia, alhamdulillah. :)

    go Ammar Yusuf! Nanti boleh ajak Daddy main bola~ (masa tu penat laa nak melayan. tapi best!)

    ReplyDelete
  6. hehe! ammar yusuf ni as always, cute sgt bila senyum...anak akak dua2 dh laju, macam mana kaki dia laju berjalan, macam tu jgk mulut dia laju potpetpotpet...tp yg clear dgar cuma abah, mama, bye2, tatau...

    ReplyDelete
  7. Ammar yusuf boleh geng dgn ameer..at age 14m mulut adalah paling meriah..jalan 3,4langkah jatuh..same2..bagus jugak cadangan u nk start iqra'..i pun nak buat jugaklah..time2 camni memang otak dorg paling cepat tangkap kan kan..

    ReplyDelete
  8. Rasa macam bru smlm je baca post akak msa bsalin. Cepatnya masa berlalu. Congrats kak, baby akak mmg cute. And all the best for the 2nd baby. :D

    ReplyDelete