Wednesday, May 16, 2012

Mama the SuperMama.

"Ma, English Dikna dapat highest dalam kelas hari ni."

"Yeke? Baguslah."

Mama tak cakap tahniah pun. Aku pun tak tunggu Mama cakap tahniah pun, sebab tahu Mama bukan jenis macam itu. Masuk bilik air nak mandi, Mama tengah basuh baju dalam bilik air yang sama. Aku mandi macam biasa, basuh rambut. Shampu ala kadar. Tiba-tiba Mama datang,

"Apa shampu tak rata ni.." Lalu tolong aku shampu, serata kepala. Mama jirus air perlahan, "Tambah air sikit, biar lagi banyak buih. Nanti dah bilas bersih pun, cuba gonyoh balik rambut, kalau ada buih lagi, bilas lagi." Bila Mama ratakan shampu sampai ke leher, aku ketawa sebab geli. Mama pun ketawa. Seronok, lagi seronok daripada dapat markah tertinggi bahasa Inggeris dalam kelas 2 Tanjung.

**********

Di suatu malam yang hening, di blok 5 Seksyen 7, Shah Alam.

"Husna, rumah kau yang mana? Tak jumpa lah. Banyaknya flat kat sini."

"Eh Mama datang sini ke? Ada apa?"

"Bagi direction jelah dulu."

Sampai-sampai, rupanya Mama dengan Baba datang bawa telur, ubi kentang, ikan bilis beras segala. Adoi. Baru teringat minggu lepas cerita dengan Mama dah 2 hari dinner makan Maggi je. Nama pun student, duit PTPTN dah belanja habis, hujung bulan makan Maggi. Masa tu Mama cuma berleter sebab boros tak berjimat cermat, tak ada cakap pun nak datang. Hee.

"Mama ni ha tak habis-habis ajak datang." Baba berleter.

Kelakarlah Mama ni.


**********

Aku dengan Mama, tidaklah rapat mana semasa kecil. Sebab aku rebel. Banyak buat masalah, banyak memberontak, mulut juga celupar. Bila sekarang dah jadi emak, baru aku sangat-sangat faham, kenapa Mama garang sangat dulu. Dengan adanya anak macam aku ni, siapa yang boleh bersabar?

Kami jadi rapat, sangat rapat bila aku dah masuk universiti. Bila dah mula duduk asrama. Boleh kata setiap hari call Mama. Semua pun Mama. Sampai ke universiti pun masih report dengan Mama markah ujian, kalau markah rendah, memang basah telefon tu dengan air mata. Kalau tinggi, biasalah, ceria habis.

Kami terlalu rapat, sangat.

Bila dah kahwin, bila jarang balik, Oyah pun SMS. Mama dah 2-3 kali tersilap panggil dia Husna. Dan of course, Mama takkan call aku tanya bila nak datang, atau bagitahu dia rindu.. Mama is always Mama. Sedihnya masa itu. Sebab jarak Puchong dengan Kampung Batu tu bukannya jauh pun, tapi. . .

Mama selalu rasa aku masih kecil. Sebelum kahwin dulu (walaupun dah 23-24 tahun), kalau tengok movie omputih yang ada adegan yang tak senonoh sikit, mesti Mama tak bagi tengok. Hee. Dan lepas aku kahwin, bila Oyah sibuk cakap dia pun nak kahwin, Mama cakap, "Kau pun nak kahwin awal? Nak tinggal Mama cepat-cepat macam Kak Una?" Awal ke aku kahwin, umur 25 tahun kot T__T

Bila giliran Mama untuk jaga Ammar Yusuf (Sabtu yang mana Hanis ada kelas), mesti, MESTI, Mama akan masak makanan kegemaran aku. Masak lemak telur itik. Mama rasa itu makanan kegemaran aku, sebab setiap kali Mama masak itu mesti aku akan melambung-lambung puji sedap. Padahal, semua masakan Mama pun memang kegemaran aku. Hehe.

Tapi kalau kebetulan hari itu ada Oyah dan Man (anak-anak yang jarang balik), memang kami compete la makanan kegemaran siapa yang Mama akan masak.

Oyah - Nasi lemak sotong.
Man - Masak lemak ikan tongkol (Mama nampak Man tulis ini dalam buku biodata dia masa sekolah rendah kahkahkah).

Biasanya Oyah la menang, dasar anak bongsu.

Mama bukan jenis memuji anak, Mama bukan jenis cakap I love you/I miss you dengan anak, Mama bukan jenis sporting pasal boyfriend girlfriend (tapi masih boleh bercerita pasal boyfriend, cuma Mama bukanlah jenis moden yang selamba bagi anak bawa balik boyfriend ke rumah dia), Mama bukan jenis mesra dengan orang yang dia tak berapa kenal, I can say that Mama agak pendiam bila bersama orang yang kurang dikenali. Mama susah nak lepaskan anak-anak pergi aktiviti sekolah like camping/jungle tracking, Mama takkan, TAKKAN bagi anak perempuan tidur rumah keluarga teman lelaki, in fact, tidur rumah kawan perempuan pun Mama susah nak lepas T_T. Mama jarang ikut hantar anak ke asrama, jarang datang melawat, jarang join aktiviti yang melibatkan ibu bapa di sekolah mahupun universiti. Mama pernah cerita, sekali je dia pernah ikut hantar anak belajar jauh-jauh, masa itu nak hantar Abang Saiful ke sekolah Tahfiz di Terengganu. Mama menangis sepanjang perjalanan. Mungkin itulah sebabnya.

Tapi, Mama tunjukkan kasih sayang dengan cara lain, dengan perbuatan, masakan yang sedap-sedap, doa yang tidak pernah putus. Cara Mama mengasihi dan menyayangi kami adik beradik, hanya kami yang mengetahui. Hanya kami yang memahami.


At the hospital last couple of months, Mama tertidur baca novel chick-lit Oyah, sementara tunggu Baba solat. I wonder if I can take care of my husband, the way Mama takes care of Baba.

Walaupun Mama garang dengan kami adik beradik semasa kecil, tak pernah sekali pun dengar Mama meninggi suara dengan Baba. Itu aku cuba ikut, walau macam mana bengang dengan Suami, takkan aku tinggi suara pada dia. Baik merajuk diam-diam je. Eh.
Mama with all the daughters.


A bouquet of carnation from my little brother, Lah, for Mother's Day. Mula-mula dia nak beli kek, call Mama, Mama berleter.

"Kau ni, Mama tengah diet sekarang, tak payah la beli kek." Mama memang sekarang tengah keep fit, hari-hari lari atas treadmill 40 minit hebat betul. Aku ni lari 10 minit pun dah semput T_T

"Habis tu Mama nak apa?"

"Tak payah beli apa-apa, balik je. Banyak Mama masak ni."

Lepas tu bergaduh pula dengan aku kat WhatsApp. Sebab asalnya aku yang nak beli kek sebenarnya (sebab tak ada idea nak bagi apa dah tssk). Ala Mama tu kalau tanya dia, memanglah semua pun taknak. Dengan Mama ni, kena terus beli je, jangan ditanya-tanya. Heh.

"Lah, aku nak beli kek untuk Mama tau. Kau jangan beli."

"Alaaaa aku nak beli la, dah kat depan Baskin Robbins dah ni."

"Ah tak payah tak payah, Baskin Robbins dah la tak halal."

"Pandai je kau tak halal, halal la"

"Tak halal la wey. Aku tahulah. Tak payah beli, aku dah beli pun kek ni. Kau beli la kasut ke, bunga ke."

"Hmm. Aah kan, beli bunga lah."

....

It takes extremely a lot of effort to raise kids like us, Ma. I finally got you. I finally understand you. You're amazing, truly amazing.


I love you, Mama.





11 comments:

Ijah EmoTemo said...

auww sweet sangat entry ni kak una!

:)

LyaEyz said...

nice :) mcm nk ngs pun ada bila baca..lya pun br skrg rapat dgn mama..dulu x sebulu langsung sbb lya anak abah...T____T Love my mom too

Nur Aqilah said...

sweet sgt :')

Wanie-san said...

kak husna!mak kak husna sama dgn wani!garang tapi bertempat. xada pun manjakan anak2..kalau dpt result tinggi just ckp ok la. nnt usaha lg. tu je. kalau dpt rendah pun xde marah2.. dlu pun wani xrapat dgn mak. tapi bila dah besar ni,..if lame tak kol n xmsg, mak mesti kol tanya wat ape, mengadu la..hehe skrg mcm best friend plak!

Hafizah Hadi said...

sweet la kak husna and family :')
oh btw kak husna study UiTM Jengka ya dulu ? :)

Husna Hadzarami said...

Thanks! Aah UITM Jengka. Awak pun study situ ke? :)

Hafizah Hadi said...

yup ! MasyaALLAH keciknya dunia :')

laskar pelangi said...

ala sweet sweet:)

AJ said...

the best is, when you notice the love before it being too late.
thus. life it up; and enjoy the best part of appreciation.

*smile*

mum will always being mum; and of course, we as her son/daughther will always be a naughthy one. But, 'time' and 'fall' will be the best teacher to bring the best version of ourself.

love her as much as you can; cause only lover will be loved in return.

*smile*

[and, feel free to correct my english Una!]

*smile*

ops.
tertinggal.
lagi satu.

selamat hari ibu untuk hang ya una.

ya.
selamat hari ibu, Puan Husna.

*senyum*

nur diana rozali said...

oh kak. duk tgh mkn nc smbil bce blog akk ne. uih, sy terngis bce entry ni. <3
love ur writing...emm da lme xjmp lah. dy myb da xknl sy da. heeee
tc sis

aulia said...

Salam Husna, dah bergenang airmata bila baca kata hati Husna ni. I'm a single mother with 4 boys & 1 girl. Karektor your mum ada persamaan dgn I. Honestly as a mother, I selalu rasa risau apa kata hati anak2 with my natural reaction..(kdg2 berlakon je lebih). But, Alhamdulillah, lepas baca satu persatu tulisan Husna, I hope and pray..satu hari nnt dpt juga berkongsi isihati anak2 the way you are doing. I'm sure deep in her heart, you ni kebanggaan your mama. Keep it up!
Satu lagi, kebenaran itu pahit untuk ditelan....betul! Jadi, cuba hadapi atau terima apa2 saja berita, cerita walaupun selalu berita2 tu akan meninggalkan kesan dlm kotak fikiran kita. Otak & hati kita ni hebat, sehebat Penciptanya. Kalau difikir sedalam-dalam, setiap yg Allah jodohkan dlm hidup kita (semua perkara yg berlaku) tiada istilah kebetulan. Allah pertemukan kita dgn sesuatu perkara ada sebabnya. Hanya Dia Maha Mengetahui. Jadi, kalau sesuatu perkara tu mengembirakan, itu satu rahmat & nikmat buat kita utk disyukuri. Tapi kalau sebaliknya, terimalah hal tersebut sbg satu ujian, cabaran dariNya utk menjadikan kita hambaNya yg menghargai akal dan lebih kuat dan tabah utk hadapi dunia sementara ni...Semoga Allah Jadikan Husna seorang anak, isteri, ibu,kakak,adik dan teman yg terbaik ciptaanNya pernah wujud di mukabumi ini. You Go Girl!