expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, October 25, 2012

Bucket List #3: Own A House

6 tahun lepas, ketika kami berada di Semester 1 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, kami sahabat baik 6 orang telah dikejutkan dengan berita buruk. 

Semester depan anda tidak layak lagi menduduki kolej kediaman, sila cari rumah sewa sekarang juga. Padan muka uols.

HAHA ayat nak drama je, padahal memang dah pakat beramai-ramai taknak pergi aktiviti kolej sebab dah planned next sem tu nak duduk luar. Barulah bebas keluar tengok midnight movie dan tak perlu lagi nak pergi ko-op pun kena pakai ikut sahsiah rupa diri UiTM amboi buruknya akhlak. Okay sambung. So masa cuti semester aku dilantik (or maybe self-appointed) sebagai tukang cari rumah sewa. Masa belum cari tu rasa macam senang, because, you know Shah Alam, bersepah-sepah iklan rumah sewa di batang pokok, tepi 7-Eleven, dinding bus stand dan sebagainya.

Turned out, I was wrong big time! It was damn hard for God sake!! Dah jumpa yang sesuai, terlambat sikit bayar booking fees (yelah kami berenam semuanya berjauhan ingat senang ke nak contact kumpulkan duit), esok call orang tu cakap dah ada orang placed booking. Kalau di kawasan Seksyen 7 tu memang sangat-sangat hot-cake berebut-rebut orang nak. Yang tak ada orang rebut-rebutkan, jauh hujung dunia duhh siapa nak duduk Seksyen 17-26 semua tu? Plus kami masing-masing tak ada transport hanya mengharapkan teman lelaki sahaja untuk jemput dan hantar ke kelas hewhewhew. Serius susah sangat nak cari rumah sewa ketika itu, kalau lambat place booking or bayar deposit, esok dah ada orang sambar. 

Ketika itu, hati kecilku berazam dengan penuh tekad berapi-api, "Serius dah kerja nanti aku nak beli satu rumah kat area Seksyen 7 ni lepas tu letak sewa tinggi-tinggi sebab tinggi macam mana pun mesti ada juga orang nak sewa, SERIUS SERIUS!!"

........................

Several years later, aku mendapat panggilan yang paling dinanti-nantikan from my property agent, 

"Husna, ada satu rumah orang nak jual. Kat Shah Alam Seksyen 7 blok sekian sekian, harga RM100k++ sekian sekian.. Dah ada penyewa dan diorang bayar sewa sebulan sekian sekian. Nak tak?"

I terlompat kegirangan sambil membuat aksi chicken dance padahal tengah memasak masa tu. Tapi taklah terus setuju. Kenalah minta restu Suami dulu, minta pendapat, minta izin, tanya pengalaman Suami, banyak benda belajar dari Suamilah sebab dia pun pernah beli rumah juga.

Okay sekadar berkongsi. Kalau you guys plan nak beli rumah, you kena ready at least 14% daripada harga rumah, bukan setakat 10% downpayment. Ini I beli dari owner, bukan dari developer. Dan ini adalah pengalaman I lah, orang lain mungkin berbeza pengalamannya, mungkin lebih mudah dan mungkin juga lebih renyah. Yes, 14% tu termasuklah downpayment 10% dari harga rumah, legal fees for bank loan, MRTA and such, and also legas fees for Sales & Purchase (S&P) Agreement, etc. So katakanlah rumah you harga RM100k, you kena ready at least RM14k untuk selamat. I pun baru tahu. Ingatkan cukup sekadar ready 10% downpayment je, silap rupanya. Menggagau korek habis semua simpanan, nasib baik tak korek tabung duit syiling sekali LOL!

Pasal downpayment tak perlu risau, sebab boleh juga keluarkan dari Akaun 2 KWSP. Tapi nak keluarkan tu, kena bawa S&P yang dah ditandatangan and other related documents, nak dapatkan S&P tu kena bayar dulu deposit. Faham tak? Means you still kena dulukan duit you untuk downpayment rumah, sign S&P, lengkapkan semua dokumen yang perlu, hantar pada KWSP, in a week KWSP akan terus masukkan duit dalam your account, means duit yang you dah dulukan tu you akan dapat baliklah. Ada juga my friend yang beli rumah, owner tu sanggup sign S&P without ambil downpayment dan tunggu sampai KWSP released duit pada dia, lucky him dapat owner baik tak perlu dia nak dahulukan duit. Tunggu je duit dari KWSP. Apa dokumen yang perlu for EPF withdrawal? Pergi je website KWSP, klik Ahli, at the left sidebar tu klik Pengeluaran, then Jenis-jenis Pengeluaran. Ada semua guidelines kat situ. Senang je. 

Sebelum buat semua urusan di atas, of courselah kena apply housing loan dari bank dulu, unless your Daddy is very the rich you want to pay cash la kan hee. Nak kena tengok juga you layak ke tidak untuk dapat housing loan, nak buat loan ni dia akan ambil kira semua your commitment, your higher purchase (hutang kereta), hutang credit card, or in case you pernah buat personal loan. Semua tu bank akan check tau, based on your record. Apa yang aku faham, jumlah ansuran bulanan rumah yang ingin dibeli tidak boleh melebihi 40% daripada gaji kasar kita. Hutang-hutang lain turut diambil kira. Di bawah adalah contoh pengiraan (mungkin tidak tepat dengan kadar terkini, boleh rujuk dengan bank-bank yang dipilih).


Kalau semuanya cantik, bayar kereta tiap-tiap bulan okay, tak ada bertangguh bayar hutang credit card, inshaAllah tak ada masalah untuk housing loan diluluskan.  Dah settle urusan housing loan, dah dapat Letter of Offer dari bank (showing that your application is approved) barulah boleh proceed dengan langkah di perenggan atas. 

It was essential to appoint a good lawyer, I agak bersyukur sebab my lawyer is quite okay la, cepat juga buat kerja, I submitted everything on May, by September dah siap dah. Macam my husband dulu makan tahun juga baru settle, tapi mungkin sebab rumah Suami tu rumah baru kot, I'm not very sure. Sampai mengamuk jugalah beliau dulu sebab dah nak dekat majlis kahwin rumah tak settle lagi. Kalau boleh selepas kahwin taknaklah menyewa, apatah lagi tinggal bersama keluarga. Macam mana nak bermesra bercinta di ruang tamu di dapur di ampaian kalau tinggal dengan keluarga HEHEHE diamlah.

Okay sambung. Dah settle urusan pembelian, dah siap tukar nama segala, aku set meeting dengan penyewa pula. Ini penting woh. Nak kena buat Tenancy Agreement baru, nak make sure after this diorang bayar sewa pada bank account I, lepas tu nak kenal muka sorang-sorang and nak dapatkan details everyone. Karang kalau korang lari tak bayar sewa, boleh aku tampal fotostat IC korang kat bus stop tulis WANTED. HAHA kejamnya, takdelah, of course I akan hold 2 months rental as deposit in case of anything, yeah we never know. Masa student dulu I pun kena macam tu juga, bayar advance 2 bulan sewa as a guarantee. Fair and square la.

My tenants, setakat baru sekali jumpa, nampak macam budak-budak baik. Sebelum datang konon plan nak buat-buat garang, biar dia orang takut, biar dia orang fikir banyak kali before nak buat bukan-bukan kat rumah I. Sekali bila jumpa, alahai sweetnya masing-masing, masuk-masuk rumah salam cium tangan kowt. Mostly lahir 1993, baya-baya Oyah je ni. Mengikut kata previous owner, budak-budak ni tak banyak masalah, payment cantik, takde buat bukan-bukan.. Harap-harap semuanya okay la dengan owner baru yang garang ni kehkeh. Rumah tu dah fully furnished, siap dengan washing machine, fridge, kabinet dapur, TV, katil, meja study segala. Oh anyway I buat sendiri Tenancy Agreement, my boss bagi contoh yang dia buat untuk rumah sewa dia so I just tiru, tukar nama, date, harga sewa dan lebih kurang je. Lepas budak-budak tu dah sign, just bawa pergi LHDN untuk matikan stamp. Kena bayar sikit rasanya, like RM80 macam tu depends on berapa harga kita sewakan. Aku tak pergi LHDN lagi, tak ada masa. Kalau kau nak suruh agent or lawyer buatkan Tenancy Agreement tu, dia akan charge kau harga sebulan sewa rumah kau. Gila, kerja senang je kot!


Nama penyewa dan alamat haruslah dirahsiakan, nanti tak pasal-pasal ada lelaki gatal pergi mengendap anak-anak dara ni aku pula yang kena bertanggungjawab. 

Alhamdulillah, memang dah lama aku berangan nak ada passive income macam ini. Susah-susah sekejap awalnya, dan kemudian boleh nikmati habuannya setiap bulan tanpa bersusah payah lagi. In future, manalah tahu jika ditakdirkan tiba-tiba aku jobless, at least adalah juga sedikit monthly income untuk terus bayar ansuran kereta dan hutang PTPTN tak perlulah nak bebankan Suami dengan hutang piutang kita. Kesianlah dia, dia pun ada hutang belajar juga, ada hutang kereta juga... nak tanggung anak-anak lagi.. I ada planned dengan Suami nak beli tanah, kemudian bina beberapa buah rumah yang kecil dan simple atas tu (something like quarters), dan sewakan pada orang. Best kan plan tu? Tapi lambat lagi kot, with the cost and everything kan. Mungkin Bucket List before I reach 40 ke :p Lagipun currently we're saving for our second home, rumah atas tanah pula sebab sekarang kan rumah tinggi. Rumah kedua ni mungkin hak milik bersama, letak nama dua orang. Itu perancangannya lah. Seronok plan-plan macam ni dengan suami, berangan kan free? Hehe, asalkan bukan angan-angan kosong. Selagi ada kemahuan, mesti ada jalan, inshaAllah. Sentiasalah yakin dengan rezeki Allah, fokus pada apa yang kita dapat berbanding apa yang orang lain dapat. Barulah boleh lebih bersyukur :)

So now....... I officially own a house under my name!! Alhamdulillah.. Bucket List No.3, checked!







4 comments:

  1. bestnye dah ada aset sendiri time muda2 ni kan kak husna..
    tapi part cari rumah sewa tu mmg disaster giler... wani round sek 2 n sek 7 semata2 nak cari SEBUAH rumah..xnak sewa bilik sbb kitorg 12org..so kena rumah besar la!tapi untungnye, mmg slalu dpt umah besar gile..3 tingkat lgi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan??? Disaster betul sampai boleh bergaduh dengan oranglah. Bil telefon pun mencanak-canak sebab asyik call sana sini je. Area situ nampak macam banyak rumah sewa, tapi sekejap je iklan dah orang ambil.

      Delete