expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, May 23, 2012

OKAY JE

Bila jadi emak-emak ni, secara tak langsung, mesti akan ada sekali dua (atau mungkin untuk sesetengah orang, ianya berlaku setiap masa), di mana kita bercerita tentang anak dan kita memberikan pandangan, pandangan itu dibantah dengan ayat ini.

"Dulu anak aku tak payah buat macam tu pun, OKAY JE."

"Anak akak dulu 3 bulan dah makan pisang lenyek, OKAY JE besar sampai sekarang.."

"Anak Makcik sorang pun tak pernah minum susu badan pun, OKAY JE."

"Alah kau ni control sangat anak kau nak makan apa, dulu aku belasah je bagi makanan macam apa yang aku makan. Takde pun nak asing garam gula. OKAY JE."

Pendek kata, semua benda yang aku tak buat, like tidur dalam buai, or letak anak dalam walker, or bagi susu formula.. ada je ayat macam ini. No offense ye, aku tak kata letak dalam buai tu tak elok, or letak dalam walker tu tak elok, or bagi susu formula tu tak elok. Sebab ilmu aku pun taklah seberapa untuk membolehkan aku beria-ia berhujah mengatakan ini tidak elok, itu tidak elok. Senang cerita, semua itu lebih kepada pilihan masing-masinglah, anak masing-masing pun.

Tapi aku cukup tak berkenan dengan ayat, OKAY JE.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan OKAY JE? Dari segi apa yang anak dia OKAY JE?

Dari segi kesihatan?
Dari segi otak?
Dari segi perhubungan dengan ibu bapa, dengan orang sekeliling, dengan Allah?

Mungkin dia nampak sihat, tapi otak dia lambat. Lambat terima pembelajaran.
Mungkin otak dia bagus, tapi badan lembik senang kena penyakit. Tiap-tiap bulan mesti demam.
Mungkin otak dia bagus dan sihat tubuh badan, tapi kuat melawan ibu bapa, degil tak dengar kata, liat nak suruh solat, mengaji.


Itulah yang aku pernah bincangkan dengan Suami, ayat OKAY JE tu sangat subjektif. Dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Tidak boleh senang-senang je kata anak dia OKAY JE, lalu menidakkan cara asuhan orang lain.

"Aku dulu takdelah beria-ia sangat macam kau bab jaga anak. OKAY JE dia sampai besar macam tu."

Kalau kau lahirkan anak hanya semata-mata untuk 'besarkan' dia je, tak kisah dia jadi apa pun asalkan dia membesar, memang OKAY JE lah macam tu untuk kau. Ibaratnya kita bagi anak makan asalkan kenyang je, tak peduli langsung berkhasiat atau tidak makanan itu asalkan kenyang perut anak tu. Apa faedahnya? Silap-silap, sudahlah tak berkhasiat, dapat penyakit pula. 

Biarlah anak membesar dengan didikan, asuhan dan pemakanan yang baik. OKAY pada kau, tak semestinya OKAY untuk orang lain. Mungkin kebetulan amalan/ajaran kau tu nampak OKAY untuk anak kau, tapi bila dengan orang lain, it turns out NOT OKAY. Kau takkan sanggup nak sama-sama tanggung akibatnya kan?

Aku hormati ibu-ibu yang berpengalaman yang cuba berkongsi ilmu, tapi jangan pandang ibu muda macam kami ini macam tak berilmu langsung. Aku sangat respect cara Mama, anak berderet-deret, cucu dah nak masuk 13 orang, kiranya ilmu dan pengalaman tu dah hebat sangatlah. Tapi masih membaca, masih cuba tambah apa yang kurang, dan sentiasa terbuka untuk menerima ilmu baru. Sebagai contoh, pasal walker. Kami adik-beradik dulu Mama letak je dalam walker, dan Alhamdulillah kami OKAY JE membesar sampai sekarang. Tapi bila dah tua ni, Mama baru baca kajian tentang keburukan walker terhadap perkembangan otak dan tulang bayi. Cepat-cepat Mama bagitahu aku supaya jangan beli walker untuk Ammar Yusuf. Tak ada pula Mama nak cakap, "Alah dulu korang semua Mama letak je dalam walker, OKAY JE besar sampai sekarang."

See?

Ibu-ibu muda perlu jatuhkan ego belajar dari ibu-ibu yang berpengalaman, tapi ibu-ibu yang berpengalaman juga janganlah segan nak rendahkan ego untuk menerima ilmu baru daripada ibu-ibu muda macam kami ini. Tak rugi pun, kita sama-sama belajarlah.  Teknologi makin pesat, kajian (research) makin banyak, makin berkembang, makin canggih. Setiap hari ada ilmu baru dipelajari. Tidaklah aku obsessed sangat dengan ilmu moden sampai nak tolak tepi terus amalan orang tua-tua, mana yang elok kita ambil lah, mana yang dirasakan tidak elok, kita tinggalkan. Kalau anak sulung kita dah formula fed disebabkan kurangnya ilmu atau masalah-masalah lain, tidak salah kalau anak kedua kita cuba breastfeed pula, improvise sikit. Janganlah cakap, "Ala anak sulung aku dulu tak menetek pun, elok je." Jadikanlah diri kita hari ini lebih baik dari semalam, tahun ini lebih baik dari tahun lepas,  takkan nak hidup di takuk lama je sampai bila-bila, hanya kerana hidup kita sekarang nampak macam OKAY JERRRR.







25 comments:

  1. agree...boring kan ngan pekataan okye je..
    lantak la.. janji kita tawu cane nk besarkan anak kte..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, tak kisah nak bagi cadangan/ajar anything, sebab kita pun baru lagi jadi ibu kan, but 2-way communication is appreciated kot. Taklah nak kata kita tahu segala-galanya, tapi ada yang kita tahu, dia tak tahu kan?

      Delete
  2. ini yg slalu sy alami!
    sometimes, boleh buat stress
    especially dr org yg dekat dgn kite.

    siap ada nasihat:

    "dh 8bln adam tuh still menetek? jgn kasi lama sgt, nnt dh besar giler sex lak! "

    aku....

    "........."

    ReplyDelete
    Replies
    1. saikonya sapa ckp camtu huhu

      Delete
    2. That is the dumbest statement I ever heard!! Bodoh dah tak boleh nak diajar dah kalau macam tu. Sabar ye Wani :(

      Delete
  3. setuju!tak rugi sama-sama belajar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, I accept your opinion, you accept mine. Sama-sama belajar, sama-sama merendah diri. Aman dunia.

      Delete
  4. yup betul sgt tuh...
    kkdg geram sgt bila x blh terima pendapat mcm kite yg baru bergelar mommy nih.

    zaman skg mana nak sama dgn zaman dulu.

    cth :
    dulu anak belum 6 bulan dah sumbat nestum..semua kata ok jer...blh pulak korang hidup..
    tp bla ckp jgn kasi apa2 sebelum 6 bulan dah nak melenting..ckp itu ini lah.

    dulu zaman it susah.jd mcm2 info sush nak dpt.

    ap pun setuju 101%.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kajian tak banyak, mungkin banyak tapi tak didedahkan secara meluas sebab tak ada medium macam sekarang. Banyak amalan dibuat based on hearsay rather than facts. Ada yang mungkin elok, ada juga yang merepek sangat. Kena pandai fikir la, apa-apa pun, itu anak kita, kalau sakit siapa yang berjaga malam? Siapa yang menangis-nangis kat hospital? Siapa yang tanggung akibatnya.. Haa..

      Delete
  5. kak una, nak jugak tahu ape keburukan walker, i mean, mcm mne dia bole effect pkembangan otak n tulang bayi? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak dik, antaranya benda tu membuatkan baby tak membesar dengan natural. Sebab setiap step baby bergerak; like mengesot, merangkak, memanjat, berpaut bertatih semua tu merangsang otak dia. Kalau pakai walker, kaki dia je bergerak kan, tu pun diampu oleh walker tu. People said kalau guna walker anak akan cepat berjalan, semua tu mitos je. Banyak lagi, try Google eh ;)

      Delete
  6. Comment K. Hazwani atas ni kelakar gila hahahahaha nanti besar gila sex,sure rasa nak marah je org yg cakap tu kan.

    ReplyDelete
  7. ada beza antara mendirikan solat dan melakukan solat.

    melakukan hanya sebuah perbuatan.
    dan perbuatan itu hanya pada fizikalnya.

    sedang mendirikan pula adalah kata untuk sebuah definasi yang lebih dalam.
    perlu ada foundation-nya, kena ada ritualnya yang tertentu, kena ada rukunya dan sebagainya.

    sedangkan.
    pada orang yang memandang, tak ada apa beza. keduanya tampak sama pada kita yang memandang dari jauh; tapi pada Dia?

    *senyum*

    begitu juga membesarkan anak.
    barangkali ia berbeda dengan mendidik anak.

    dan berhati-hati itu lebih baik dari makan hati nanti.
    berusaha sehabis baik lebih baik dari membiar dan harap semuanya baik.

    seperti memandu tanpa lesen; tau salah, tapi kalau tak kena tangkap polis, tak kena langgar, sampai destinasi selamat, syukurlah. namun, tetap tak boleh kata memandu tanpa lesen itu betul dan OCAY JAR.

    memandu harus berlesen.
    memandu harus dibelajarin.
    memandu harus dikemaskini dengan teknologi panduan baru.
    barangkali yang boleh dulu baru kita tahu yang ianya salah sekarang.

    so?

    merendah diri saja dalam menambah ilmu kamu.
    andai ada yang bersombong atau semata berkeras dengan cara mereka; doakan saja mereka mendapat petunjuk yang lebih baik.

    dan tidaklah aku mengatakan kamu benar sepenuhnya.
    cuma.
    janganlah kamu berhenti mencari; kerana insan yang mencari ilmu dan menyebarkannya semula itu yang Maha Mengetahui itu sayang.

    kan?

    *senyum*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said AJ, I have nothing more to add, you've elaborated almost everything. Thanks :)

      Delete
  8. i feel you.

    sikit-sikit OK Je, OK je..kang nak bidas balik secara berhemah pon, kut dikata tak hormat orang tua pulak.

    Lebih dulu makan garam katanya..T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan orang tua, kalau apa yang dicakap tu I rasa macam tak betul or tak logik or superstitious sangat, I iyakan je malas nak berdebat panjang. Tapi tak pernah ikut la. Alhamdulillah so far tak pernah lagi ada yang memandai-mandai buat bukan-bukan kat anak I, just cakap-cakap suruh buat tu adalah.

      Terlebih dulu makan garam tak semestinya bagus kan, boleh kena darah tinggi :p

      Delete
  9. walaupun saya belum kawen for sure belum ada anak,tp satu hari saya pasti akan ada dan menginginkan anak..entry ni buat saya bersetuju 100%. mempunyai anak bukan sekadar membesarkan dan bg kenyang sahaja. totally agree :) lagi satu, semuanya OKAY JE. nampak sgt xnak ada kemajuan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa, masa ni pun dah boleh persiapkan diri dengan segala ilmu, senang di kemudian hari nanti :D

      Delete
  10. Una
    i feel u sbb kita pun mengalami benda yg sama..blk kg time suri 9m++ semua org cam terkejut sbb suri lum guna fm lg..pastu ada yg cakap patutla kurus huhu but i bls blk kurus sbb ngikut abahnya klu ikut mommy konpem gemuk hahaa..tp my mum ckp suri wlupun bdn kecik molek tp bdn tough tak lembik hihi
    biar jelah org2 yg ckp tu una..nampak sgt tak berilmu kan ;) diaorg tak tahu yg kita nie smpai pening kepala fikir nak msk apa utk anak so that anak dpt mkn benda yg berkhasiat. setakat bg nestum tak mencabar langsung! LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul, saiz anak bergantung juga dengan genetik. Adik beradik kita semua besar-besar, buka gemuk but more to sasa macam tu, sebab ikut Baba (hehe tak nak mengaku gemuk :p).

      Itulah diaorang tak tahu kita hari-hari fikir nak masak apa untuk anak, biar pelbagai, biar berkhasiat. Kita dulu asingkan garam pun ada orang tegur "Yang kau punya nak sedap je, untuk anak sanggup bagi yang takde rasa macam tu." :/

      Delete
  11. for me, yg baik tu kt ambik, yg buruk tu kita abaikan...ada jgk bab buruk tu yg kita google sbab nak tau dgn details...Yana tak berani cakap; anak kita, kita tau apa yg terbaik utk anak...sbb ayat ni boleh makan kita balik...lebih prefer guna anak kita, kita nak yg terbaik & akan cr yg terbaik utk dia...I'm also 1st time mom, masih belajar...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yang baik kita ambil, yang buruk tu, kadan-kadang bukan kita nak sangat Google setiap benda, tapi sebab yang dicakap tu macam obviously tak logik, tu yang terpaksa Google jugak. And I didn't just Google, kita tanya paed juga. Perut baby lain dengan perut kita kan, so kena refer orang yang sepatutnyalah.

      Yup same goes to me, I am a new mother too, masih belajar tu. But please don't take me for granted la, balik-balik dia je betul :(

      Delete
  12. Setuju! Setiap ibu ada pilihan terbaik masing-masing. Memang betul, susah bila berdepan dengan ibu yang lebih berpengalaman. Sampaikan budak 1 tahun nak diberi makan pizza semata-mata budak tu tengok maknya makan. Kesian dia tengok mak makan...

    Haih..

    ReplyDelete