expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 24, 2012

Aidilfitri 2012 - The Best

Assalamualaikum, hai semua!

How's Raya treating everybody? Well, I must say, Aidilfitri kali ini merupakan hari raya yang sangat bermakna untuk kami, untuk aku terutamanya. Bestlah. Indah sangat rasanya. Kita cerita sekali lalu jelah ye, dari raya pertama sampai keempat. Empat hari sudahlah, buat hal pula nak update cerita raya sampai 30 hari.

Raya Pertama

Well, tahun ini dimulakan dengan beraya bersama keluarga Suami di pagi raya. Or at least, that was what we actually planned :/ Sebab end up sampai kampung Suami (at Kajang -__-) LEPAS ZOHOR kot. Yelah anak bujang sepanjang pagi tu meragam bukan main, dia batuk-batuk hari tu yang mana kemungkinan besar puncanya adalah sebab aku setiap hari minum ais sepanjang bulan Ramadhan. So take note please breastfeeding moms, when you've decided to breastfeed, it means a full commitment. Makan minum segala kena jaga tahu! Okay tak apa, lesson learnt. Dah dia meragam tu, nak berkepit dengan Mummy saje langsung taknak dengan Daddy dah mana nak berkejar masaknya, mana nak layan dianya, mana nak packed makanan untuk bagi mertuanya...

Oh, I cooked soto ayam for raya hihi. 


Siap dengan bergedil daging. Nothing fancy pun, sebab kalau nak diikutkan soto la yang paling senang masak tak payah nak bersantan segala hewhewhew.

Dah siapkan makanan, siapkan anak pula. Kemudian nak kena siapkan Suami lagi. Wahh terasa superwoman pagi itu ini baru anak seorang dah kelam kabut macam mana nak anak 8 seperti yang dirancangkan?? Tak apa, kelam kabut itulah yang manis sebenarnya, pengalaman pertama beraya sebagai isteri dan ibu. Puas hati jugalah dapat siapkan semua, walaupun timing lari sikit. Eh lari banyak kot :p


Our big happy family. Gambar diambil dari instagram adik ipar ;)


First family potrait. Sebenarnya aku taklah segemuk seperti dalam gambar. LOL why suddenly so defensive??

With all my sisters-in-law whom I loved very dearly. Me and them, are like real sisters, you can see how we resemble each other kan? Nak rapat dengan ipar duai ni senang je, treat them like your real sister/family. If any of them did something wrong, I tegur as how I tegur Oyah, kami bergurau sama macam I bergurau dengan Oyah, cuma mungkin dengan Oyah lebih kasar la kot yelah kenalah sesuaikan dengan situasi. Oyah tu dah memang kasar sikit, adik-adik ipar I masing-masing alahai lembut je. Sometimes I get to know their updates better than my husband, sebab diorang lagi kerap berSMS/WhatsApp dengan I rather than their own big brother haa move away Sayang, I'm your sisters' favourite person now LOL. Taklah. My husband is rather strict (garang tau dia ni dengan adik-adik), and obviously he's a guy. Girls kan lebih selesa bercerita dengan girls juga kan? ;)


Tengok muka anak bujang I, manis je senyum padahal tengah cranky masa ni. Actually masa datang tu lengkap je bersampin (ke samping) bersongkok segala, tapi rasanya tak sampai 5 minit dah buka kot. Dia rimas. Masa kecil dulu boleh je pakai snow cap bagai, dah besar dah pandai capai, cepat je dia cabut songkok dia.

Haa ini jelah gambar dia lengkap bersampin bersongkok yang aku sempat snap. With Mummy Nadia. Tu pun dah dicabut songkoknya. Hadoii.

Selesai beraya dengan keluarga Suami, kami bergerak menuju rumah Mama pula in the evening. Kan dah cakap best kahwin dengan orang dekat ehehh ;)

Raya Kedua

Seperti yang disebut dalam entri sebelum ini, raya kedua kami akan ke Batu Pahat untuk majlis pertunangan adik teruna aku. Hmm.. dah besar dah Man ni, dah nak kahwin dah eeee tak malu nak tawen :p

Bila travel secara konvoi beramai-ramai (4 buah kereta), WhatsApp Group made easy.


It gets too hilarious I can't even focus on the journey, thank God I'm not the one who drives. Thank God my husband loves his new car very much he won't even allow me to drive T_T. Rugi orang takde smartphone, tak dapat bergosipan adik-beradik (sindir Oyah kehkeh).

 Kat R&R Ayer Keroh. Budak rambut blonde ni pantang kereta berhenti, terlompat-lompat dia tunjuk-tunjuk stereng. Ingat kita stop sebab nak tukar turn bagi dia drive agaknya -__-


Depan rumah pengantin perempuan. Eh bertunang pun kira pengantin ke? Belasah jelah. Kami dah sepakat masing-masing pakai turquoise, tapi biasalah kalau majlis-majlis macam ni memang kaum wanita jelah yang semangat beria ikut tema. Yang lelaki ikut tema itupun gara-gara paksaan HAHA. 

Dari kiri: Lah, Matda, Man (yang bersongkok nampak kecil di belakang padahal besar badak), si cantik manis, Aina, Ammar Yusuf and Daddy kat belakang Aina, Oyah, Kakak, Imran, Ikhsan, Irfan, Kakna dan Asha. All of our siblings are here, except Abang Saiful. Tengah park kereta agaknya. Gambar diambil dari Facebook abang pengantin perempuan, thanks! Really love this photo :')


All my sisters with my brother's future wife, Dila :)


Gambar penantin. Hihi ambil dari Facebook abang Dila juga. Man dah tahu Dila pakai pink, dia nak juga pakai blue kalau tak dah boleh nikah terus dah ni warna baju tak sama tak bolehlah nikah LOL big deal. 

Daripada Batu Pahat, kami terus ke Johor Bahru melawat saudara mara Suami di sana while the rest of my family beransur pulang ke Kuala Lumpur. Konon jelah nak pergi Singapore, kononnnn jelahhhh sekali pasport tak bawa kononnnn jelahh. Tak apa, big deal sangatlah pergi Singapore tu, lain kali pun boleh pergi ye dok?

Raya Ketiga

Penatlah nak bercerita lagi. Layan gambar sudahlah ye.

Kata dah big boy, ni kenapa manja dengan Mummy lagi ni?? :p


Galok deh mu ni. Ni dekat rumah cousin Suami. Nampak tak botol air tu? Mana-mana pergi WAJIB bawa sebab budak bertuah ni sangat kuat minum air masak. Good, good. Boleh kasi cuci itu kidney since raya ni budak bertuah amboi bukan main makan soto lodeh segala. Grandpa panggil Ammar Yusuf, Ammar Lodeh sekarang sebab sangat suka makan lodeh LOL. Awal-awal tu risau juga, yelah makanan sedap-sedap semua itukan ada garam dan segala mak nenek bahan perasa, nanti bagi pressure kat kidney dia yang masih kecil tu untuk tapis, tapi dah dapatkan consultation dari Kakna, and Kak Ita (both are doctors), boleh je bagi tapi berpada-padalah. Plus he drinks a lot of plain water, inshaAllah okay ;)


Kan dah kata, dia memang kerap minum air. Dan kerap buang air juga. Cepat je diapers dia berat. And mungkin disebabkan banyak minum plain water juga Ammar Yusuf tak pernah ada masalah buang air besar. Senang je berak. Alhamdulillah la. Harap-harap kekerapan dia minum air masak ni tak bawa apa-apa kemudaratan.


On the way balik KL tu, kami sempat singgah di Johor Premium Outlet (JPO). Kalau jenis shopping barang branded habis, tempat ini akan menjadi sangat menyeronokkan untuk anda. Tapi aku kan average saja, so rasa biasa-biasa jelah. But based on apa yang aku nampak, tak adalah murah sangat pun rasanya. Entah. Aku lebih berminat dengan barang anak je sebenarnya, so tengok kat butik Poney, GAP Kids, macam tak beza sangat pun harganya dari yang kat shopping complex biasa.


Eh tadi kata penat nak cerita suruh layan gambar saja?? LOL dasar suka bercerita.

Raya Keempat

Raya keempat datang rumah Mama lagi, sebab memang dah janji dengan adik beradik nak berkumpul pada hari raya keempat. Mama pun masak beria hari ini, raya pertama hari itu masa sikit saja ketupat dan rendang sebab adik beradik yang cemburu (read: Aku dan Kakna) yang beraya di rumah mertua tak bagi masak sedap hari pertama sebab kami tak ada LOL jahat betul. Mama biasanya hari pertama memang akan masak beria, memang kalau siapa yang tak ada tu rugi besar :D



Ammar Lodeh.

Bila dah berkumpul ramai-ramai ni, we do what we do best.. mercun!! HAA lupa terus azam baru taknak main mercun di kala sakit hati apabila berada di rumah sendiri anak nak tidur sekali berdetum-detum bunyi mercun lalu berkata pada diri sendiri, "Baru aku faham perasaan mak-mak lain bila aku main mercun dulu.. baru aku faham... aku berazam takkan main mercun lagi" Ah tak kemananya, mana meriah raya tak main bunga api dan mercun kan? Kahkah maaf zahir batin :p





Gambar semua diambil guna flash iPhone. Maka semua jadi mata hantu LOL. Boleh je nak edit gambar reduce red-eye tu, tapi tahulah akak kau ni, malas :p


Okay I think that's a wrap of my Raya story. Ada yang baca sampai habis tak?? Can't promise that there won't be anymore Raya stories after this LOL. I just love Aidilfitri. It's.. beautiful. Again, Salam Aidilfitri semua! Jemputlah datang raya kat rumah, but please bagitahu awal-awal, like a day before. Unless kalau awak nak tolong kita kemas rumah, beli barang masak, then tolong masak pulak, lepas tu buat air sama-sama heh heh.. Fridge kat rumah tu kecil je, kami hanya beli barang untuk terus masak tak ada simpan stok banyak-banyak macam kat rumah emak-emak kita tu. Tapi biskut raya sentiasa ada (setakat inilah), kalau nak datang berborak makan biskut raya saja, anytime silakan ;)

'Til the next entry, wassalam ;)




8 comments:

  1. selamat hari raya maaf zahir batin kak si cantik manis. haha

    ReplyDelete
  2. fuhhh..saya baca sampai habis entry ni..hehe..
    nak datang rumah..*tetibe*

    ReplyDelete
  3. Akak bace sampai abis!! Ske tengok gambar ammar lodeh yg baju kunin tu..his sooooo chomey kan..geram la! Selamat hari raya husna!!

    ReplyDelete
  4. Terliur akak tgk soto tu....cute jer ammar yusuf dgn sampin...eh, thn ni ramai sungguh berbaju biru kan kan kan...hihi!

    ReplyDelete
  5. huh....entry panjang yang best!
    selamat hari raya husna

    ReplyDelete
  6. Saya pun baca sampai abes :D soto pun nampak sedap. Terliur. Hehe. Selamat hari raya aidilfitri kak. :) Bju kebaya eh? Lawa. ^_^

    ReplyDelete
  7. Tahniah diucapkan kepada yang membaca sampai habis HAHA. Uols memang kesayangan ai tau meh kiss sikit. Selamat hari raya! ;)

    ReplyDelete