expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 14, 2012

Daddy's Birthday and Raya Plan

Kita mulakan entri dengan menatap gambar pengantin.


Kahkahkah. Motip??

So last Sunday was my husband's 29th birthday. Tahun depan dah masuk kategori tua, sebab dah ada angka 3 di hadapan hihi. But it's alright darling, you'll always look like an 18 year old boy. Birthday boy kan? Bagi muka sikit :p

Since I've bought something for him from Bangkok, so semalam sepatutnya pergi makan-makan sajalah. Kami simple sahaja, nothing extraordinary for birthdays, dah tua pun. Amboi kali kedua sebut perkataan tua. I ingat nak belanja makan buffet at any fancy restaurants/hotels ke.. namun ditolak beliau..

"Taknaklah buffet Yang. Muak dah laaa.."

Memang pun. Dah bosan dah sebenarnya, dah terlalu kerap makan buffet (most of them company yang belanjalah of course, takde maknanya kami selamba nak pergi makan sampai RM100++ seorang amboi. Baik beli baju raya.). Balik-balik benda yang sama juga dihidangkan. 

Punyalah konon-konon nak makan Chilis lah, Tony Roma's lah, tapi takde pula terfikir nak booking dulu ke apa selamba walk-in saja, datang pukul 6.30 petang ada hati nak walk-in kahkah memang jangan harap ada yang kosong, SEMUA FULLY BOOKED! 

Last-last.. Nando's saja T_T Itupun pukul 8.45 baru dapat makan T_T. Nando's. . . bosan gila kot, selalu sangat dah makan sini. Tak apalah, since we both dah super hungry and there's not many choices available, belasah jelah. 


Perangai baru budak bertuah. Berdiri atas babychair. Tak boleh duduk diam dah dia sekarang. Aktif kemain!


Bukan takat babychair je, dalam stroller pun dia nak berdiri! Inilah akibatnya kalau tak pakaikan seatbelt. Tau-tau dah macam-macam aksi. Hoi hoi siapa tengok benda kat belakang tu batal puasa :p

Bila dia dah macam ni, aku tolak juga slowly kot lah bila dah bergerak tu dia cuak ke apa. 

Sekali..


Takde maknanya! Makin seronok adalah. Geram je aku. Macam-macam akal dia ni sekarang tau.

Last-last dukungkan saja. Kalau ringan tak apa T_T 


Bila Mummy dukung.. serius je muka. Mummy kan garang, kalau lasak sangat Mummy rotan je. Haa takut tak???


Bila Daddy dia dukung, amboi bukan main happy lagi. Baguslah tu dua beranak ni.

Oh, semalam kami dah buatkan passport untuk Ammar Yusuf, heh heh senanglah nak pergi mana-mana lepas ni wahh cakap macam ulang alik oversea tu macam dari Puchong ke Kampung Batu je. Takdelah, memang nak kena buat pun, November ni kan nak pergi Phuket ;)


Dik, tutup mulut dik, masuk lalat nanti :p

Masa on the way to Jabatan Imigresen tu aku bayangkan mesti leceh budak bertuah ni nak duduk diam-diam ambil gambar. Sekali, satu kali snap je orang tu kata "Haa okay dah." Sekali je??? Memang pantang nampak kamera rupanya T_T

Raya kedua nanti kami akan ke Batu Pahat, adik aku (Man) bertunang. Alang-alang dah ke sana, inshaAllah akan terus ke JB melawat saudara Suami kat sana, and kalau ada kesempatan mungkin akan pergi Singapore. So far itulah perancangannya, tapi tengoklah macam mana nanti. Yelah, orang tak ada kampung kan. Tapi kami happy je sebenarnya, setiap kejadian ada hikmahnya. Dan hikmah untuk kami adalah tak perlu nak bergaduh bergilir balik kampung siapa, tak perlu nak bersesak kat jalan raya everytime menjelang hari raya. Bak kata husband, "Untung kahwin dengan orang dekat.." ;) 

Nikmat mana yang engkau dustakan?


Penyeri hidup saya. Budak rambut blonde gigi 5 batang yang banyak akal banyak mulut :')
Kalau cakap depan Daddy, mesti dia akan cakap, "Daddy tak penyeri hidup Mummy ke?"
Maka setiap kali puji anak terpaksalah pakejkan dengan puji bapak sekali -___-











3 comments:

  1. hehee comel je ammar yusuf ni ;)

    ReplyDelete
  2. :) sama lah amani dulu mcm nih,,,sabar ehh...

    nanti dah besar mcm amani lain pulak hiiiih

    ReplyDelete
  3. Hehe! Samalaaa kita, maknye garang bapaknya sporting...anak klu kena marah tuju kat bapaknya suruh pujuk mak....happy besday ammar yusuf!

    ReplyDelete