expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 9, 2012

Zakat

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak share tentang zakat. Zakat pendapatan to be specific, sebab apa yang aku nampak, sangat ramai yang tidak tahu, tidak faham, atau tidak mahu ambil tahu tentang zakat pendapatan ini. Memang kalau kita baca, banyak betul percanggahan pasal kewajipan membayar zakat pendapatan ini, ada yang kata wajib, ada yang kata tak wajib. Ada yang kata wajib untuk kategori tertentu sahaja. Ada yang kata siapa yang bekerja di negeri tertentu sahaja wajib bayar zakat pendapatan (macam tu pun ada??). Well, aku nak ulas panjang lebar pun tak berani yelah apalah sangat ilmu agama aku. Nak nak kalau kita hanya bersandarkan ilmu dari internet sahaja, bukan dari sumber yang lebih diyakini. Tapi walaubagaimanapun, yang penting;

1) Zakat merupakan salah satu rukun Islam. Maka tak perlulah kita nak persoalkan rukun Islam.
2) Gaji aku setiap bulan ditolak income tax, kenapa kita nak terus bayar income tax sedangkan ada pilihan yang lebih baik, iaitu membayar zakat? Sekurang-kurangnya zakat itu akan disalurkan kepada umat Islam sahaja, berbanding income tax.

Tahukah anda, jumlah cukai pendapatan yang ditolak dari gaji anda itu boleh ditukarkan kepada zakat? Means instead of cukai pendapatan, kau convert jadi zakat pendapatan. Kau bayar zakat instead of cukai. Say NO to income tax, YES to zakat. Haa beria bagi 2-3 ayat padahal maksudnya sama sahaja.

Caranya senang saja, kalau kat tempat kerja aku ni kami buat macam ni. Download saja Borang Potongan Gaji seperti gambar di bawah.

Sebenarnya boleh je minta dari HR Department, tapi disebabkan kami berpuasa lemah gemalai dan masing-masing dah tua maka tak larat nak turun naik pergi HR Department di bangunan sebelah, kami download saja. Kalau download kena isi 4 salinan, kalau ambil dari HR boleh isi sekali sahaja sebab borang ni dia bagi in carbon copy. Untuk penambahan amount (sebab naik gaji naiklah income tax maka haruslah naikkan zakat) atau nak kurangkan pun (manalah tahu tiba-tiba kena potong gaji ke hewhewhew), kena isi borang yang sama juga macam kali pertama buat dulu. Ini di tempat kami lah, tak tahulah tempat kau orang macam mana. Borang boleh dimuat turun dari website pusat zakat negeri masing-masing kot. Ke semua negeri sama saja entahlah tak pasti pasti pula. Apa-apa pun untuk orang Kay Ellll, kalau kau tak jumpa nak download kat mana, cakap dengan aku nanti aku emailkan saja.

Isikan borang tersebut, submit pada majikan/HR. Mereka yang akan menguruskan segala prosedur pemotongan gaji itu dengan pusat zakat. Easy peasy, kat next month's payslip akan nampak dia dah siap-siap potong atas nama ZAKAT. Instead of income tax, dia tukar jadi zakat. Mudah je. 

"So kalau aku dalam kategori tak perlu bayar income tax, means aku dikecualikan dari bayar zakat ke weh? Means gaji aku tak cukup la kan weh?"

Well, ada juga pengecualian dan kategori dia. Islam itu kan adil. Sila klik LINK INI untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar mengikut gaji anda. Aku tak pastilah kalau ada rujukan lain, tapi bagi aku ini yang paling mudah untuk dirujuk. Cumanya, kalau rujuk di sini, jumlah zakat yang kita perlu bayar nampak macam sikit sangat. Contoh macam husband aku, jumlah tax yang ditolak dari gaji lebih tinggi dari jumlah zakat yang patut dibayar mengikut jadual ini.

Contoh: Jadual menunjukkan dia kena bayar zakat RM50 saja, sedangkan tiap-tiap bulan gajinya ditolak income tax RM100. So kalaupun dia bayar zakat RM50, gajinya still akan ditolak lagi RM50 sebab jumlah tax dia melebihi zakat. Maka dengan itu, dia terus jadikan RM100 tu sebagai zakat, walaupun dalam jadual tu cakap dia kena bayar RM50 saja. Faham tak? Ini contoh saja. Karang ada pula yang siap ambil calculator bagai untuk kira berapa gaji husband aku T_T

Kalau nak kira manual pun boleh, sebab kadar zakat adalah 2.5% daripada gaji. Boleh guna 2 cara.
1) 2.5% daripada gaji kasar.
2) 2.5% daripada baki gaji setelah ditolak KWSP, jumlah berapa banyak kita bagi parents setiap bulan, potongan Tabung Haji, jumlah anak, isteri dan lain-lain (ada 2-3 perkara lagi tak ingat pula, sila rujuk kepada yang lebih pakar).

Mana-mana cara juga dibenarkan. Tapi aku pilih untuk ikut jadual itu sahaja, asalkan jumlah potongan gaji untuk zakat melebihi jumlah income tax yang dikenakan ke atas kita. Jangan biarkan gaji kita terus dipotong untuk cukai, convert lah jadikan zakat. InshaAllah lebih berkat. Zakat itukan menyucikan harta.


"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (At-Taubah:103)


Itu sahaja setakat ini, please jangan ambil mudah soal zakat. Zakat itu hutang kita dengan Allah tau, sedangkan hutang dengan manusia pun dah berat hukumnya jika tidak dilangsaikan, apa lagi hutang dengan Allah? And please, kalau ada apa-apa maklumat yang tidak tepat, mohon diperbetulkan. Ada cadangan yang lebih baik, mohon diutarakan. Harap entri ini memberi manfaat kepada kita semua. InshaAllah. Thanks for reading!










7 comments:

  1. Pernah dgr ceramah ustaz azhar idrus. ada org tanya pasal zakat pendapatan wajib atau tak. Jwpnnya zakat pendapatan tak wajib, tapi, adalah lebih baik kita bayar zakat daripada byr income tax. Kita kena ingat, setiap rezeki yg kita dapat, bukan hak mutlak kita, ada bahagian org lain padanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah confusing sikit pasal wajib tak wajib ni. Cumanya kalau tengok di website Lembaga Zakat Selangor, ini dia cakap:

      Ia telah diwartakan pada 9 Mei 2002 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 yang berbunyi:

      i.Zakat pendapatan hukumnya adalah wajib ke atas umat Islam.

      ii.Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Selangor hendaklah membayar zakat pendapatan kepada Pusat (Lembaga) Zakat Selangor.

      Tak apalah, since kena bayar tax pun, why not jadikan zakat kan? ;)

      Delete
  2. Bayarlah zakat kerana ALLAH bukan kerana nak elak income tax.

    Bulan Ramadhan ni, yg menanggung keluarga jangan lupa tunaikan zakat fitrah sebelum (seboleh2nya) solat sunat 2 'Idulfitri.

    Juga ingat yg keluarkan duit KWSP utk tujuan2 study, rumah dll, 2.5% dr nilai yg dikeluarkan tu ada bahagian zakatnya.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Berzakatlah kerana Allah. Kena betulkan niat balik ni ;)

      Zakat fitrah, suami saya dah bayar untuk 1 family kelmarin. Thanks for reminding :)

      Delete
  3. thanx for this info...prefer zakat dr income tax btw....moga2 apa yg disumbangkan akan sampai pd yg berhak

    ReplyDelete