expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, May 14, 2012

Kesiaaan Dia...

Dulu, masa zaman bujang dulu, selalu sangat dengar Mama cakap, "Kesiaaannnn dia.. " tiap kali usap kepala Asha masa dia tidur. Oh, Mama memang jaga Asha dari baby. Masa tu, rasa macam pelik, kelakar pun ada. Sebab, macam tak ada sebab pun. Tiba-tiba kesian. Kadang-kadang tergelak-gelak aku dengan Oyah tanya Mama,

"Apa yang kesiannya Ma? Bukannya kitorang dera dia ke apa.."

Mama jawab, "Yelah.. Kesian dia.."

Laaa Mama ni. Itu je jawapannya? Apa yang kesiannya??? Elok je tengok dia tu, elok je makan main semua. Happy je dia. Apa yang kesiannya? Masa itu kami rasa Mama is just being an overly protective grandmother. Apa yang nak dikesiankan entah.

Until I have my own child.

Betul lah. Setiap kali usap dan cium kepala dia masa tidur, setiap kali kita renung wajah polos si kecil yang sedang nyenyak tidur, mesti akan tersebut di bibir, atau paling tidak pun mesti akan terlintas di hati..

"Kesiaaann dia.."

Now I really sound like my mother. Now I feel her. Now I got it, it's really an indescribable feeling, tak tahu nak explain macam mana.

Tapi hati memang rasa belas sangat setiap kali tengok dia tidur. Rasa macam.. kesian.

Entah.
Rasa macam singkatnya masa dia habiskan dengan kita setiap malam.
Rasa macam cepatnya dia membesar, tanpa kehadiran kita di sisinya setiap masa.
Rasa tertanya-tanya, cukupkah apa yang aku bagi pada dia. Cukupkah susu dia, makanan dia, permainan dia.
Gembirakah dia hari ini.. Selesakah dia.. Cukupkah perhatian yang aku berikan pada dia....




Mommies out there, biasa tak rasa macam tu?
:'(






12 comments:

  1. selalu dan sangat!
    especially bile anak sakit!
    aduh!
    kdg2 kite yg rasa sakitnya.

    ReplyDelete
  2. sangat biase dear.. mase anak tgh makan beria2, mesti i cakap.."ala..sian.." padahal budak tu makan selera jer..hikhikhik

    ReplyDelete
  3. Dont worry una i believe sume parents akan rasa camtu..kita pun klu tgk suri tido terus teringat time marah2 sayang dia esp skrg selalu menjerit kt dia sbb terkejut bila dia buat aksi2 stunt memanjat sana sini huhu

    ReplyDelete
  4. selalu dan hampir setiap masa. tambah2 bila teringatkan dia kat nursery tu, tengah buat apa lah.. ada tak kawan2 gigit/pukul dia ke. Huhuhu. Kesiannya sepanjang hari kena duduk situ. :'(

    ReplyDelete
  5. yes, tgk dia berpeluh2 pun ckp kesian dia, tgk dia terduduk pun ckp kesian dia. nangis sikit pun kesian dia... husna! i feel u!!! dah jadi mommy senang touching2 hehe

    ReplyDelete
  6. huhu! touching bila dia x sihat...tp klu dia melasak pastu gedebuk terlentang, yana biar je...taknak bagi dia manja2 sgt, nnt hubby jeles, haha!

    ReplyDelete
  7. so true!

    Kadang2 time Isa tidur, I pandang dia,usap2 kepala, pastu tetibe tercakap "Kesiaannn dia". Tak tahu lah apa yang dikesiankan, tapi tetiba terkeluar cakap macamtu. ^___^

    ReplyDelete
  8. samalah....setiap malam pasti menangis klu tgh menyusukan amani.lagi2 kalau amani tidur awal. sempat 2 jam jer dpat layan dia main..

    kalau weekend jer pasti setiap saat mesti layan amani sepuasnya..cover balik 8 jam setiap hari x dapat jumpa.tp setiap hari wajib cal dgr suara kecik amani :)

    ReplyDelete
  9. WAAAAAAAAA sedihnya baca komen ibu-ibu ni... Bergenang air mata dah :'( Betul lah, bila jadi mak-mak ni cepatnya nak touching...

    ReplyDelete
  10. selalu gak rasa macam tu, lagi-lagi bila terfikir.. dia cuma ada kita (husband n kita) n dia 100% bergantung dekat kita, kalau kita tak beri susu, hauslah dia, kalau kita tak suap, lapar lah dia, kalau kita tak tukar diapers, basah la dia.. sbb tu rasa kesian je tgk muka anak kan.. huhu..

    ReplyDelete
  11. Dont have to be a mummy. Aku sebagai kakak pun selalu rasa macam tu. Kesiaannya adik aku. Apa yg kesian pun taktau. Haha

    ReplyDelete
  12. Hahah! betul! Samaaaaaaa! Kalau Ayesha tidur lama, rasa macam kesian tengok dia tidur lama sangat. Sampai rasa sebak nak menangis tau! Padahal, elok je dia tidur.

    ReplyDelete