expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 8, 2012

Penyediaan Bubur Bagi Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum,

Kalau cakap pasal penyediaan bubur ini, setakat yang aku tahu ada 3 cara. Ketiga-tiganya pun aku dah cuba, tapi hanya satu cara yang aku rasa.. ermm taklah senang, tapi mungkin kira terbaiklah untuk aku dan juga si anak.

Teknik 1
Ambil 1 pot beras, basuh sebersihnya. Goreng tanpa minyak sampai kering (tak perlu sampai keperang-perangan pun, asal kering sahaja). Angkat, dan blend kering. Guna blend kecil tu sahaja. Sepatutnya lepas blend tu, beras tu akan jadi sangat halus, hampir-hampir macam tepung tu. Simpan dalam bekas kedap udara, dan letak dalam fridge untuk elakkan dari berkulat. Bila nak pakai, ambil 2-3 sudu masuk dalam periuk atau slow cooker. Masak sampai jadi bubur, kemudian masukkan kiub puree sayur-sayuran yang telah dibuat lebih awal tu. Siap untuk dimakan.

Teknik 1 aku gagal, sebab mungkin aku blend tak cukup halus, ataupun masa goreng/sangai tu tak kering habis, maka bila nak buat bubur tu jadi berketul-ketul. Si kenit tu gigi dah lah tak banyak, risau tercekik pula dengan nasi berketul-ketul tu.

Okay dah, takkan guna cara ini lagi.

Teknik 2
Ambil 1 pot beras, basuh sebersihnya. Kemudian masukkan air yang banyak dalam periuk yang sama, jumlah air dalam 3/4 periuk tu. Masak sampai beras tu kembang, dalam 20 minit kot. Angkat, masukkan dalam blender biasa tu. Masuk air rebusan tu sikit, dalam 3/4 dari ketinggian nasi tu dalam blender, bukan 3/4 dari ketinggian blender tau! Air tu jangan lebih dari kuantiti nasi, senang cerita, sebab kalau tak akan cair sangat. Kalau cair mungkin sesuai untuk 6 bulan, masa baru-baru nak kenalkan makanan pejal. Lepas blend, simpan dalam fridge. Kalau bekukan, bolehlah tahan seminggu dua. Kalau fridge bawah, 2-3 hari kot. Bila nak pakai, scoop dalam 2-3 sudu nasi, ambil 1-2 kiub puree, panaskan sekaligus.

Teknik 2, pernah cuba. Tapi.. entah. Rasa macam, nak buat lebih baik. Maka aku cuba pula Teknik 3 ini.

Teknik 3
Ambil 1 pot beras, basuh sebersihnya. Masukkan air yang banyak (seperti Teknik 2 tadi).


Jumlah air lebih kurang begini, lebih pun tak apa, nanti nak blend tak perlu masukkan semua pun.

Rebus dengan api paling kecil sampai beras kembang (lebih kurang 20 minit). Dalam pada itu kalau nak masuk ikan atau ayam atau daging pun boleh. This time, Mummy guna salmon fish. Kaya dengan omega 3 dan 6. Wah macam iklan TV. 


Bahan-bahan bubur Ammar Yusuf pagi tadi: Fresh carrot, potato, salmon fish and 2 cubes of broccoli puree yang sudah dibuat lebih awal (last week kot).

Kacau sekali sekala, takut hangit atau nasi melekat di periuk (so far tak pernah jadi lagi). Sometimes lepas masukkan beras dan air, tutup periuk, pergi solat Subuh kejap ataupun iron baju ke. Hee multitasking sangat nasib baik tak hangit. Okay then, masukkan sayuran segar, kalau sayur jenis keras carrot/potato tunggulah lagi 10 minit, kalau sayur lembik macam sawi bayam tu, 3-5 minit pun dah cukup kot.



Bila dah nampak macam dah masak dan ikan pun dah macam 'flaky' (macam senang je terkopek), tutup api, tunggu sejuk sekejap (aku tak pernah pun tunggu sejuk, tak ada masa huuu). 

Then, blend semua sekali dengan sedikit air rebusan/sup tadi.


Kadang-kadang tak tambah air pun, sebab masa ceduk dari periuk tu tercampur dengan air sekali, so kalau tambah air lagi jadi cair sangat.


Lepas blend tu biasanya aku panaskan semula dalam periuk untuk lebih hygienic. Masa ini bolehlah masukkan puree kalau ada, kalau tak ada pun, just panaskan sahaja.


Bila dah menggelegak, tutup api, sebahagiannya aku masukkan dalam thermos untuk diberi kepada babysitter (cukup untuk breakfast dan lunch Ammar Yusuf), sebahagian lagi masuk dalam tupperware, simpan dalam fridge untuk makan malam dan bekalan esok pula.


Rutin ini aku buat 2 hari sekali. So Ammar Yusuf hanya makan makanan beku yang dipanaskan selang sehari sahaja, lebih nutritious kot. Dah tajuk entri pun Penyediaan Bubur Bagi Ibu Bekerjaya, kalau suri rumah sepatutnya boleh buat lebih baik lah, hari-hari masak makanan berlainan, hari-hari bagi makanan fresh untuk anak no more makanan sejuk yang dipanaskan. Kan?

Menu dia tu aku cuba tukar-tukar juga. Setakat ini, menu yang pernah dicuba lebih kurang beginilah;

Rice + chicken + broccoli + carrot + raisin
Rice + serbuk bilis + cauliflower + spinach + kurma
Rice + salmon + carrot + cauliflower + sweet potato
Rice + chicken + sawi + appricot + potato

Apa lagi eh? Lebih kurang beginilah. Anak bujang I walaupun masih kerap menyusu badan, tapi suka makan! Mesti sebab dah terbiasa dengan bermacam-macam perisa dalam susu tu, dah Mummy pun suka makan macam-macam! HAHA.. Itulah dia, tukar-tukar, mix and match, yang pasti I nak biasakan dia dengan semua jenis sayuran, semua jenis makanan, takdelah cerewet nak prepare bila besar nanti ;)

That's about it. Simple sahaja kan? Banyak juga I tiru resipi Annabel Karmel tu, tapi dimodifikasikan ke bentuk yang lebih keMelayuan la HEHE. Resipi dia banyak pakai cheese, banyak pakai fresh milk (susu lembu), I wonder baby below 1 year old boleh ke tak consume fresh milk. So far, menu utama Ammar Yusuf masih berasaskan nasi dan masih lagi makanan rebusan, belum lagi goreng-gorengan. Nanti Mummy dah beli olive oil, kita try yang goreng-goreng pula ye Sayang. Ingat nak try juga makanan barat seperti baby pasta ke, bolognese or makanan yang dicampurkan dengan cheese dan sebagainya. Asyik nasiiiii saja Mummy bagi Ammar Yusuf. Nanti besar jadi macam Grandpa (Baba) pula karang, hari-hari mesti makan nasi, walaupun hari raya yang penuh ketupat lodeh laksa segala pun, nasi mesti ada T_T





20 comments:

  1. Yeay sama la kita una i pun prefer 3rd method sbb rasa lg fresh :) minus frozen puri sbb sume guna yg fresh campak jeh sume dlm periuk :) every day buat utk suri lunch & dinner around 6pm..mlm kdg2 suri mkn, kdg2 tak
    From what i read, fresh milk better guna when baby dh 1yo..so skrg klu i msk pasta utk suri guna fm jeh sikit nak bg rasa milky tu ada. Eh una tade bg AY fruits ke? Best gak tau letak manggo/apple dlm bubur..and leh try gak kasi pumpkin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuuuu bestnya boleh masak hari-hari. This is the most frequent I can do, inshaAllah akan cuba buat hari-hari like you.

      Masuk fruits? You mean, kita masukkan dalam bubur macam masukkan carrot potato tu? That's a good idea, tak pernah terfikir pula adoi. Ingatkan just stim and jadikan finger food je, budak bertuah tu tengah belajar self-feeding sekarang ni. Alamak sedapnya campur mango! My favourite fruit tu. Kang Mummy pula yang makan beria-ia HAHA :D

      Delete
    2. Alhamdulillah sbb sek ptg so mmg dptla masak everyday utk suri.. Una masuk keja awal kan so kira ok sgtla tu at least tade la AY makan frozen food everyday kan :)
      Mangga tu Una cincang pastu time bubur dh nak masak masuklah klu apple kena masuk awal sbb keras kan..mmg mangga kita stock up every week sbb SH pun suka sgt..klu dpt biji pun dah kira ok leh hisap smpai licin. klu nak ambik confirm menjerit sakan hahaha

      Delete
  2. haaa panjang umur..baru aje nak google pasal preparing food untuk baby ni, persediaan awal untuk Isa.

    Thanks for sharing this, u. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahaha awalnya dah ready pasal ni, bagus-bagus. Nanti boleh tukar-tukar resipi hihi. You're most welcome ;)

      Delete
  3. akak pun guna 3rd method tp baby akak dah 1y++ ,so buat bubur x perlu blend lagi . keje makin senang sbb mommy kan malas ahahaha . lepas tu bubur pun x perlu masak sampai hancur , just bg kembang + lembik² sikit .
    x lama lagi husna pun makin senang keje mcm akak ehehehe .
    oh ya , akak selalu buat tuk 3hr . 1bekas hantar , 2bekas masuk frozen.

    sekali sekala buat la bubur nasi + epal merah = sedap .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak sabar nak tunggu time dia dah boleh makan yang tak perlu blend punya. Senang sikit, takde banyak benda nak kena basuh (hihi pemalas kemain :p)

      Orait, bubur nasi + epal merah. Sounds yummeyhh. Will do for sure, thanks!

      Delete
  4. Seppp sket! samelah 3rd method tu je yg paling effective utk mommy berkerjaya kot. tapi u lagi rajinlah. 2hari sekali. I ni 3hari sekali kot. so far ok jer. hehe. Annabel tu mmg menjadi rujukan ibu2 kan? :) i loikkee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Actually sebab periuk kecil je ada, so boleh prepare cukup-cukup untuk stok 2 hari saja HAHA). Yes the third method is the best so far, senang campak-campak je benda fresh kan ;)

      Yup, I download je Annabel punya buku masuk dalam phone. Tapi boleh je google, sama je :)

      Delete
  5. WAH..pandainya Mummy Ammar Yusuf masak. Tak sabar nak buat untuk anak dara saya tu nanti.Nanti kasik la resipi banyak2 ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA amboi sindir ke apa ni :p Takde resipi mana pun, just tukar-tukar bahan je, teknik masak kita semua sama je HEHE. Tapi nanti nak try yang fried punya pula. Tak sabar ;)

      Delete
  6. ok sekarang jeles ngn ammar lahh.. makanan dia semua sedap2 :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, actually for adult, takdelah sedap pun makanan dia ni. Sebab tak ada campur dengan apa-apa bahan perasa pun kan. Nak jaga kidney dia yang belum matang tu :)

      Delete
  7. hai, kite guna yg 1st method. first time blend beras tu tak hancur. 2nd time husband goreng n blendkan baru hancur, tapi tak sepenuhnya hancur. after masak bubur still kena blend, tapi time masak bubur boleh jimat masa sikit sebab beras tu cepat lembut. so everyday kte masak. anak kte pun everyday makan bubur nasi, tekak melayu agaknye. jgn risau, as long as baby kte aktif,tak obesiti punye. anak kte makan bubur byk, tp badan tak naik sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Kita pun blend tak hancur. Dah tu lepas buat bubur, jadi ketul-ketul kena blend lagi. Dah jadi 2 kali blend. Tssk. Banyak kerja (mak ni pemalas sikit hihi :p)

      Samalah, so far, masih nasi lagi. Maybe one day nak try other than rice, ubah selera sikit ;)

      Delete
  8. ehehehee.
    untuk anti anti boleh tk terai
    ahahaaaa

    ReplyDelete
  9. Join HSFFYB group kat fesbuk..leh tgk resepi2 ibu2 lain..ada jugak list of blog dr situ yg boleh tgk..
    hehe myself pun baby no 2 barula masak advance sikit..ada la try wt pancake, bg bihun (gigi pun dh ada 4)..anak 1st memanjang bg bubur je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh great baru tahu ada group tu kat Facebook! Thanks for the info :)

      Delete
  10. hai husna,
    bleh tau u pakai termos brand ape yek untuk letak bubur tu. tahan lama x? im looking 4 termos ni.

    tq anyway

    ReplyDelete