expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri



"Oyah, walaupun aku dah kahwin dan kau yang kena ambil segala tugasan aku dulu, tak bermakna aku tak perlu buat lagi semua tu. Dah kahwin lagi baaaaanyaaaaakkk kerjanya tahu!"

Raya tahun ini merupakan kali pertama yang benar-benar beraya sebagai satu keluarga. Tahun lepas kan aku masih berpantang, baju raya pun kirim beli dengan orang, baju raya anak tak ada pun yelah Ammar Yusuf pun haluusss je masa tu mana ada saiz, dan Suami siap recycle baju Melayu masa konvo diploma dia HEHE kesiannya.

So far persiapan raya biasa-biasa sahaja, biskut raya pun tempah belaka. Dulu kat rumah Mama watak akulah yang tukang buat biskut raya. Tapi sekarang oven tak ada, tapi bukan itu puncanya sangat, tapi masa yang tak ada sebenarnya HAHA alasan. Tengoklah lepas raya nanti beli oven ke, baru buat biskut. Yelah biskut raya selalunya dah hujung-hujung raya baru laku, masa hari pertama kedua orang lebih kepada nak makan ketupat lemang nasi impit kuah lodeh sambal sotong oh Tuhan meleleh air liurku. Eh alamak nak masak apa raya ni??

Baju Melayu Ammar Yusuf dan Suami sudah ditempah awal-awal lagi, dah lepas tu jenuh nak cari baju kurung yang sedondon. Cari baju perempuan lagi susah rupanya, so next year mungkin akan beli baju aku dulu baru hantar tempah baju both the boys. Tapi kalau tahun depan dah ada anak perempuan mungkin keempat-empat kami akan hantar tempah sedondon semuanya wahhhaa berangan tak apa tak kena bayar pun. 

Okaylah.



Selamat Hari Raya Aidilfitri to all my loyal readers. Segala salah silap, tersalah kata terkasar bahasa tersindir terkutuk ataupun tertulis sesuatu yang sebenarnya langsung tidak merujuk pada anda tapi anda terasa hati, dengan rendah dirinya saya memohon maaf. Saya sebenarnya takut sangat kalau ada di antara entri saya selama ini menjadi punca dosa saya bertambah-tambah walaupun saya dah mati. Please, forgive me.

Drive carefully ya, berayalah berpada-pada dan dalam keadaan penuh kesederhanaan. Take care semua, lots of love =)










7 comments:

  1. selamat hari raya kak husna dan family :))

    ReplyDelete
  2. ~ selamat hari raya buat husna sekeluarga..

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya buat kamu sekeluarga..begitu juga balik kg hati2 ya..agar semuanya selamat.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya utk Kak Una n family! ;)

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya una and family=)

    ReplyDelete